RS | BAB 6

26 11 0
                                    


BAB 6

SELEPAS perjalanan yang panjang, akhirnya sampai juga di rumah ku. Home sweet home! Aku melihat jam di telefon pintar ku, terlihat pukul 4:56 AM. Alang-alang aku tunggu subuh jelah. Aku keluar dari kereta Aisar. "Thank you." Aku tak tahu nak kata apa lagi, memang aku malas nak fikir. Yang aku tahu, aku nak mengadu dengan Allah Swt.

Aku lihat Aisar keluar dari keretanya. "Biar aku jumpa parents kau." Aku tatap mukanya dengan muka keliru.

"Nak buat apa?" Matanya yang beku itu manatap mata ku dengan dalam.

"Mestilah parents kau pelik bila nampak anak perempuan dia balik dengan lelaki yang bukan tunang dia." Eh, haah juga. Apalah yang aku fikir sampai tak boleh nak guna otak elok-elok.

"O-oh, okay." Jawab ku sepatah.

Dia angguk, lalu dia membuka langkah ke pintu rumah ku. Pintu rumah ku diketuk berkali-kali sebelum abang ku membuka pintu itu. Alamak! Kenapa lah dia yang kena buka, tak pasal-pasal aku kena bebel nanti! Abang aku hanya melirik Aisar sebelum dia lihat ke arah ku. Aku telan air liur yang terasa berpasir.

Abang ku menjerling ku tajam sebelum pelawakan Aisar dan aku untuk masuk. Aku membuntuti Aisar. Takut pula aku dengan abang aku! Takut kena tibai. Aisar mengambil tempat duduk di sofa rumah ku sebelum abang ku duduk di hadapannya. Aku cepat-cepat ingin ke bilik sebelum suara abang ku mencelah. "Reina."

Aku teguk air liur lagi, kering juga mulut aku nanti! Aku cepat-cepat duduk di sofa tengah antara mereka. "So, explain." Sepatah saja perkataan yang dikeluarkan oleh abang ku.

Aisar membetulkan posisinya sebelum menegapkan badannya. Setelah berapa minit menjelaskan apa yang terjadi di pov Aisar, akhirnya abang ku minta untuk aku jelaskan di pov aku. Aku menjelaskan perlahan-lahan, kerana hasil menangis teresak-esak masih belum habis.

Sampai ke bahagian Dham bersama Mimi aku tidak tahan tangisan aku lagi, aku jujur yang aku tidak kuat kalau hal itu berkaitan dengan 'cinta'. Aku mencuba untuk berhenti menangis tetapi sia-sia, aku nangis teresak-esak sekali lagi.

Abang ku terkelu dan dia hanya membeku di tempatnya. Aku faham yang dia tidak reti nak pujuk orang, jadi aku tak salahkan dia. sekurang-kurangnya dia biarkan aku menangis sepuas-puasnya.

Aisar hanya pandang aku dengan pandangan bekunya itu. Sebelum dia membuka mulutnya untuk bertutur. "Stop crying for a jerk like him. He doesn't deserve your tears." Kata Aisar dengan nada yang agak marah. Aku pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu, macam dia pula yang kena curang. Mungkin dia nak aku rasa lebih baik, hanya untuk bagi aku semangat kembali.

Aku masih tersengguk-seguk sebelum aku angguk selepas Aisar menasihati ku, aku pindah pandangan ku kepada abang ku yang terlihat agak marah. Mungkin sebab itu dia tak suka dengan Dham dari awal. Aku sepatutnya dengar nasihat abang aku, tak lah aku mula sayangkan Dham dari awal.

Lagi giat aku berfikir tentang Dham, tiba-tiba aku teringat tentang Mimi. Ya! Mimi! Kenapa dia buat macam tu? Selama ni tak de pun dia bermasalah macam tu. Aku termenung untuk berfikir, apa salah aku sampai Mimi sanggup rampas tunang aku. Yang paling sakit hatinya, si Dham tu senyum sampai ke telinga! Mentang-mentang aku jenis yang tak suka disentuh, dia pergi ke Mimi pula!

Yang mimi pun, dia melayan! Geram aku! Aku mendengus kecil selepas memori yang menjijikan tadi diputar kembali di otak ku, rasa macam nak buang je otak aku ni! Tiba-tiba abang ku bersuara.

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now