RS | BAB 5

24 11 0
                                    


BAB 5

AKU terlalu excited untuk pergi holiday dengan Mimi dan Dham, sampai tak sempat tidur! sekarang dah pukul 9:30 , aku dah siap bersiap. Aku berpakaian serba simple, hanya shawl putih dan berbaju blouse. Make up aku pun simple je, hanya sunscreen, bedak dan lipbalm. Malas nak bermake up tebal-tebal, dah lah muka aku ni sensitive!

Aku main game ular sambil menuggu Dham sampai ke rumah, sudah berapa minit berlalu akhirnya kereta honda civic berwarna hitam tiba dia depan rumah ku. Aku mulakan langkah ku kereta Dham sambil menarik luggage ku. Dham keluar dari keretanya dan tolong aku mengakat luggage ku dan letakannya di bonnet keretanya sebelum dia berlalu untuk bersalam-salaman dengan ayah aku, bakal suami yang baik!

Aku buka pintu kereta, agak terkejut bila ternampak Mimi sudah didalam sambil duduk dibahagian belakang kereta. 'Bila masa aku bagi tahu alamat Mimi ke Dham?' kata ku di dalam hati. Aku tak nak buruk sangka dengan kawan baik aku, aku cepat cepat kosongkan fikiran dan berpositive thinking. 'Mungkin Mimi dah bagi alamat dia dekat Dham.'

Aku duduk di bahagian depan sebelum aku tegur Mimi "Assalamualikum, Mimi." Mimi mengakat kepalanya sebelum memberikan senyuman kepada ku.

"Eh, waalaikumusalam." Aku hanya memberikan senyuman palsu terhadap Mimi sebelum Dham masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan.

Aku diam sahaja sepanjang perjalanan, hanya suara Mimi dan Dham yang terdengar di dalam kereta. Tak tahu lah kenapa, rasa macam tak de mood hari ni. Padahal aku excited melebihi dia orang tadi, aku mengeluh sebelum paksa diri ku untuk tidur.

Sudah berapa jam berlalu, Dham berhenti di kedai makan untuk berehat. Mimi kejutkan aku, aku turun dari kereta dan berjalan ke meja makan untuk 4 orang. Aku duduk di sebelah Dham, manakala Mimi duduk didepan Dham. Aku Tak de nafsu untuk makan, memang aku tak de mood langsung hari ni.

Aku hanya order tomyam dan nasi putih. Tak nak makan makanan banyak-banyak. Aku tatap je Dham dengan Mimi yang sibuk berbual, mereka buat macam aku ni orang ketiga pulak! Aku berdehem bagi dia orang tahu yang mereka bukannya berdua! bertiga tahu! Dah lah tu tunang aku Mimi oi!

Dham berhenti berbual dan dia makan dalam keadaan diam. Aik? Aku buat suasana jadi canggung ke macam mana? Lantak lah, siapa suruh abaikan aku.

"Reina." Dham beranikan diri untuk bersuara dengan mak singa.

"Hm." Aku menghirup tomyam kedalam mulut ku, sedap!

"Kenapa ni? Tak de mood ke?" Tak de mata ke? Dah nampak orang macam ni tak de mood lah maknanya, jawab ku dalam hati.

"Tak de lah, kenapa diam je? sambung lah bercakap tu." Aku menjeling Dham tajam sebelum sambung makan.

"Jealous la tu, awak tak percayakan saya dengan Mimi ke?" Aku tegur air liur.

"Mana ada jealous! Sambung jela sembang tu, bukannya saya marah." Tak suka kalau orang cakap kita jealous walaupun memang aku jealous, tapi still tak suka!

"Hm, yela tu." Akhir sekali mereka memang memilih untuk diam. Dah hampir setengah hari aku diam, tapi akhirnya dapat dicair kan dengan sebakul strawberi. Hehe! Dham memang tahu macam mana nak manjakan mak singa ni!

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now