RS | BAB 9

25 10 3
                                    


BAB 9

AKU hanya termenung di luar rumah Aisar sebelum aku lihat sosok tubuh abang ku yang keluar dari rumahnya. Aku berjalan menuju ke tempat abang ku. "Abang.." Panggil ku perlahan.

Abang aku menoleh dan memberikan senyuman hambar kepada ku. "Ya, kenapa?"

Aku mencebik. "Reina kena duduk sini ke dengan Aisar..? Dia tu dah lah biadap, tak pandai jaga mulut!" Kata ku dengan nada kesal.

"Iya, Reina. Dah, jangan mengeluh. Dia nak tolong kamu je, daripada hal-hal yang tak munasabah jadi dekat kamu macam mana? Abang tak nak kamu tahu macam mana dunia ni sebenarnya, because reality can be really harsh. Cukup saja abang yang merasainya, kamu jangan." Abang ku berkata-kata dengan nada yang agak serak.

Aku memerhati riak wajahnya, aku tak tahu apa yang abang aku lalui. Belum sempat aku berata-kata abang aku terus keluar dari kawasan rumah Aisar sambil mengesat matanya. Aku cepat-cepat memulakan langkah mengikut abang ku, belum sempat aku berjalan keluar dari kawasan rumah Aisar. Aku sudah di tahan oleh bodyguardnya.

Aku mencebik. Aku melihat abang aku dari jauh sebelum sosok tubuhnya hilang bersama dengan motor sikalnya, aku memalingkan tubuh ku. Kelihatan Aisar yang sedang menyandar di dinding rumahnya dengan muka acah macho.

Aku menjulingkan mata keatas sebelum memulakan langkah ke pintu masuk rumahnya. Aisar dengan pantasnya berdiri tegak di depan pintu masuk sebelum mengakat keningnya.

Aku jengukan kepala untuk lihat muka Aisar. "Apa ni? Tadi suruh duduk kat sini sangat, lepas tu tak nak bagi saya masuk kenapa!" Aku mendengus geram.

"Nak masuk rumah orang tapi marah-marah tuan rumah? Mana adab kau, budak kecik?" Membulat mata aku bila dia panggil aku 'budak kecik'.

"Apa nak kecik-kecikan saya pula! Ingat awak tu besar sangat ke." Aku menjulingkan mata keatas.

"Biadap." Kata Aisar sepatah sebelum memulakan langkah ke masuk ke rumahnya.

Aku mendengus. serabut!


Sepanjang di rumah Aisar aku hanya menjaga Dayyan, Aisar melarang Dayyan untuk balik kerumahnya kerana Dayyan sudah terlibat dalam kes aku. Aku kesian dekat Dayyan, sebab aku dia kene tarik sekali duduk dekat rumah ais ketul ni. Elok lah! Aisar, ais ketul. Nak dekat dah namanya pun.

Aku tak boleh keluar langsung dari rumah Aisar, begitu juga Dayyan. Kami pun dah makin rapat. Aku terpaksa menipu dekat ummi dan ayah aku, sebab aku tak nak mereka risau.

Aku cuma cakap yang aku duduk asrama dalam universiti, barang aku pun abang aku dah bawa kan. Aku segan nak hidup dengan orang kaya macam Aisar, aku tak tahu macam mana rutin harian mereka.

Aku duduk di ruang tamu dengan Dayyan. Aku memusingkan badan untuk berhadapan dengan Dayyan. "Yan, awak bosan tak hidup dengan Aisar?"

Dayyan mengakat kening sambil matanya tertumpu kepada televisyen. Dia hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa suka pula? Saya tak suka lah!" Aku memuncung kan bibir macam itik.

"Sebab Aisar ada unlimited makanan dan wifi." Jawab Dayyan dengan selamba. Tak tahu malu betul budak Dayyan ni.

"Tapi kita tak leh keluar! Apa lecturer kata nanti? Dah lah lama kita tak ke kelas." Aku mencebik.

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now