RS | BAB 1

45 12 0
                                    


BAB 1

SEKARANG sudah enam tahun selepas aku habis SPM. Selepas Han pindah aku tidak pernah berkomunikasi dengan dia, bukannya tak nak text dia, tapi lost contact.

Aku tatap je muka lecture aku yang sedang mengajar di depan, aku mengeluh malas sebelum aku termenung melihat keluar tingkap. Aku terjerit kecil selepas aku rasa ada jari mencucuk perut ku dari tepi, pelajar-pelajar yang lain melihat ke arah aku.

Rasa macam nak sembunyi je! Aku bagi jelingan tajam kepada Mimi. "Suka sangat la kau kalau bab kacau aku ni!" Bisik ku kepada Mimi. Mimi hanya tertawa kecil sebelum buat muka selamba dia tu!

selepas 2 jam kelas pun tamat, akhirnya! Punggung aku rase macam nak tercabut je duduk dalam dewan pelajar tu, air conditioner pun slow semacam. Rase macam nak cair mcm ais krim sudah! Cakap pasal ais krim rasa macam nak makan ais krim pulak aku.

Aku cepat-cepat lari ke keluar dari dewan pelajar tu ke seven-e terdekat. Lepas siap membayar aku keluar dari seven-e, aku ternampak dua orang lelaki berbadan tegap dan kacak. Uish! hensemnye! Tak terkelip aku tengok dua orang lelaki itu sambil menjilat ais krim aku ni. Eh, tapi kenape macam familiar je muka lagi sorang tu? Aku cuba tengok lebih dekat, tiba-tiba aku terlanggar sesuatu. Rasa macam langgar dinding je!

Aku tengok keaatas, eh senior aku rupanya. "Bang Dayyan." Sapa ku malas kepadanya. Dayyan hanya tersenyum senget sebelum dia membuka mulut. "Apa yang menyelinap macam tikus ni? tertunduk-tunduk macam nenek dah I tengok you ni."

Aku hanya tersenyum sebelum membalas pertanyaan si Dayyan ini. "Tak de apa pun bang, saje tengok langit. Mane tahu kan ada zibra terbang guna sayap rama-rama ke." Dayyan tertawa kecil. "Yelah, Reina. I pergi dulu ya? Jangan tertunduk-tunduk. Nanti jadi bongkok badan you."

Aku senyum sebelum anak mata ku melihat Dayyan jalan menjauhi dari diri ku. Huh! Malas layan anak dato tu, playboy! ingat aku nak sangat lah dekat dia. Aku menjuling mata aku ke atas sebelum mata ku meliar mencari dua sosok tubuh yang tegap itu.

Mana pergi dua abang hensem ni! Semua sebab si Dayyan ni kacau aku! Aku mendengus sebelum jalan ke canteen. Mimi melambai tangannya kepada aku sebelum aku berlari terhadapnya.

"Aku nampak dua laki hensem tadi." Tercungap-cungap aku bercakap. Mimi tersenyum lebar. "Apasal kau macam tak cukup nafas ni? Orang tak rentas desa sekarang ni, Reina." Usik Mimi kepada Reina.

"Tak de lah, tadi si Dayyan senior kite tu tegur aku. Aku nak tengok dua orang laki hensem tu bukan muka hingus budak Dayyan tu!" Aku mendengus selepas teringat perkara tadi.

"Hm, Dayyan tu nak try kau lah. Sebab tu dia asyik tegur kau je kebelakangan ni." Aku jeling Mimi selepas dia katakan perkataan itu.

"Haih, buat ape dia nak try aku. Aku bukan ada apa-apa menarik pun dekat diri aku ni. Cakap jela dia nak try semua perempuan dalam University ni. Esok-esok dia nak try kau pulak, biar dapat enchainment lelaki paling playboy di University kononnya."

Mimi tertawa lepas dengar aku membel sepanjang karangan 200 perkataan! "Kau ada dendam apa dengan senior kita ni, Reina? Macam tak puas hati sangat je kau ni" Aku menjulingkan mata ke atas sebelum aku tatap mata Mimi.

"Dayyan tu kacau aku nak usya dua lelaki hensem tadi! Sakit hati aku dibuatnya." Mimi pun jawab. "Kau kira lah berapa six packs dua laki tu ada

." Mimi tersenyum nakal sebelum tertawa macam orang tak ingat dunia. Muka aku merah seketika selepas terdengar perkataan Mimi.

"Mimi pervert!" Aku lepuk lengan Mimi. Mimi tercungap-cungap untuk bernafas sebelum tarik tangan aku.

"Jom teman kan aku pergi makan, lapar lah. Kau tak lapar ke, Reina?" Reina hanya mengganguk setuju, perut aku dari tadi bernyanyi. Lagu ape pun aku tak tahu lah, Tylor Swift kut.

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now