RS| BAB 2

33 12 0
                                    


BAB 2

AKU terbangun dari tidur ku setelah ummi mengejutkan ku pada jam 5 pagi, aku gosok mata aku sebelum anak mata ku tertuju kepada muka panik ummi ku.


"Kenapa ni ummi? Pagi-pagi dh bising ni kenapa?" Aku tertanya-tanya, agak annoyed bila orang kejut kan aku mendadak macam tu. Ummi aku balas pertanyaan ku.

"Jom teman kan ummi ke rumah atuk, jangan banyak tanya. Cepat pergi bersiap!" Aku terkebil-kebil sebelum turun dari katil dan bersiap. Aku duduk di bahagian kerusi depan, aku termenung sambil menunggu kereta ku sampai ke rumah atuk ku.

Aku melihat ummi ku yang memandu kereta dengan laju, aku bukan reti bawa kereta pun jadi ummi aku juga yang kena memandu untuk aku kemana-mana.

Setelah sampai ke rumah atuk ku, aku lihat nenek ku yang sedang memapah atuk ku yang sedang berjalan dengan lemah. Aku dengan pantas buka kan pintu kereta di belakang sebelum menolong atuk ku masuk ke dalam.

"Kenapa ni?" Pertanyaan ku kepada nenek ku, nenek ku membalas dengan nada risau. "Atuk kamu tiba-tiba tak boleh bernafas, sebab tu nenek call ummi kamu." Aku hanya meangguk sebelum termenung keluar.

Sesudah 30 minit perjalanan, akhirnya tiba juga di hospital. Atuk ku dibawa ke zon kecemasan, aku hanya menunggu diluar bersama ummi dan nenek ku.

Aku termenung jauh, tak tahu juga kenapa aku selalu termenung. Rindu jodoh yang belum tentu wujud kut rasanya. Sambil termenung macam ikan kembung tu aku terperasan sosok tubuh yang tegap, macam pernah nampak pulak laki tu.

Aku cuba untuk lihat muka lelaki itu lebih dekat sebelum doktor memanggil nama nenek ku, aku terus berpaling kepada doktor itu untuk dengar penjelasnya.

Setelah selesai menjelaskan tentang keadaan atuk aku, aku terus mintak izin untuk ke tandas. Rasa macam nak tercabut pundi kencing aku ni, masa tengah berjalan ke tandas.

Mata aku meliar melihat ke sekeliling sebelum mata aku tertacap pada dua sosok tubuh lelaki dan perempuan tu, dalam hospital pun nak bersweet! Yang perempuan pun baju macam tak cukup kain! Lepas aku terfikir macam tu aku cepat-cepat istighfar, apa yang cepat sangat judge orang ni!

Tangan aku menepuk dada ku berkali-kali sebelum aku dapat berjalan masuk ke dalam tandas ada seseorang melanggar aku dari belakang, tanpa aku sedar bag plastik aku dah hilang!? Tapi fikir-fikir balik aku datang sebatang kara je kesini, lagi pun ada kekacang je dalam tu.

Tanpa aku sedar dah jadi pergaduhan rupanya kat depan aku, alamak ada knight in shining armor pulak dah! Aku teguk air liur bila lelaki tu datang mendekati ku dengan plastik hitam tu, dia memberikan plastik itu kepada ku dengan muka yang tak berperasaan.

Aku tatap muka tu sebelum aku ambil plastik tu. "Uh..thank you, wak. Tapi tak de apa pun dalam ni, ada jajan je.." Aku senyum tak bersalah. Lelaki itu mengakat keningnya sebelum tertawa kecil, aku sengetkan kepala dengan keliru.

Dah kenapa pulak mamat ni, terencat akal ke apa? "Reina?" Lelaki itu senyum manis. Aku terkejut selepas nama ku meniti di bibir lelaki itu. "Huh, do i know you?" Aku garu kepala yang tak gatal itu.

"We're classmates." Dahi ku berkerut cuba untuk mengingati satu-satu nama classmates lama aku masa sekolah menengah dulu. Lelaki itu tertawa sekali lagi sebelum membuka mulutnya untuk membalas pertanyaan ku.

"It's Dham, Dhamiri." Mata aku membulat setelah teringat memori zaman sekolah dulu. "Dham makhadam!?" Dham tersenyum. "Makhadham, it's not my name. Only Dham, okay?" Aku terangguk-angguk macam ayam tengah patuk makanan.

"Kenapa awak kat sini?"

"Saya datang nak melawat cousin saya." Aku angguk sekali lagi sebelum Han termuncul ke ingatan aku, ya betul! Han! Dham ni sepupu Han! Aku cepat-cepat bertanya sebelum aku lupa lagi. "Han, Han macam mana. He's your cousin, right?" Dham agak terkejut sebelum mengangguk.

"Uh..yes, he's my cousin. Why? bukan dia yang masuk ward." Jawap Dham dengan nada malas. "Awak still contact dengan dia ke sekarang?" Aku tanya dengan berharap Dham jawap 'ya' kepada soalan ku.

"Saya tak contact dengan dia after saya habis SPM, yang saya tahu dia study dekat University Milan di itali." Damn, hilang terus harapan aku. Tahu lah anak orang kaya, tapi jangan la belajar jauh-jauh Han! Aku ni pun dekat Universiti Malaysia ni je!

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now