RS | BAB 7

33 10 0
                                    


BAB 7

SETELAH tiba kerumah ku, aku terus keluar dari kereta Dayyan. Malas nak berlama-lama dengan orang terencat akal macam Dayyan. "Thanks." Kata ku sepatah sebelum lari masuk ke dalam pagar rumah. Belum sempat Dayyan jawab aku dah hilang kan diri. Dayyan hanya gelengkan kepala sebelum memandu meninggalkan ku sendirian di depan rum5ah.


Aku pulas tombol pintu rumah aku. Kunci? Aku cuba untuk mencari kunci spare yang selalunya berada dibawah pasu bunga ummi ku. Tiada, aku pun tak ingat sangat ummi aku simpan kat mana kunci tu. Aku mencari di sekeliling rumah ku. Tiada bau-bau akan jumpa kunci. Aku mengeluh kecil.

Memang aku kena tunggu sampai mak atau abang aku balik. Ayah aku selalunya lepak rumah nenek aku, kadang-kadang dia tidur sana. Jadi kemungkinan dia nak balik rumah sekarang memang kecil.

Aku duduk di tangga depan sambil termenung. Kalau nak tunggu abang aku memang lepas asar baru dia balik kerja, kalau ummi pula aku tak tahu dia pergi kemana.

Sambil aku termenung tiba-tiba ada kereta Prosche 718 bewarna hitam didepan rumah ku. Kereta mahal! Kenapa duduk depan rumah aku? Terkelip-kelip aku pandang kereta tu.

Tiba-tiba ada figura yang berbadan tinggi dan tegap keluar dari kereta yang mahal tu. Aku perhati figura itu, baru aku perasan! Aisar? Buat apa dia kat sini?

Selepas aku perasan itu Aisar aku buat-buat tak nampak, acah-acah main telefon. Malu nak tengok muka dia! Dia pernah nampak muka aku nangis, dah lah muka nangis aku tu buruk macam mak lampir. Memalukan!

Aku teguk air liur bila Aisar jalan mendekati ku. Manakala mata aku masih di telefon pintar.

Aisar melikir aku sebelum dia bersuara. "Haura." Panggilnya. Aku mendongakkan kepala aku. Aku mengerut kan dahi. "Haura?"

Dia mengakat  kening lebatnya. "Yes, Haura. That's your name right?" Aku mengangguk pelahan.

"Ya, tapi orang selalunya panggil saya Reina. Tak pernah lagi orang panggil saya Haura," Aku diam seketika. Aku rasa macam pernah orang panggil aku Haura, cuma aku tak ingat. "Mungkin ada seorang, cuma saya tak ingat siapa."

Aisar hanya mengangguk. "Then, biar aku jadi orang kedua yang panggil kau Haura." Aku terkelip-kelip sebelum angguk perlahan.

"Kenapa awak nak panggil saya Haura?"

Dia hanya diam. Aku juga diam, mungkin sebab nama Haura lebih sedap di sebut di bibir kut. Aku cepat-cepat tukar topik sebelum rasa canggung menguasai suasana. "Kenapa awak datang dekat sini? Awak nak jumpa abang saya ke?"

"No, Abang kau suruh aku pick up kau sebab kat rumah tak de orang." Aku menyengetkan kepala ku dalam keadaan keliru. Dia betul-betul dah jadi member abang aku ke?

"Let's go, shall we?" Tanya Aisar. Aku cepat-cepat angguk sebelum berdiri tegak dan membuntuti Aisar ke keretanya. Takut pula aku nak naik kereta orang kaya! Dengan Dham naik honda je, tu pun bergetar tangan. Ni apa tah lagi! Porsche terus, takut bergetar otak aku nanti.

Aku duduk di bahagian depan. Aku pusing kan kepala aku untuk menyakan soalan kepada Aisar. "Kita nak pergi mana?" Tanya ku dengan nada keliru.

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now