RS | BAB 11

17 11 0
                                    


BAB 11

AKU duduk bersama dengan abang ku di ruang tamu Aisar bersama dengan abang ku Fattah, kami hanya menonton televisyen bersama kerana abang ku ingin berbincang dengan Aisar tetapi dia masih belum balik dari kerjanya. Aku ingin tahu apa yang ingin dibincang abang ku tetapi dia hanya menyuruhku diam.

"Abang, apa yang abang nak cakap dengan Aisar? Rei nak tahu." Aku goncang bahu abang ku.

"Tak de apa, Rei. Kamu jangan busy body okay? Kan kita dah bincang masa tu, kamu tak akan menyibuk hal abang. Tak ingat ke?" Abang ku menjengilkan matanya mengakibatkan aku menunduk sedikit.

"Sorry, lupa."

Abang aku mengeluh sebelum terlihat figura Aisar yang memasuki rumahnya dari pintu sebesar pagar, tak besar macam pagar pun tapi besar lah kiranya. Mata Aisar tertancap kepada Fattah, abang ku.

"Buat apa kau kat sini, Att?" Tanya Aisar dengan nada perlahan.

"Aku nak bincang, about Aisy." Muka abang ku berubah serius. Tertelan air liur aku, aku menoleh kan kepala ku dan terlihat Aisar yang mukanya beku melebihi ais kutub. Nasib baik tak terkencing aku di sini.

Lagi satu, siapa Aisy ni? Asyik dengar je nama dia, menyampah pula aku.

"Let's go." Kata Aisar sepatah sebelum menuju ke bilik kerjaya, abang aku bangun dari tempat duduknya dan mengikuti Aisar.

Aku mengeluh, aku berjalan ke bilik Dayyan untuk mengajaknya menonton telivisyen. Aku ketuk pintu biliknya berkali-kali sebelum dia membuka pintu.

"Assalamualaikum, tuan Dayyan. Jom temankan saya tengok tv." Aku buat muka comel walaupun aku tahu nampak macam tengah tahan berak sekarang ni.

Dayyan mengakat keningnya sebelum mengeluh. "Ye lah." Kata Dayyan dengan lembut.

Aku senyum macam kerang wangi, orang kata kerang busuk kan? aku kerang wangi, sebab aku wangi!








Sudah hampir 2 bulan aku tinggal di rumah Aisar, kadang-kadang aku keluar diam-diam bersama dengan Dayyan untuk beli meggi. Sebab kat rumah Aisar tak de makananan segera! Dia pun haram kan makananan begitu di rumahnya, bosan aku dibuatnya. Mulut aku ni kena kunyah setiap masa! Ummi aku pun pelik kenapa aku kurus kering walaupun mulut tak pernah berhenti berkunyah.

Aku lihat keadaan sekeliling untuk pergi ke seven-e berdekatan kerana kalau pergi masa Khalil ada mesti dia halang aku, dasar pak arab! Aku terus berlari keluar ketika tiada yang menjaga pagar rumah Aisar, aku pergi berseorangan kerana Dayyan ada kelas manakala aku punya kelas dibatalkan.

Aku berjalan ke seven-e selepas bodek abang ku untuk duit belanja, jarang-jarang aku beli meggi. Aku jalan masuk ke dalam seven-e dan terus ke tempat meggi berada, aku ambil meggi kari. Walaupun banyak perisa meggi, meggi kari lah di hati.

Aku berjalan ke kaunter dan letakkan meggi di atas kaunter, aku senyum nipis kepada juruwang di depan ku. Aku melihat sekeliling, entah kenapa rasa seram sejuk dekat sini.

"Hujan dik hari ni, tak nak beli payung?" Juruwang itu menunjukkan payung-payung yang berada di dalam bakul di tepi pintu masuk.

Aku geleng kepala, sempat lagi dia ni nak promosikan payung tu. "Tak pelah, kak. Saya boleh lari." Aku senyum sebelum membayar meggi dan berlari keluar.

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now