RS | BAB 10

27 11 2
                                    


BAB 10

AKU menjalani hari ku seperti biasa. Tiada apa yang menarik sepanjang aku disini, hanya melayan karenah Dayyan yang banyak akal. Dah hampir 3 minggu aku di rumah Aisar dan sudah hampir 3 minggu aku dan Dayyan langkau kelas.

Aku dah lah tak bijak sangat, ponteng kelas pula tu. Tebal muka aku nak jumpa lecture aku nanti. Jadi hari ni aku akan pujuk Aisar supaya bagi aku dan Dayyan keluar untuk ke kelas! Aku pun dah muak terperap dalam rumah, dia ingat aku kimchi ke nak  kena perap?

Aku berjalan menuju bilik kerjanya Aisar bersama dengan Dayyan. Dayyan tak nak ikut tetapi aku paksa. Kalau tak, tak cukup alasan aku! Aku mengetuk pintu bilik kerjanya. Setelah beberapa saat terlihat muka ais ketul Aisar, aku tayang senyuman manis.

Mesti lah kena tunjuk senyuman manis! Kalau tak, tak menjadi lah. Aisar mengakat keningnya. "Apa?" Tanyanya sepatah.

"Mhn..kami berdua memang tak boleh keluar ke?" Aku menundukan sedikit kepala, mula-mula je rasa yakin. Dah depan Aisar rasa macam nak kecil kan diri aje. Dayyan hanya buat muka selamba, dia bukan kesah sangat pergi ke kelas atau tidak. Itu pun dia pernah cakap yang ibu bapa dia yang paksa dia untuk sambung belajar.

"Ya, kenapa? Kalau kau nak keluar, keluar jelah." Aku menjengukan kepala untuk melihat muka Aisar.

"Betul ni?" Tanya ku dengan nada gembira.

"Kalau kena culik bukan masalah aku." Katanya selamba.

"Ish, elok-eloklah. Boleh ke tak sebenarnya ni?" Aku bercekak pinggang.

"Tak." Jawabnya sepatah sebelum dia nak tutup pintu aku cepat-cepat berdiri di tengah-tengah.

"Aisar, please? Saya nak pergi universiti je..lagi pun saya ada Dayyan." Aku tunding jari ku kepada Dayyan. Dayyan memusing kan matanya ke atas.

Aisar diam dan melirik muka ku dan Dayyan sebelum dia mengeluh. "Alright, pastikan Dayyan selalu dengan kau. Aku tak nak ada kejadian macam di Pevilion masa tu."

Dayyan hanya angguk manakala aku tayang senyuman aku yang tak berapa cantik tu, hehe!

Aisar menjerling aku. "Ketepi, kau nak aku kepit kau ke?"

Aku cepat-cepat berjalan ke belakang dan tayang senyuman tak bersalah. Aisar menghempas pintunya. Aku memalingkan wajah ku kepada Dayyan, lalu aku buat 'thumbs up'.








Akhirnya selepas 3 minggu terperap di rumah Aisar, aku boleh juga keluar ke kelas. Aku memasuki ruang dewan pelajar, tak sempat aku nak bernafas dah berdusup orang mendekati ku. Sakit jantung aku dibuatnya.

"Reina, kau in relay dengan Dayyan ke? Mimi kata kau putus tunang sebab kau nak dengan Dayyan?" Tanya Izzah.

Terkejut beruk aku, dah lama aku tak dengar nama Mimi. Lagi satu sejak bila aku ada hubungan dengan Dayyan pula ni? "Apa yang awak merepek ni? Saya tak de in relay dengan siapa-siapa pun!" Berkerut dahi ku.

"Lepas tu kenapa kau keluar dari kereta yang sama dengan Dayyan masa sampai dekat depan universiti tadi?" Tanya Ghina yang sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Aku terdiam. Aku nak bagi alasan apa pula ni? Aku mencuba untuk mencari alasan yang logik dik akal. Baru saja aku nak balas pertanyaan Ghina, lecture kami sudah sampai. Aku terus tinggal kan Ghina dan Izzah. Lalu aku ambil tempat duduk di bahagian depan dan paling hujung.

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now