RS | BAB 15

15 8 0
                                    


BAB 15

SUDAH dua hari selepas kejadian tembak-tembakan terjadi, aku masih mencuba untuk memproses kejadian itu. Kerana bagi aku semua itu seperti mimpi. Tidak pernah aku terfikir akan terjadi bergini hanya kerana aku dikerjar anjing di cameron highlands.

Aku termenung di dapur milik Aisar. Dayyan yang baru sahaja kembali dari rumahnya, katanya mommy dia mengamuk tak balik rumah lama. Dayyan kan anak mak, nak hairan apa lagi.

Dayyan jalan ke tempat aku berada, dia melirik muka ku sebelum dia meletekan kotak kek di depan ku. "Mommy bagi dekat you." Dayyan tayang senyuman dia.

Aku memandang Dayyan, lalu aku senyum tipis. "Cakap dekat mommy thank you, susah-susah je. Mommy buat sendiri ke, Yan?" Tanya ku sambil melihat kotak kek itu.

"Yes, mommy buat sendiri." Aku diam, Dayyan juga diam.

"Rei, you okey dah? Kalau ada apa-apa bagi tahu I , okay?" Dayyan memandang wajah ku dengan wajah risau.

Aku tertawa kecil. "Saya okey jela." Aku senyum hambar, entah kenapa terasa agak penat. Mungkin badan ku masih terkejut dengan kejadian sebelum ini.

Dayyan senyum. "Kalau macam tu, jom jela kita makan. Buat boost mood." Kata Dayyan sebelum dia jalan untuk ke mengambil piring dan pisau.

Dayyan jalan ketempat ku sebelum membuka kotak kek itu dan memotong satu hirisan kek dan meletekannya di atas piring lalu Dayyan memberikan kek itu kepada ku. "For you, princess." Dayyan senyum lalu mengeyitkan matanya.

Aku tertawa, geli hati dengan perangai Dayyan. "Pelik-pelik je." Aku geleng kepala ku sebelum memakan kek itu. Senyuman ku terus lebar, sedap!

"Sedapnya mommy buat." Aku kata dengan mulut yang penuh dengan cheese cake itu.

Dayyan angguk. "Mestilah, kan mommy I." Dayyan tunjuk muka bangga.

Aku senyum. "Mommy buka order tak? Kalau boleh nak beli untuk ummi, ummi mesti suka cheese cake."

Dayyan mengakat keningnya. "Mommy tak open order, tangan dia sakit nak buat kek dah sekarang. Ni pun dia buat sebab untuk Reina, macam mana lah nak cakap dekat mommy yang reina bukan girlfriend I." Dayyan mengeluh kecil.

"Hehe, cakap jela Reina dah ada berpunya." Aku malas nak berfikir tentang cinta buat sekarang, sebab kepala aku dah penuh dengan Aisy! Aku harap-harap dia dah boleh move on dengan ex dia tu, aku tak nak di culik buat kali kedua. Nanti ada season two pula dah!

"Lagi pun, mommy  pernah tengok saya dalam video call je. Kenapa mommy suka sangat?" Aku menyengetkan kepala ku.

"Maybe because you're pretty?"  Kata Dayyan.

Muka ku memerah. "Mana ada, biasa je." Aku mencebik, padahal jerawat sebesar alam di tepi hidung aku ni. Cantik dari mana pun aku tak tahu!

"Butterfly can't see their beuty." Dayyan mengeyitkan matanya.

"Tapi saya manusia."

Dayyan memusingkan matanya ke atas.

Aku tertawa. "Nanti saya nak balik rumah ummi, awak nak ikut?"

𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈  | ON GOING [ MALAY ]Where stories live. Discover now