Di sebalik dinding-dinding penjara yang dingin, Kapten Adam duduk di hujung selnya, tubuhnya kaku, tetapi fikirannya membara. Bekas kapten dalam unit Special Branch yang dihormati itu kini hanyalah seorang banduan, dipenjarakan atas tuduhan membunuh rakan sepasukannya, Inspektor Fahmi.
Mata Adam berkilauan dengan amarah yang ditahannya terlalu lama, diiringi dengan kenangan hitam yang mengisi setiap detik di benaknya.
---
Suatu malam, ketika bulan penuh di sebuah rumah usang, Adam yang terduduk dalam keadaan diikat, dengan seluruh inci tubuhnya dilumuri darahnya akibat dipukul oleh rakan karibnya sendiri, ya rakan karibnya sendiri, Inspektor Fahmi, tetapi kini adalah musuh yang paling dibencinya.
"Kau pengkhianat! Kau penyebab adik aku dibunuh!"
Adam menjerit dengan amarah, menatap dengan pandangan yang tajam terhadap Fahmi, yang dari tadi mundar mandir mengelilinginya.
Fahmi hanya tersenyum sinis, wajahnya tanpa rasa bersalah.
"Adik kau hanya seorang pawn, Adam. Dalam permainan besar ini, ada yang perlu dikorbankan."
Suara Fahmi penuh dengan keangkuhan.
"Lagipun, kau bukan lagi siapa-siapa. Kau takkan faham pergerakan di sebalik tabir ini."
Detik itu, Adam teringat ketikamana beliau mengetuai satu operasi besar untuk membanteras sindiket penggelapan mata wang haram yang telah mengacau kestabilan ekonomi negara. Ia sepatutnya menjadi kemuncak kerjayanya, tetapi malam itu bertukar menjadi mimpi ngeri. Pengkhianatan Fahmi merosakkan segalanya.
Dalam misi itu, Adam dan pasukannya dihantar untuk menyerang markas rahsia sindiket di pergunungan terpencil. Semua rancangan berjalan lancar sehingga mereka diserang hendap. Rupa-rupanya, maklumat perisikan telah dibocorkan. Dalam tembakan yang menyambar dari setiap arah, Adam melihat adiknya, Inspektor Arshad — satu-satunya darah dagingnya — tewas akibat tembakan dari pihak musuh.
Fahmi, yang bertanggungjawab atas communication unit dalam operasi itu, menghilang tanpa jejak selepas kejadian itu. Kecurigaan Adam semakin menebal, dan setelah menjalankan siasatan sendiri, Adam menemui bukti yang mengaitkan Fahmi dengan sindiket haram tersebut. Fahmi bukan hanya belot kepada pasukan, tetapi juga menjual negara untuk keuntungan peribadi.
Ketika Adam bersiap untuk melaporkan perkara ini kepada Unit Integriti Polis, Fahmi mengambil tindakan terlebih dahulu dengan menangkap Kapten Ahmad bersama tiga orang suruhannya yang lengkap bersenjata. Adam dibawa ke rumah usang di dalam ladang kelapa sawit yang jauh dari pandangan orang ramai.
"Kau takut aku bongkarkan segalanya, kan? Kau takut kau akan jatuh bersama sindiket tu!"
Adam bersuara garang, nadanya penuh cabaran. Secara senyap-senyap, Adam berjaya meleraikan ikatan dan menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan diri.
"Heh, sampai di sini hanya hayat kau, buddy."
Fahmi tersenyum puas.
Fahmi menarik picu pistol berretta dalam keadaan point blank di kepala Adam untuk menutup mulut Adam buat selama-lamanya. Namun, Adam, seorang kapten berpengalaman, dengan pantas mengelak, dan balas menembak.
Berbalas tembakan berlaku dengan pantas, peluru bertukar-tukar arah.
4 vs 1.
Namun kehandalan Adam dalam pertempuran bersenjata berjaya menghantar 2 orang konco-konco Fahmi ke alam kubur dan seorang lagi telah cedera parah.
Satu demi satu peluru habis, dan keadaan bertukar senyap.Dengan kedua-dua senjata mereka kehabisan peluru, tiada lagi jalan keluar.
Fahmi dan Adam saling menyerang secara fizikal, tinju demi tinju menghentam tubuh masing-masing. Pertempuran jarak dekat itu terasa seperti pertarungan terakhir hidup mereka. Di hujung pertarungan yang sengit itu, kedua-duanya sudah keletihan namun Adam berjaya melumpuhkan Fahmi.
Dalam keadaan terdesak, Fahmi yang handal dalam jiu jitsu berjaya melepaskan diri dan cuba melarikan diri namun tersalah langkah, terjatuh dari tingkat dua dan tiga batang besi telah menembusi badan dan jantungnya.
Jeritan kesakitan Fahmi hilang dalam kegelapan malam, meninggalkan Adam berdiri kaku di atas bumbung, berlumuran darah dan emosi berkecamuk.
Namun, tiada kemenangan untuk Adam. Kerana kejadian itu, Ahmad dituduh membunuh Fahmi. Pengkhianatan Fahmi tidak pernah terdedah, malah sindiket yang melindungi Fahmi terus membarah dalam institusi keramat Polis Diraja, dan Adam akhirnya dipenjarakan menunggu masa ke tali gantung.
---
Kini, di dalam sel penjara, Adam termenung memikirkan bagaimana kebenaran itu akan selamanya terkurung dalam ingatannya, seperti dia yang terperangkap di sini. Pandangannya masih fokus, namun hatinya sudah tidak ada pilihan. Kapten Adam tahu bahawa suatu hari nanti, apabila dia keluar dari sini, dia akan memburu keadilan—keadilan untuk adiknya, dan untuk negaranya yang tercinta. Walaupun hati kecilnya sedar, entah dirinya dapat membebaskan dirinya dari hukuman ke tali gantung ataupun tidak.
Namun buat masa ini, yang tinggal hanyalah kesunyian.
YOU ARE READING
UNIT TRI-0 (GHOST UNIT)
ActionDalam dunia yang semakin terancam oleh musuh yang kebal terhadap undang-undang dan sukar dikesan oleh agensi keselamatan konvensional, sebuah unit rahsia yang dikenali sebagai Unit Tri-0 atau Ghost Unit telah ditubuhkan oleh kerajaan. Unit ini ditug...