Adam hanya duduk di dalam bilik kurungan solitari tanpa sebab. Wajahnya lesu dan berlumuran peluh. Di hadapannya, seorang pegawai polis yang nampak garang membuka pintu jerigi besi. Adam menatap pegawai itu dengan tatapan kosong, menerima hakikat bahawa hidupnya sudah berakhir. Namun, ketika pegawai itu melangkah masuk dan menutup pintu perlahan-lahan, perubahan mula terlihat. Wajah pegawai itu menjadi lebih santai, senyuman licik terpancar di bibirnya. Itu bukan pegawai polis biasa.
"Adam Mikail, mahu mati atau hidup dalam mati?"
kata pegawai itu. Adam terkejut kata-kat pegawai itu. Pegawai polis itu adalah Professor yang menyamar.
"Aku di sini untuk beri kau pilihan: mati di tali gantung atau hidup dalam bayang-bayang kematian."
Adam mendengar dengan teliti. Professor menyandarkan dirinya di dinding dan berkata,
"Namun jika kau memilih untuk hidup, secara rasminya... kau dianggap sudah mati. Tiada lagi Adam Mikail. Hanya Kapten yang akan terus hidup; yang competen dari segenap segi."
Adam memandang ke arah Professor, cuba memahami niat sebenar lelaki itu. Dia tahu bahawa ini bukan tawaran yang dibuat sesuka hati. Kehidupannya tergantung pada keputusan ini.
Akhirnya, Adam mengangguk perlahan.
"Aku setuju, ada perkara yang belum aku lakukan lagi"
Professor tersenyum sinis dan terus berlalu pergi dan menghilang dalam kegelapan samar-samar malam.
---------
Keesokan harinya, dua orang warden penjara membacakan pertuduhan terhadap Adam dan mahkamah telah menetapkan bahawa hukuman Adam ke tali gantung dipercepatkan pada hari ini.
Adam dipakaikan pakaian banduan dan dibawa ke tali gantung. tiada kenalan dan sahabat handai yang mengiringi Adam pada saat-saat terakhir ini walaupun mereka sudah dimaklumkan malam tadi.
Professor yang menyamar menjadi algojo memakaikan kolar khas di leher Adam sebelum tali gantung diikat di lehernya. Adam hanya tersenyum masam.
"Ada permintaan terakhir?"
Adam hanya menggelengkan kepalanya. Adam diberikan segelas air.
Tiba-tiba, mata Adam terpaku ke arah seorang wanita yang bermata redup sayu yang berdiri menyaksikan dirinya di tali gantung.
"Delisya..."
Dunia menjadi gelap apabila kepalanya ditutup dengan kain hitam.
CLAPPP!!!
---------
Ketika itu, satu van jenazah meluncur perlahan ke belakang penjara. Van itu dipandu oleh Professor yang tersenyum sinis. Adam yang diberikan ubat yang boleh menghentikan dengupan jantungnya selama 20 minit itu diusung masuk ke dalam van tersebut dan dibawa keluar untuk dikebumikan. Adam sudah mati namun Kapten akan terus hidup dalam bayangan.
--------------------
Wakkanai, Hokkaido Prefecture. 0800 masa tempatan.
Dua minggu selepas kematian Adam.
"ET, your intel ni boleh pakai ke?, we technically looking for ghost ni"
Cap menekan alat keluinya yang berhubung secara jarak jauh.
"Cap, trust me, there is nothing I can't trace, even the smallest tiniest tiny of digital track can bring me to someone I want to know, hee"ET tersenyum bangga sambil menelan sashimi istimewa hanya terdapat di Hokkaido. ET berada di dalam sebuah van yang disewa untuk menjalankan operasi sulit ini.
集中してください、船長。目立たないように、コミュニティに溶け込んでください。騒ぎは起こしたくないので、本当にありがとうございます!
'Shūchū shite kudasai, senchō. Medatanai yō ni, komyuniti ni tokekonde kudasai. Sawagi wa okoshitakunainode, hontōni arigatōgozaimasu! '
"Focus, Captain, dont look obvious, blend well in community. we dont want a ruckus,.. thanks you so much!"
申し訳ありません、教授、私のミスです
Mōshiwake arimasen, kyōju, watashi no misudesu
"sorry sorry professor, my bad"
Adam dan Professor berpakaian santai. mereka mengenakan baju Hawaii, kemeja terbuka, dan cermin mata gelap. Mereka juga sudah disolek seakan-akan pelancong jepun tempatan yang berjalan di antara landskap Hokkaido yang indah.
Di hadapan mereka adalah sebuah studio seni terpencil dan perlahan-lahan mereka memasuki kedai itu.
Mereka masuk ke dalam studio, dihiasi lukisan-lukisan abstrak yang mendamaikan. ada juga lukisan-lukisan yang menggunakan oil paint menggambarkan suasana ataupun entiti yang menakutkan.
こんにちは、ここに誰かいますか、ここでペンキを探しています!
Kon'nichiwa, koko ni dare ka ima suka, koko de penki o sagashite imasu!
Hello, do we have someone here, im looking for paint here!
Suasana sunyi sepi dan hanya cahaya matahari pagi yang menerangi studio kecil itu yang masuk menerjah dari tingkap yang usang. tiada jawapan dari sapaan Professor.

YOU ARE READING
UNIT TRI-0 (GHOST UNIT)
ActionDalam dunia yang semakin terancam oleh musuh yang kebal terhadap undang-undang dan sukar dikesan oleh agensi keselamatan konvensional, sebuah unit rahsia yang dikenali sebagai Unit Tri-0 atau Ghost Unit telah ditubuhkan oleh kerajaan. Unit ini ditug...