Adam dan Professor berdiri tegak di tengah studio seni yang sunyi, mata mereka liar memerhatikan lukisan-lukisan di dinding. Tiba-tiba, bayangan bergerak pantas dari sudut gelap studio.
Pemilik studio itu tiba-tiba muncul dengan tangkas dan melancarkan serangan mendadak. Dia hanya bersenjatakan berus cat, namun tindakan agresifnya mengejutkan Adam dan Professor.
"Hiyaaah!"
jerit pemilik studio itu sambil menghunjamkan berus catnya ke arah Professor.
Professor sempat mengelak dengan pantas, tetapi Adam tidak bernasib baik.
Berus cat itu menghentam tepat di bahunya dan terbenam menyebabkan darah memancut keluar.
"Argh! Ini tak sepatutnya terjadi!"
Adam mengeluh mengerang kesakitan.
Professor tersenyum sinis melihat kejadian itu, cuba menahan gelak.
"Berus cat je, Capt."
Sementara itu, ET yang sedang memantau dari jauh melalui sistem komunikasi jarak jauh, kelam-kabut mendengar bunyi kecoh.
"Mayday! Mayday! Capt! Apa yang berlaku? Kau kena serang dengan senjata rahsia ke? Apa kes?"
ET menjerit dalam komunikasi.
"Berus cat,"
Jawab Captain yang sedang menahan kesakitan sambil melihat ketangkasan Prof menendang Hanna hingga menyebabkannya terpelanting ke belakang.
Situasi semakin kacau apabila Hanna mengeluarkan sepucuk Glock 19. Dia mengacukan senjata itu dengan penuh kemahiran dan melepaskan dua das tembakan. Andai Prof dan Captain lambat 2 saat, pasti dua das peluru itu tepat di dahi mereka. Kedua-dua mereka terpaksa mencari perlindungan di balik lukisan-lukisan.
"Hanna, kami tak datang untuk buat kacau!"
Professor berkata, cuba menenangkan keadaan.
"Bullshit!! Baka!!!"
Jerit Hanna sambil melepaskan beberapa tembakan.
"Kami cuma nak berbincang."
Hanna tidak percaya. Dia menyasarkan Glocknya dengan penuh kewaspadaan sambil merancang untuk melarikan diri.
Namun, sebelum Hanna sempat melangkah keluar, Professor menjerit,
"Aku tahu apa yang kau mahu dan apa yang kau cari! Sertai kami, dan kau akan dapat jawapan yang kau cari selama ini."
Keheningan melanda seketika. Hanna terhenti, mata penuh dengan kebencian dan keliru. Adam dan Professor saling memandang, tahu bahawa kata-kata itu telah mengena sasaran.
Dengan nafas terhempas-hempas, Hanna akhirnya meletakkan pistolnya ke bawah.
"Baiklah,"
katanya sambil mengeluh, "aku ikut hanya selepas engkau beritahu apa yang kau tahu."
Professor mengangguk perlahan. "Itu cukup buat kami."
YOU ARE READING
UNIT TRI-0 (GHOST UNIT)
ActionDalam dunia yang semakin terancam oleh musuh yang kebal terhadap undang-undang dan sukar dikesan oleh agensi keselamatan konvensional, sebuah unit rahsia yang dikenali sebagai Unit Tri-0 atau Ghost Unit telah ditubuhkan oleh kerajaan. Unit ini ditug...