*
Kuala Lumpur, Malaysia, 0245 am. waktu tempatan.
Lampu-lampu neon kelam menerangi kawasan terpencil di bawah jejambat jalan raya yang gelap. Ring of Fighters, gelanggang bawah tanah yang menjadi sarang perlawanan jalanan, dipenuhi oleh penonton yang penuh semangat.
Bunyi sorakan bergema di udara, diselang-seli dengan jeritan taruhan, bau peluh, darah, dan asap rokok yang tebal mengisi suasana. Di tengah-tengah keriuhan itu, dua petarung sedang bertempur dengan keganasan luar biasa, tetapi fokus semua mata tertumpu kepada Ibau—seorang fighter baru yang tak terkalahkan dan sudah menumpaskan semua fighter jalanan di KL.
Selama dua minggu kebelakangan ini, berita mengenai Ibau yang melarikan diri dari pusat pemulihan dadah dirahsiakan. Namun kehandalan ET mengesan Ibau Sangkurun boleh diberikan pujian.
Kini dia muncul kembali didalam kegelapan sebagai petarung jalanan yang sukar ditandingi. Ibau, dengan tubuh sasa dan penuh parut, bertarung dengan kemahiran yang luar biasa. Muay Thai menjadikan setiap pukulan dan tendangannya tepat dan berbahaya. Lawannya sudah terkulai, kalah teruk di hadapannya.
Penonton bersorak riuh. Wang taruhan beralih tangan, dan promoter gelanggang—seorang lelaki bertubuh besar dengan mata tajam—menaikkan pertaruhan."Siapa lagi yang berani mencabar sang legenda ini?" promoter menjerit, sambil ketawa besar. Dia menikmati setiap detik perlawanan haram itu.---Di kalangan penonton yang bersorak, seorang individu menyelinap masuk, berpakaian biasa, tetapi penuh dengan keyakinan senyap. Captain mengamati gelanggang dari jauh, menyusun strategi. Melalui alat kelui kecil di telinganya, Captain menerima arahan dari Professor yang berada di luar kawasan, memantau segala-galanya dengan tenang.
"Captain, hati-hati. Ibau bukan petarung biasa. Dia handal dalam pelbagai seni bela diri"
Captain tidak kelihatan bimbang, malah matanya tenang menganalisa setiap gerakan Ibau.
"Aku dah kaji dia. Aku tahu kekuatan dan kelemahan dia. Jangan risau, Prof."
Captain menjawab sambil melangkah ke depan. Dia sudah bersedia.
Di tengah-tengah gegak gempita penonton, Captain mengangkat tangan. Semua mata tertumpu kepadanya, terkejut dengan tindakan itu.
Promoter yang kebingungan segera bersuara, "Kau berani? Kau fikir kau boleh kalahkan Ibau?" Dia tertawa kasar. "Aku suka semangat kau, tapi takkan ada belas kasihan di gelanggang ini."
Captain berjalan masuk ke tengah gelanggang, memandang tepat ke arah Ibau yang berdiri seperti gunung batu. Dengan nada rendah tetapi jelas, Captain menggunakan bahasa isyarat kepada Ibau.
"Aku tak datang sini untuk kalahkan kau... Aku datang untuk ajak kau ikut aku."
Ibau mengerutkan dahi, pandangannya tajam. membalas isyarat itu
"Ikut kau? Kau siapa? Aku tak buat salah, aku tak ambil dadah! Aku bersih!"
suaranya bergetar penuh kemarahan. Matanya merah menyala. dia sedia untuk bertarung.
Captain tersenyum kecil.
"Aku tahu kau tak bersalah. Dan aku juga tahu kau perlukan tempat yang benar-benar boleh bantu kau. Triple 0 adalah tempat kau sepatutnya berada."
Ibau ketawa sinis, mengejek.
"Triple 0? Apa tu? Kumpulan samseng baru? Kalau kau betul-betul serius, kalahkan aku dulu. Kalau kau menang, mungkin aku akan dengar."
Captain menghela nafas pendek.
"Baiklah, kalau itu yang kau mahu."
---
Ibau memulakan serangan dengan agresif, Tendangan pusingan dihantar tepat ke arah bahu Captain, yang dengan pantas mengelak dengan pergerakan lincah. Pukulan siku diikuti dengan serangan lutut ke arah perut Captain, namun Captain menggunakan kelincahannya dalam ilmu persilatan untuk menahan dan mengunci serangan itu, memusingkan tubuhnya ke belakang untuk menangkis. Penonton bersorak semakin kuat, menyaksikan perlawanan sengit ini.
Ibau tidak mahu menyerah. Dia mula mengatur langkah, gerakan penuh kelicikan dan keanggunan. Langkah serong dan tendangan sulung menghujani Captain. Mereka berbalas serangan dengan cepat—tumbukan bertalu-talu, kunci lengan, dan sapu kaki yang membuatkan perlawanan itu semakin sukar dijangka.
Captain terjatuh seketika selepas satu tendangan keras dari Ibau, tetapi dia cepat-cepat bangkit. Dalam sekelip mata, dia berjaya mengunci Ibau dalam tangkapan kunci lutut, hampir mematahkan kawalan Ibau.
Namun, Ibau seorang petarung yang pantang menyerah. Dia menggunakan kekuatan tangannya untuk menghempaskan Captain ke lantai dan kembali bangkit, menanti perlawanan yang lebih sengit.
Pertarungan terus berlangsung dengan penuh aksi, kedua-dua petarung silih berganti mengeluarkan kemahiran terbaik mereka. Pergerakan Captain menjadi lebih strategik. Dia sudah cukup menganalisa kekuatan Ibau. Pukulan dan tendangannya sangat kuat menyebabkan lawannya akan menjadi KO. Namun Captain juga berjaya mengesan kelemahan Ibau—kekurangan stamina di jangka masa panjang. Captain mula menyerang dengan kombinasi tumbukan dan sapuan, mengelak serangan balas Ibau dengan licik, hingga akhirnya satu tendangan lutut tinggi dari Captain berjaya meletakkan Ibau dalam keadaan terhuyung-hayang.
Tendangan terakhir dari Captain tepat mengenai rusuk kiri Ibau, membuatkan petarung jalanan itu jatuh terbaring ke lantai. Penonton terkejut, diam dalam keheningan sejenak sebelum sorakan meledak.
Captain menghampiri Ibau yang masih terbaring. Dia tidak menyerang lagi.
Dengan suara rendah dan tegas, Captain berkata, "Aku tahu kau kuat. Dan aku tahu kau layak untuk lebih daripada ini. Sertai Triple 0. Kau boleh buktikan kepada dunia siapa sebenarnya kau."
Ibau menoleh ke arah Captain, matanya penuh dengan campuran kemarahan dan kekalahan.
"Kenapa aku patut percaya kau?"
Captain menghulurkan tangannya, menunggu jawapan.
"Kerana aku tahu kebenaran tentang apa yang berlaku kepada kau. Dan kerana aku datang bukan untuk bertarung, tetapi untuk menyelamatkan."
"Baiklah"

YOU ARE READING
UNIT TRI-0 (GHOST UNIT)
ActionDalam dunia yang semakin terancam oleh musuh yang kebal terhadap undang-undang dan sukar dikesan oleh agensi keselamatan konvensional, sebuah unit rahsia yang dikenali sebagai Unit Tri-0 atau Ghost Unit telah ditubuhkan oleh kerajaan. Unit ini ditug...