Pintu besi tebal dengan sistem biometrik terbuka secara automatik, memperlihatkan sebuah bilik penuh dengan skrin, komputer, dan peralatan teknologi yang kelihatan seperti diambil terus dari filem sains fiksyen.
Cahaya biru dari skrin memantulkan wajah Professor yang kini melangkah masuk dengan penuh waspada. Di belakangnya, Menteri Dalam Negeri berjalan perlahan.
"Selamat datang ke markas rahsia TRI-0 Special Branch,"
kata Dato' Seri sambil menoleh kepada Professor.
"Tempat ini tidak wujud dalam mana-mana rekod kerajaan. Semua yang ada di sini adalah sokongan kepada Unit TRI-0 yang kau akan ketuai."
Suaranya tegas, tetapi ada nada hormat di situ.
Professor merenung ke sekeliling bilik, matanya meneliti setiap butiran. Bilik ini memang kelihatan sangat canggih. Peralatan yang ada jauh melangkaui apa yang pernah dilihatnya sebelum ini.
"Aku takkan berbohong, tempat ini mengagumkan. Tapi apa maksudnya, tiada dalam rekod? Dan, apa maksud 'RM100 juta' tadi?"
Professor bertanya sambil melirik kepada Dato' Seri.
Dato' Seri Amir tersenyum nipis.
"RM100 juta adalah dana yang akan disalurkan kepada Unit 000. Kau akan dapat semua yang kau perlukan, dari segi teknologi, senjata, serta sokongan taktikal. Markas ini adalah HQ yang kau boleh akses bila-bila masa, tanpa sebarang halangan."
Professor mengerutkan dahi.
"Dan bantuan kerajaan?"
Menteri tersenyum, tetapi kali ini senyumannya lebih sinis.
"Kerajaan berlepas tangan. Kami tidak akan campur tangan dalam apa jua yang kau lakukan. Dan kau juga tidak akan mendapat bantuan kewangan lagi. Apa yang kau ada sekarang—RM100 juta—itu sahaja."
Professor tersenyum sambil mendekati salah satu meja dengan komputer super canggih.
"Baiklah. Aku sudah terbiasa bekerja dengan kekangan. Ini sudah lebih daripada cukup."
"Ada satu lagi perkara yang perlu kau tahu,"
kata Dato' Seri sambil menekan butang pada tablet di tangannya.
"Kau akan diperkenalkan dengan seorang ahli pasukan sokongan yang sangat penting. Namanya, E.T."
Professor mengerutkan kening.
"ET? Aku tak ingat sesiapa dengan nama itu dalam mana-mana pasukan."
"Itu kerana dia bukan dari mana-mana pasukan."
jawab Menteri sambil tersenyum.
"Dia seorang remaja berusia 19 tahun, dan mungkin penggodam terbaik yang pernah dilahirkan di negara ini."
Tiba-tiba, pintu kecil di sebelah bilik utama terbuka. Seorang pemuda kurus, berambut hitam kusut, melangkah keluar. Wajahnya kelihatan tenang, tetapi ada sesuatu yang sangat licik dalam matanya. Dia berpakaian kasual, hoodie hitam dengan simbol "freedom" di bahunya.
"Ini ET,"
kata Dato' Seri sambil memperkenalkan.
"Nama sebenarnya tak penting. Apa yang penting adalah kemampuannya. Dia yang melumpuhkan sistem polis dan undang-undang kita dua tahun lalu. Dan dia juga yang menggodam akaun bank seorang ahli politik korup, mencuri RM50 juta dan mengagihkannya kepada orang-orang susah."
Professor mendekati ET, memeriksa pemuda itu dengan penuh minat.
"Jadi, kau orang yang bertanggungjawab membuat huru-hara dalam sistem undang-undang kita?"
"Yo."
balas ET dan mengangguk perlahan. Matanya menatap Profesor dengan dingin tetapi tajam.
_"ET sepatutnya berada di Penjara Kajang, high facility prison secara rasminya diberikan penjara seumur hidup."
Dato' Seri mencelah.
"Namun, E.T. telah diberikan pengampunan penuh secara sulit dengan satu syarat—ET menyertai Unit 000."
Professor menarik nafas panjang, memandang Menteri.
"Jadi, ini rancangan kau? Bawa seorang remaja dalam operasi paling rahsia negara?"
"Remaja ini,"
jawab Menteri dengan tegas,
"adalah aset yang paling berharga dalam perang siber. Dengan ET di pihak kita, tiada sistem yang tidak dapat ditembusi, tiada rahsia yang tidak dapat kita peroleh. Kau mungkin memerlukan dia lebih daripada yang kau sangka."
Professor mendiamkan diri sejenak, memikirkan situasi itu. Dia tahu risiko bekerja dengan seseorang seperti ET, tetapi pada masa yang sama, dia juga tahu bahawa untuk berdepan dengan ancaman moden, kepakaran siber adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan.
"Baiklah,"
kata Profesor akhirnya. _"Aku terima. Tapi ingat, ET, kalau kau cuba bermain api, aku takkan teragak-agak untuk menghentikan kau dengan apa cara sekalipun."
ET tersenyum kecil, dan untuk kali pertama dia kelihatan lebih terbuka.
"Aku tak di sini untuk bermain, Professor. Aku di sini untuk buat apa yang aku terbaik dalam menggodam sistem yang korup."
Professor memandang Menteri Dalam Negeri.
"Satu lagi, siapa lagi dalam pasukan ini? Siapa yang kau rancang untuk masukkan?"
Dato' Seri hanya berdiri tegak.
"Itu terpulang kepada kau. Kau akan diberikan kebebasan penuh untuk memilih sesiapa sahaja. Unit ini bergerak tanpa kawalan dari kerajaan. Tetapi ingat, Unit TRI-0 tidak boleh gagal. Semua yang menyertai unit ini secara rasminya sudah mati. Kita beroperasi di luar undang-undang. Gagal bermaksud mati."
"Technically kamu semua adalah GHOST."
Professor memandang ke arah skrin besar di hadapannya yang menampilkan pelbagai data tentang ancaman kepada negara. Dengan ET di sebelahnya dan misi baru yang sedang menanti, dia tahu bahawa kali ini, permainan jauh lebih besar daripada sebelumnya.
"Mari kita mulakan,"
Professor berkata dengan tekad, memandang ET.
"Kau dan aku ada kerja besar yang perlu diselesaikan."
Di luar markas fasiliti yang terletak di bawah tanah, malam semakin pekat, tetapi dalam bilik rahsia itu, permainan baru sahaja bermula.
YOU ARE READING
UNIT TRI-0 (GHOST UNIT)
AçãoDalam dunia yang semakin terancam oleh musuh yang kebal terhadap undang-undang dan sukar dikesan oleh agensi keselamatan konvensional, sebuah unit rahsia yang dikenali sebagai Unit Tri-0 atau Ghost Unit telah ditubuhkan oleh kerajaan. Unit ini ditug...