Code 03-2: Ops Riki

8 1 0
                                    



Di bilik gelap yang dikuasai oleh pantulan cahaya biru dari skrin besar, Professor berdiri di hadapan 100 wajah di skrin, wajah-wajah yang pernah menjadi kebanggaan unit khas dan pasukan elit tetapi kini tinggal bayang-bayang kejayaan lampau. Semua mereka pakar dalam pelbagai bidang, namun nama mereka kini terukir dalam senarai hitam atas sebab-sebab yang berbeza — tindakan tatatertib, masalah peribadi, atau kegagalan dalam misi.


Professor memandang ET yang sedang bersandar di kerusi. 


"Kita tak perlukan 100 orang. Aku hanya mahu lapan orang. Best of the best, ramuan yang diperlukan untuk kembali mengoncang dunia."

ET memandang skrin sambil mengetuk-ngetuk papan kekunci. 


"Prof nak ciri-ciri apa kali ni?"

Professor menyilangkan tangannya, memikirkan dengan teliti. 


"Aku mahukan mereka semua pakar dalam penyamaran dan penyusupan dan mampu mengendalikan pelbagai senjata—pistol, rifle , hatta sniper. Tak kira apa latar belakang, askar, polis hatta penjenayah sekalipun, kita perlukan orang yang sudah terbiasa bekerja dalam bayang-bayang."

ET mengangguk, jari-jemarinya pantas mengendalikan sistem komputer yang canggih. Beberapa detik kemudian, nama dan wajah di skrin mula mengecil. Dari 100 calon, hanya tinggal 30. Mereka adalah yang terbaik daripada yang terbaik.


"Pendekkan lagi senarai,"


Professor berjalan perlahan ke arah skrin, matanya tajam meneliti satu persatu profil. 

"Aku nak mereka semua ni tahu bagaimana untuk berfikir sendiri. Semua mereka ni dah hilang kepercayaan pada sistem, jadi mereka perlu tahu bagaimana untuk bergerak tanpa arahan langsung. Aku perlukan yang berani dan berani membuat keputusan di lapangan."

Dengan segera, ET menekan beberapa butang dan shortlistkan lagi senarai tersebut. Kini hanya tinggal 15 nama yang terpampang di skrin. Professor berdiri di hadapan profil-profil terakhir ini, memperhatikan dengan teliti.

"Sekarang, mari kita lihat siapa yang kita ada," 

kata Professor dengan nada serius.

1. Kapten Adam codename Captain

Nama Kapten A terpampang jelas di skrin. Bekas ketua unit Special Branch, Kapten terkenal dengan keupayaannya untuk merancang dan memimpin operasi sulit terutama dalam melumpuhkan operasi sindiket jenayah dadah Golden Triangle di Malaysia . Tetapi hidupnya hancur apabila dia dituduh membunuh rakan sekerja, walaupun sehingga kini tuduhan itu masih diragui ramai. Status kini meringkuk dalam penjara menunggu perbicaraan ke tali gantung.

Professor memandang lama profil Kapten Adam. 

"Dia orang yang aku mahukan untuk mengetuai pasukan ini. dia antara kapten yang berintegriti dan terbaik yang pernah kita ada. Dia tahu bagaimana untuk beroperasi dalam bayangan."

2. Mejar Hanna Chen codename Shadow

Di dalam senarai tersebut, reputasi Hanna Chen cukup menarik perhatian. Bekas agen perisikan Kor Risik Tentera Darat yang pakar dalam penyusupan dan penyamaran, Hana pernah menyusup ke pelbagai organisasi risikan M16 tanpa dikesan. Misinya sentiasa berjaya, tetapi beliau meninggalkan Unit Risik tanpa jejak selepas satu insiden traumatik di mana identitinya hampir terdedah. Status kini keberadaan Shadow masih tidak diketahui.

UNIT TRI-0 (GHOST UNIT)Where stories live. Discover now