BAB 6

182 7 0
                                    

ZYRAN menemani aku mengambil makanan yang sudah terhidang. Han pula hilang entah ke mana. Bila tengok Zyran, rindu pula dengan wajah cantik milik Zariana. Macam mana ya dia sekarang? Ada kawan ke?

Aku termenung jauh. Seketika itu, tangan ku berhenti mengambil makanan.

"Hey? Kau termenung apa? Cepat lah ambil. Sesak ni"

Bahu ku dicuit Zyran. Terus tersedar dari lamunan. Aku sambung mengambil makanan yang aku mahu. Lalu, kamu kembali duduk. Lagu dimainkan oleh DJ. Zyran nampak tenang. Mungkin kerana Julia tidak menghampirinya.

"Awak tak pernah bercinta ke?"

Terkejut dengan soalan aku sendiri. Mulut ni gatal lah nak bertanya. Sepatutnya aku tanya pada Han aje.

"Hmm"

"Hmm?"

Apa yang hmm? Singkat betul jawapannya.

"Iya. Aku tak pernah bercinta. Menggelikan"

Aku meletuskan tawa. Zyran mula membuat muka tak puas hati kerana dia diketawakan.

Jari mengesat air mata pada hujung mata.

"Kenapa kau ni? Pelik ke aku tak pernah bercinta?"

"Saya tak cakap apa-apa pun. Kenapa? Terasa ke?"

Zyran berdecik. Aku ingin ketawa lagi. Tetapi di dalam hati aje lah. Mahu di bakar aku disini jadi makanan untuk tetamu.

Bunyi kasut tumit tinggi semakin kuat disekitar sini. Rasanya, ada seseorang yang datang menghampiri. Pertama, aku pandang Zyran dahulu. Wajah Zyran jijik. Aku tahu siapa itu.

"Hai Zyran! Thank you sebab dah datang. Saya tak sangka awak akan datang party birthday saya"

Julia! Itu Julia. Rambut ikal nya cantik diikat. Julia ingin memeluk tangan Zyran. Tetapi entah kenapa badan ku ini refleks menghalangi Julia untuk memeluk tangan Zyran.

Kaku!

"Huh? Excuse me?? You siapa?"

Dengan muka berlagak nya, dia bertanya. Heh, galak nak mati! Patut lah Zyran muak.

"Saya kekasih dia. Tolong hormat sikit. Dia boyfriend saya. Dan, awak siapa suka-suka hati nak peluk boyfriend orang?"

Tanpa sedar, aku berani bersuara. Ingin berundur pun sudah tidak boleh. Aduhai...

"Kau jangan nak memandai. Zyran mana pernah bercinta. Dia tak suka. Kan, Zyran"

Julia pandang pula pada Zyran. Dia hanya diam.

"Awak pun tahu dia tak suka bercinta. Jadi, kenapa awak ni beria sangat inginkan Zyran?"

Aku mendekatkan jarak dengan Zyran. Kalau orang lain lihat, memang nampak seperti kami berpegangan tangan. Tetapi tidak.

Julia menggengam penumbuk. Kenapa? Nak tampar ke. Sini sini.

"Kalau Zyran bercinta pun, dia tak akan pilih perempuan macam kau ni. Kau ada apa je?"

Kali ini, Julia senyum sinis. Oh.. Belum mengalah?

"Saya ada apa? Saya ada adab. Bukan macam awak. Tak hormat dengan keputusan orang lain. Zyran tak nak dekat awak, tak nak lah jawapannya"

Semua mata tertumpu kepada kami bertiga. Kemudian, Han berlari mendekati kami. Risau agaknya. Julia pula tergamam.

"Kau dah melampau kan! Sengaja nak malukan aku depan orang ramai. Kau cemburu kan dengan aku?"

Aku ketawa. Ketawa ku itu membuatkan semua hairan. Termasuklah Julia, Zyran dan Han.

"Kenapa pula saya perlu cemburu? Sebab awak cantik? Kaya? Tak ada guna ada semua tu ada pada awak, but no attitude"

He Conquered My Heart Completely !Where stories live. Discover now