BAB 4

308 15 0
                                    

SESAMPAI nya aku di kedai, kereta Mercedes Benz pula yang terparkir cantik didepan kedai ku ini. Tadi Audi, sekarang Mercedes? Siapa pula yang datang kali ini. Han Lixin 2.0 ke?

Dari cermin lutsinar itu, dapat aku lihat ada Zyran yang sedang berdiri di kaunter. Berborak dengan Arwa, mungkin? Laju sahaja kaki melangkah masuk. Hirman yang masih berdiri disana tidak aku hiraukan.

Pintu di kuak luas. Aku berlari-lari anak menuju kepadanya.

"Zyran! Awak buat apa dekat sini?"

Zyran yang tadinya rancak berborak terus berpaling kebelakang memandangku.

Dia menyilangkan tangannya pada dada bidangnya. Kening di jongketkan sebelah.

"Aku nak ambil bunga aku lah. Buat apa lagi aku datang sini?"

Hairan. Tak silap aku, dia mana ada tempah apa-apa bunga dekat sini. Ini kali pertama dia datang kedai aku. Dia mimpi apa ni?

"Saya tak ada pun buat awak punya tempahan. Ada orang lain punya aje. Awak mana pernah datang sini"

Aku masuk ke dalam, ingin mencari tempahan Zyran. Mana tahu ada yang aku tak perasan. Malangnya, tiada.

"Siapa lagi yang tempah?"

Dia menongkat dagunya di meja kaunter. Aku mencari kembali kertas yang tertulis senarai nama yang menempah.

"Z.AF. Dia aje yang tempah"

"Spray Rose?"

Laju aku mengangguk. Zyran mengeluh kecil. Lalu, dia menegakkan kembali badannya.

"Itu aku, Rhea. Z mean Zyran. And AF mean Al-Farrell"

Setelah mendengar penjelasan Zyran, aku menepuk tanganku sekali.

"Oh! Saya tak terfikir pula. Kejap saya ambilkan. Awak tunggu situ. Jangan lari pula. Mana tahu awak merajuk sebab saya tak tahu Z.AF tu nama singkatan awak"

Aku ketawa. Zyran tersenyum kecil. Aku mengambil Spray Rose yang sudah siap dibungkus di atas meja.

"Awak ada nak tulis kad apa-apa tak?"

Dia seperti memikirkan sesuatu. Terus dia mengangguk. Kad bentuk segi empat sama yang bersaiz sederhana dihulurkan kepada Zyran bersertakan pen. Dia seperti ingin mencari tempat untuk menulis.

"Can you close your eyes?"

Hairan. Tanpa membalas apa-apa, aku terus menutup mataku buat beberapa saat.

"Thankyou. How many?"

"RM45.00"

Wang yang bernilai seratus ringgit dihulurkan. Aku kembalikan baki. Setelah selesai membuat pembayaran, dia masih lagi tidak berlalu pergi. Ditenungnya bunga itu bersama wajahku.

"Ada apa? Bunga tu tak sesuai dengan apa yang awak nak ke, Zyran?"

"Nothing. I like this"

Matanya betul-betul menatap mataku. Perkataannya itu seperti bukan untuk bunga. Tapi seolah-olah untuk ku. Jangan berangan Rhea!

Zyran pun berlalu pergi. Tanpa sedar, wajahku sudah merona kemerahan. Jantung pula makin kencang rentaknya. Dada dipegang supaya bertenang. Ada apa dengan mamat tu?

"Ha.. haa.. Apa kena kau ni"

Pantas sahaja Hirman berada di depan ku. Tajam tatapan nya. Di pandangnya aku macam aku ini makanannya.

Soalan Hirman itu aku biarkan tidak dijawab. Aku meneruskan menghabiskan sisa tempahan yang lainnya. Letih juga. Tapi kalau dah namanya cari duit, mana tak letih?

He Conquered My Heart Completely !Where stories live. Discover now