BAB 3

339 12 0
                                    

PUKUL enam setengah pagi, aku menerima mesej dari Arwa. Berderu-deru mesej masuk. Dengan malasnya, aku membuka Whatsapp ingin membaca apa yang dikirim oleh Arwa.

Rhea! Cepatlah datang kedai. Aku tak tahu lelaki cina mana cari kau ni.

Rhea Irana! Mana kau ni? Tak kan lah tak bangun lagi?

Hoi!! Cepatlah datang sini! Apek cina ni cari kau lah Rhea!

Ada lagi tiga belas mesej yang belum dibaca. Hah? Lelaki cina mana pula ini? Yang si Arwa ni, awal-awal lagi dah buka kedai kenapa? Ada banyak kerja yang tertunggak ke?

Sekejap lah. Aku nak bersiap. Cina tu ada dekat kedai ke sekarang?

TING! Laju sahaja Arwa membalas. Gelabah sangat dah ni. Kenapa perlu gelabah? Cina tu gengster ke? Sini aku sesah kepala dia.

Iyalah! Kau kenal ke dengan cina tu? Boyfriend?

Sorry Arwa, aku tak berminat dengan lelaki cina. Suruh dia tunggu situ

Arwa hanya membacanya. Mengeluh. Orang cina mana pula yang datang cari aku ni? Popular sangat ke aku ni sampai orang cina pun datang cari aku. Kerja kedai bunga pun popular. Kalah artis lah kalau macam gini.

Nasib baik lepas subuh tadi aku terus mandi. Tak ada lah aku sidai cina tu lama-lama dengan Arwa. Tudung shawl dililitkan sana sini. Aku mengejas supaya dada ku tertutup.

Aku sudah berpuas hati dengan gaya tudung aku itu, terus aku menuju ke bilik Hirman. Pintu diketuk. Tiada sahutan. Memandangkan lampu biliknya menyala, aku terus membuka pintu biliknya. Dia bersama Haris bermain game. Pagi-pagi lagi dah main game. Apa nak jadi.

"Siapa boleh tolong hantarkan Rhea pergi kerja? Rhea ada urusan ni. Ada orang nak jumpa Rhea"

Mereka berdua berhenti menekan keyboard komputer. Headphone dibuka. Dipandangnya aku lama.

"Siapa nak jumpa kau pagi-pagi ni, dik?"

Soal Haris kehairanan. Entah la abang, Rhea lagi hairan!

"Arwa cakap, lelaki cina mana entah nak berjumpa dengan Rhea. Bukan main gelabah dia mesej Rhea tadi. Macam penting aje"

Mereka diam. Haih, orang nak cepat ni!

"Siapa boleh?"

"Along boleh"

"Aku boleh"

Dijawabnya serentak. Serius betul muka masing-masing. Sudah kenapa?

"Ha iyalah. Cepat, Rhea tak nak tinggal tetamu lama-lama. Kesian Arwa"

Hirman mengangguk. Dia mengambil jaketnya khas untuk menunggang sport bike nya. Nak naik motor ke? Kereta kan ada.

"Kereta tak ada. Aku hantar pergi repair. Milo cakar pintu-pintu kereta aku"

Ketawa. Hirman menjeling. Kalau Milo yang buat, memang dia tak marah. Kalau aku yang buat, selamat mendarat di atas katil hospital lah jawabnya!

Kami semua turun keluar rumah. Haris menunggang sport bike nya sendiri. Aku menunggang bersama Hirman. Lebih selesa dengan Hirman. Kalau dengan Haris, laju nak mati!

Pinggang Hirman dipeluk kuat. Tinggi kut! Bermacam-macam reaksi muka aku buat disebalik helmet besar ini. Takut sebenarnya. Aku hanya menunggu tibanya di kedai bunga aku.

Setibanya kami disana, sebuah kereta audi berwarna hitam terparkir cantik di depan kedai. Kereta cina itu lah kut. Aku terus turun dari motor. Mereka juga turut turun.

He Conquered My Heart Completely !Where stories live. Discover now