BAB 10

282 18 1
                                    

MENGINGATKAN tentang janji aku dengan Han hari itu, aku menelefon Han terlebih dahulu. Mana tahu dia sibuk. Tiba-tiba aje aku ajak keluar makan.

"Hello, Rhea? Need help?"

Amboi dia ini. Macam aku suka meminta tolong pula dia.

"Awak ingat janji kita hari tu?"

Han diam seketika. Mungkin lupa.

"Oh! Keluar makan berdua? Sekarang ke? Wait! Saya bersiap sekejap"

"Eh,..."

TUT.. TUT.. Panggilan sudah pun ditamatkan. Gembira betul Han ini. Belum sempat aku bercakap.

Tudung shawl berwarna maroon menjadi pilihan.
Sesuai lah dengan blaus putih aku ni. Kali ini, aku tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama seperti hari itu.

Setelah aku selesai bersiap, aku turun ke bawah mencari kelibat ibu atau pun abah.

Ibu tiada, abah pun tiada. Aku menjenguk ke luar. Kereta abah tiada. Keluar kut? Aku naik ke atas kembali.

Pintu bilik Hirman aku buka. Tak perlu di ketuk. Kalau ketuk memang dia tak akan jawab.

"Along!"

Hirman yang berada di meja gaming nya beralih memandang ku. Dengan kening yang terangkat, dia memandang ku dari atas hingga bawah. Tahu lah cantik.

"Pergi mana?"

"Keluar kejap. Rhea dah janji dengan kawan Rhea nak belanja dia makan hari ni. Dia dah banyak bantu Rhea"

Mata di kelipkan beberapa kali. Membodek lah katanya.

Hirman menilik ku sekali lagi. Mencurigakan sangat ke pakaian aku ni?

"Siapa kawan kau tu?"

"Han Lixin"

Sebut sahaja nama Han, Hirman terus merinding. Dia memeluk tubuhnya kuat.

Belum lupakan kejadian hari itu ke? Entah-entah dia ni dah anggap si Han tu suka sesama jenis.

"Berdua dengan lelaki lagi?"

"Ish Rhea dah besar. Rhea boleh jaga diri sendiri. Rhea janji, kalau ada apa-apa Rhea terus telefon along"

Aku menunjuk jari kelingking ku untuk berjanji dengannya. Dia masih lagi curiga.

"Hm. Hati-hati. Jangan balik lewat sangat. Nanti along rindu"

Hirman berjalan mendekati ku. Kepalaku di kucup perlahan. Tangannya aku salam.

"Rindu lah sangat. Bai along!"

Aku berhasil bodek Hirman ke ni? Hahaha! Aku turun ke bawah. Di ruang tamu hanya ada Milo di sofa. Sedang tidur. Selalunya Milo duduk dalam bilik Hirman. Kena halau ke?

Almari kasut dibuka. Banyak kasut tumit tinggi aje ni. Aku mengambil yang tidak terlalu tinggi tumitnya. Sakit kaki pula nanti.

Keluar aje dari rumah, kereta Audi berada di luar pagar. Cepat betul Han ini.

"Kenapa awak tak telefon saya dulu yang awak dah sampai?"

"Baru lah romantik"

Aku masuk ke dalam kereta Han. Dia membetulkan rambutnya. Kemudian, dia menatap ku.

"Nak makan dekat mana ni?"

"Mana-mana aje. Asalkan awak suka tempat tu"

Han tampak seperti terkejut. Aku menggaru-garu kepalaku yang berlapikkan tudung itu.

He Conquered My Heart Completely !Where stories live. Discover now