SETELAH pengakuan Zyran itu, kami jadi agak kekok. Bila terserempak pun kami hanya melemparkan senyuman.
Arwa pula entah keberapa kalinya dia beleter kepadaku kerana hubungan aku dan Zyran agak sedikit renggang.
"Lepas tu? Tak kan lah kau nak biarkan aje hubungan kau orang berdua terus macam ini?"
Meja yang ada di hadapan kami berdua itu ditampar kuat oleh Arwa. Wajahnya seperti tidak berpuas hati.
"Entah lah.."
Aku sedang di dalam duniaku sendiri. Didalam kepalaku tidak henti-henti berputar ayat yang dikeluarkan dari mulut Zyran. Masih tidak percaya bahawa Zyran menyukai ku.
Apakah perasaan ku sama seperti dia? Adakah aku juga menyukainya? Aku masih belum mendapatkan jawapan itu. Aku hampir tidak dapat tidur kerana memikirkan jawapan itu.
"Ish kau ni! Kau ajak lah dia keluar. Ada peluang untuk kau bincang dengan dia pasal perasaan kau"
"Keluar? Berdua?! Memang tak nak lah aku"
PAP! Bahu ku ditampar kuat. Aku mengaduh sakit. Kuat betul tenaga minah ni. Boleh patah bahu aku dibuatnya.
"Alright. You wait and see"
Senyuman Arwa tampak menyeramkan. Ada lah itu benda yang dia nak buat tanpa pengetahuan aku. Dia meminta izin untuk keluar. Ingin membeli sedikit makanan katanya. Tinggallah aku seorang di kedai ini.
Tidak tahu ingin berbuat apa. Tiada pula tempahan yang masuk hari ini. Kalau tidak, ada lah kerja sikit aku nak buat dekat sini. Bosan.
Yang Arwa ini, kut ya pun nak ajak aku keluar sekali. Boleh lah makan sekali dekat kedai. Kurang asam punya kawan!
Beberapa minit kemudian, aku menerima panggilan daripada Zyran. Zyran? Berulang kali aku membaca namanya. Takut tersilap baca. Betul ke dia ni Zyran?
"Ya??"
Suaraku sedikit bergetar. Berusaha untuk tetap bertenang. Rileks! Dia tak makan kau, Rhea.
"Kau free? Aku nak jumpa kau"
"Saya sibuk. Maaf"
Sibuk apanya. Elok aje aku bersilang panggung disini. Sengaja ingin mengelak dari berhadapan dengannya.
"Are you sure? Pandai betul kau menipu ya?"
"Ha? Apa yang awak cakap ni? Betullah saya sibuk!"
Tiba-tiba, pintu kedai ku dibuka. Ada Zyran yang ber T hitam dengan telefon yang dilekatkan pada telinga sedang menatap ku dengan senyuman mengusik.
"EH?! BILA AWAK SAMPAI!"
Menggelupur aku di situ. Cepat-cepat aku matikan panggilan. Dadaku aku pegang. Laju jantung aku berdegup kerana terkejut dengan kehadiran Zyran.
"Ini ke yang kau cakap sibuk? Sibuk buat apa? Sibuk fikir jawapan untuk pengakuan cinta aku?"
Tersentak aku mendengarnya. Macam mana dia tahu? Jangan-jangan...
"Cis.. Dasar Arwa Madiha!"
Dia ketawa besar. Suka ya tengok aku begini? Bencinya!
"Saya menyerah. Penat nak lari dari awak"
"You won't be able to run away from me because I won't stop chasing you"
Rambutnya dia tolak kebelakang. Gaya apa itu? Dengan muka penuh keyakinan. Kelakar!
"Okay? Ada apa awak cari saya?"
YOU ARE READING
He Conquered My Heart Completely !
Romansa- Rhea Irana - Zyran Al-Farrell Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki yang personaliti tinggi. Dia tidak pernah tergerak hati untuk memiliki kekasih ataupun berkahwin. Dia tidak pernah jatuh cinta terhadap seseorang. Pada saat itu, muncullah...