BAB 5

292 10 0
                                    

PUKUL enam pagi lagi ada panggilan masuk dari nombor yang tidak aku kenal. Lambat-lambat aku mengangkatnya. Tak akan lah pelanggan pula? Pagi lagi ni. Kalau iya pun, tunggulah waktu kedai dibuka.

"Assalamualaikum, siapa ni?"

"Uhmm.. Han Lixin"

Terlopong mulutku. Mata yang masih tertutup rapat tadi terus dicelik. Pantas aku bangun duduk bersila. Kerana dia bukan muslim, jadi dia tidak boleh menjawab salam.

"Ada apa awak call saya pagi-pagi ni?"

"Sorry dah ganggu tidur awak. Tapi saya betul-betul perlukan bantuan awak"

Terdengar seperti agak mencurigakan. Lambat-lambat aku membalasnya.

"Minta tolong apa, Han?"

Rambut aku yang sudah berantakan itu dikemaskan.

"Tolong jadi partner Zyran untuk malam ni! Malam ini aje. Saya cuma nak tolong Zyran mengelak dari sorang perempuan ni"

Sekali lagi, terlopong mulutku mendengar permintaannya. Partner?!

"Kenapa perlu saya?"

"Sebab aura awak lain macam. Sebab itulah saya pilih awak"

Aku diam sejenak. Sedang memikirkan sesuatu. Mahu terima atau tidak ya? Kesian pula kalau aku tolak. Sebabnya, tujuan dia untuk lindungi Zyran dari seorang perempuan yang tak dia suka. Sengsara pula dia kalau begitu.

"Kalau awak terima, kerja awak senang aje. Awak hanya perlu buat dia cemburu dengan personaliti awak"

"Personaliti saya?.."

Tergamam. Ada apa dalam diri aku ini?

"Yeah, awak cantik, sopan dan berlemah lembut. Perempuan tu pula tak boleh tengok orang lain lagi berpesonaliti yang menarik dari dia"

Han Lixin ketawa. Berkerut dahi aku memikirkan situasi ini.

"Perempuan tu sukakan Zyran ke, Han?"

"Of course! Tapi awak tahu lah, Zyran tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Perempuan tu pula terkinja-kinja dengan Zyran. Mana tak rimasnya?"

Zyran tak pernah bercinta selama ni? Whoh! Lelaki segak bergaya macam dia tak pernah jatuh cinta? Lain macam.

Aku diam lagi. Memikirkan sesuatu. Malam? Aku kena minta kebenaran ibu abah atau abang aku dulu. Tapi disebabkan hubungan kami masih belum berbaik, aku keluar diam-diam aje lah. Lepas itu aku tinggalkan sekeping kertas. Hahaha!

"Boleh juga. Pukul berapa?"

"Sembilan malam! Nanti saya jemput awak. Thank you Rhea. Bye!"

Suaranya terdengar girang. Aku tersenyum kecil. Tiba-tiba, otak baru berfungsi.

"Zyran? Jadi pasangan Zyran? Zyran? Argh!!"

Namanya diulang berkali-kali. Mana tahu aku silap dengar. Jadi pasangan dengan lelaki yang tak pernah bercinta dan jatuh cinta tu? Sanggupkah aku?

Halah aku jadi kekasih tipu-tipu dia aje. Relaks sudah lah. Kerja aku buat perempuan tu cemburu dengan aku, lepas itu aku balik tidur! Apa susah?

Tapi, aku tak pandai sangatlah bab-bab nak berlakon jadi kekasih orang ni. Apa kata aku tanyakan aje dekat Dayana? Senyuman sinis terukir.

𓆩♡𓆪

AKHIRNYA aku menuju ke rumah Dayana pukul empat petang tadi. Dayana sedang berada di dapur. Membancuh sedikit air untuk dijamu. Azrill pula sedang bekerja. Sekejap lagi balik lah ni. Untunglah aku datang waktu suaminya bekerja. Kalau aku datang waktu suaminya tengah bercuti, tak pasal-pasal aku dicop mengganggu dua orang itu tengah bermesra.

He Conquered My Heart Completely !Where stories live. Discover now