ZYRAN menunggu aku di luar. Punyalah takut aku tinggal dia. Rapat-rapat dia ikut. Macam budak-budak.
Tidak lama kemudian, Zyran melaungkan namaku dari luar.
"Rhea, lambat lagi ke. Kau jangan cuba-cuba nak larikan diri"
Aku hanya diam. Membiarkan soalannya tidak terjawab. Diri ini terasa ingin mengusiknya lagi.
"Rhea? Dengar tak apa yang aku cakap ni?"
Aku mengangguk sambil menahan tawa. Angguk pun bukannya dia nampak. Tudung ku itu dikemaskan sedikit. Awning tak cantik.
"Rhea! Kau jangan sampai aku masuk tandas ni cari kau!"
Bulat mataku mendengar. Aku toleh ke arah pintu masuk. Pintu sudah terkuak sedikit.
"Iya Zyran! Janganlah masuk! Ini tandas perempuan lah. Saya dengar je. Awak keluar balik!"
Pintu itu aku tolak supaya tidak terbuka. Terkejut cik jantung dibuatnya. Itulah kau, cari pasal lagi. Dia ni pun, janganlah masuk. Kalau ada orang yang tengok? Apa lah yang orang cakap nanti.
Sebelum keluar, aku mengambil nafas terlebih dahulu. Barulah aku melangkah keluar dengan muka tiada salah. Berdehem.
"Awak takut saya tinggal awak ke?"
Aku bercekak pinggang dihadapannya. Kening diangkat. Senyuman sinis terukir.
Tubuh badan Zyran mengeras. Anak matanya lari. Berdegil tidak mahu memandang aku yang berada dihadapannya ini.
"Aku takut bukan sebab apa. Sebab kau tu perempuan. Sekarang ni malam. Kau tu pula anak kepada kawan papa aku"
"Are you sure?"
Aku mendekatkan wajahku sedikit. Zyran mengundur setapak demi setapak. Halkumnya naik turun.
"Ada juga yang jadi makanan ikan jerung"
Tangannya diseluk ke dalam seluar slack hitamnya. Dia berjalan. Aku juga berjalan menghampirinya.
Pesta hari jadi Julia berakhir pada pukul dua belas tengah malam. Kerana sudah ingin pulang kerumah, aku menyalakan kembali telefon pintar ku itu.
Terlopong mulutku melihat ada seratus panggilan masuk yang terlepas dan beberapa mesej. Siapa aje yang telefon aku?
Hirman dengan Haris? Baru sekarang aku berasa takut.
"Rhea, jom. Aku hantarkan kau balik. Dah lewat ni"
Han menekan kunci keretanya. Dia membukakan pintu untukku.
Aku sudah berada di hadapan pintu kereta. Sebelum aku masuk, aku menoleh kebelakang.
"Zyran.. Saya balik dulu ya? Awak jangan menangis pula saya tinggal awak ni"
Terus aku masuk ke dalam kereta. Mata aku masih lagi tidak lepas dari Zyran.
Mulut Zyran terkumat-kamit. Seperti mengatakan sesuatu. Macam.. "You are beautiful in that dress"
Pipi ku sedikit memerah. Lebih baik aku pura-pura tidak faham sahaja.
𓆩♡𓆪AKU berterima kasih dahulu sebelum keluar dari perut kereta. Aku tenung rumah aku itu dahulu. Ngeri. Barulah aku turun.
Han menunggu aku masuk ke dalam rumah dahulu barulah dia pergi.
Kunci pintu dipulas. Salam diberikan. Ruang tamu gelap. Semua dah tidur kut? Aku menekan suis lampu ruang tamu.
"Dah balik? Keluar dengan siapa?"
YOU ARE READING
He Conquered My Heart Completely !
Romance- Rhea Irana - Zyran Al-Farrell Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki yang personaliti tinggi. Dia tidak pernah tergerak hati untuk memiliki kekasih ataupun berkahwin. Dia tidak pernah jatuh cinta terhadap seseorang. Pada saat itu, muncullah...