HARI dimana perkahwinan Dayana dan Azrill diadakan sudah pun tiba. Dengan gembiranya, aku mengenakan gaun berwarna sky blue yang diberikan oleh Dayana itu.
Tema yang dipilih oleh Azrill sendiri ialah tema berwarna biru cair. Satu keluarga ku mengenakan baju berwarna sky blue.
Tak sabar ingin melihat sepupu sendiri naik pelamin. Lepas ini, Haris pula. Hahaha! Cakap pasal Haris ni, rasanya apa jawapan Arwa ya?
Aku keluar dari bilik. Menuruni satu-satu anak tangga. Ibu sudah cantik berdress. Abah pula segak dengan baju kurta nya. Haris dan Hirman juga turut berada di sana. Jadinya, hanya aku sahajalah yang baru selesai bersiap. Lama betul!
Pertama sekali, aku menghampiri Haris dan Hirman terlebih dahulu.
"Haris, macam mana dengan Arwa? Apa cerita?"
Dengan gembiranya aku bertanya. Senyuman sudah terlakar dibibir.
"Dia tak terima"
PAP! Belakang Haris ditampar Hirman. Apa kena ni?
"Dia terima. Kau ni kan, Haris? Sakit hati adik kau tu nanti"
Haris mengaduh kesakitan. Belakangnya digosok perlahan. Mendengar sahaja bahawa Arwa menerima lamaran Haris, hati ku seperti ingin meloncat keluar. Aku pula yang gembira dah kenapa?
"Anak-anak ibu, jom cepat. Nanti kita terlambat pula"
Ajakan ibu itu membuatkan kami bertiga tersedar yang kami ada majlis yang perlu kami hadiri. Pantas kami berjalan menghampiri ibu dan abah yang sudah berada di luar. Kami semua menaiki kereta Alphard Price milik Hirman.
Hirman yang memandu. Abah duduk di seat depan disebelah pemandu. Ibu dan Haris pula duduk seat belakang. Aku pula duduk di seat belakang sekali. Selesa sikit!
Sementara menunggu tiba di dewan majlis, aku mesej Arwa. Ingin tahu soal Haris.
"Assalamualaikum, Arwa. Aku ada benda nak tanya kau ni"
Butang hantar ditekan. Laju sahaja Arwa membaca. Dia terus menaip sesuatu.
"I think, I know what questions you want to ask. Ya, aku terima lamaran dari Haris. Esok, dia nak datang berjumpa dengan keluarga aku!"
Aku ketawa perlahan. Tahu-tahu aje soalan apa yang aku nak ajukan. Tak sangka Haris berani buat benda macam ni. Haris betul-betul dah sembuh dari trauma. Walaupun dia masih berasa tidak yakin.
"Whoh beb! Aku tunggu kau naik pelamin dengan abang aku. Bakal adik ipar"
Walaupun kami seumur, tapi aku lahir dulu dari dia. Aku bakal jadi kakak ipar! Kakak ipar kepada kawan baik sendiri kut! Tak pernah terfikir.
"Kau jangan nak berangan lebih dari aku, Rhea. Mana tahu family kau tak setuju"
"Hey! Elok sikit eh? Aku sepak mulut kau nanti. Abang Hirman pun dah setuju. Ibu abah ikut dengan persetujuan Hirman. Kau tahu apa?"
Arwa membalas dengan tiga emoji ketawa. Eleh. Nak cakap aku berangan lebih dari dia. Kantoi lah dia tengah berangan. Berangan apa? Dapat anak kembar tiga? Hahaha.
Kami telah pun tiba di sebuah dewan yang besar. Kereta terparkir elok didalam kotak parkir. Kami semua turun keluar dari perut kereta. Hirman membantu aku untuk turun. Maklumlah, gaun ini susah sikit. Sudah macam Cinderella. Siapa yang nak kahwin ni? Silap-silap, aku yang naik pelamin. Hahaha. Kau jangan ya, Rhea. Makan penampar Dayana nanti. Bengkak pipi kau, Rhea.
Dewan yang kelihatan besar dan mewah itu dilangkah masuk. Dewan sudah meriah dengan suara pengacara majlis serta lagu latar belakang. Pelamin sudah dibuat cantik. Ramai yang mengenakan baju berwarna sky blue. Semuanya cantik-cantik belaka!
YOU ARE READING
He Conquered My Heart Completely !
Romance- Rhea Irana - Zyran Al-Farrell Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki yang personaliti tinggi. Dia tidak pernah tergerak hati untuk memiliki kekasih ataupun berkahwin. Dia tidak pernah jatuh cinta terhadap seseorang. Pada saat itu, muncullah...