ZYRAN menghantar aku kerumah. Sebelum kami pulang, dia ada membelikan sedikit makanan untukku. Lebih jelasnya dessert. Dia ulang balik apa yang aku beritahu dia di pesta hari jadi Julia itu. Benda manis dapat hilangkan rasa stres. Hahaha.
Aku mengatur langkah masuk ke perkarangan rumah. Teguk liur dahulu sebelum mengetuk pintu. Rileks, Rhea. Kali ini bukan salah kau. Abah yang memandai reka ayat.
Lain macam lah Zyran dengan abah ni. Dia orang ada apa-apa ke? Macam rapat sangat aje sampaikan dia bagi aku keluar dengan Zyran. Lain macam sangat ni. Apa kata aku cari tahu sendiri?
Aku tersenyum sendiri. Tidak lama kemudian, pintu rumah terkuak. Terpegun aku disitu. Belum apa-apa lagi pintu sudah dibuka. Melihat dua orang lelaki yang tinggi lampai itu berada di situ, tentulah Hirman dan Haris.
Dengan muka lepas dapat bernafas, seorang lagi muka cuak macam baru jumpa anak yang dah lama hilang. Tak payah nak tanya lah dia orang itu kenapa. Ini mesti sebab risaukan benda yang bukan-bukan punya. Kenal sangatlah abang aku ini.
"Tepi, Rhea nak masuk"
Tangan Haris yang memegang tombol pintu itu aku tepis perlahan kerana ia menghalang jalan ku untuk masuk. Tanpa menghiraukan mereka berdua yang masih tercegat di depan pintu itu, aku terus naik tangga masuk ke bilikku.
Plastik yang penuh dengan dessert itu aku bawa sekali masuk ke bilik. Telefon di ambil. Mencari nama Zyran di Whatsapp.
"Thank you Zyran. Nanti saya ganti balik duit awak. Banyak sangat ni awak keluarkan untuk saya"
Sambil aku menunggu Zyran membalas mesej aku itu, aku membuka satu persatu bungkusan dessert itu. Semuanya nampak sedap. Kenapa Zyran ni baik sangat? Kan aku jadi terharu..
Aku menikmati dessert itu seorang diri tanpa gangguan dari makhluk-makhluk lain. Kalau bab-bab benda manis, aku memang pantang orang minta sikit. Sebab perkataan sikit tu mana boleh percaya. Kalau kau orang, kau orang percaya ke?
TING! Notifikasi dari Zyran terpapar di dada skrin. Pantas aku membukanya.
you're welcome, Rhea Irana. Anything for you. Jangan gedik sangat nak ganti balik duit aku. Aku ikhlas. Kalau kau berdegil nak ganti juga, aku paksa kau kahwin dengan aku.
Allahuakbar! Kalau macam ini, memang aku tak akan ganti. Kahwin dengan dia? Tak boleh bayangkan lah aku!
"Haha terima kasih lah. Okay saya tak ganti balik. Thank you sekali lagi, Zyran. Awak baik sangat"
Tersenyum aku seorang diri. Lama-lama pipiku merona. Tidak tahu kerana apa. Bukan abah dengan Zyran aje yang nampak pelik, diri aku sendiri pun pelik sekarang ini. Apa kena ni? Setiap kali aku dengan Zyran, mesti begini.
Jangan cakap aku ni?... Aku terus menghempaskan badan pada katil. Menyorokkan muka pada bantal. Malu.
Di waktu aku tengah tersipu-sipu malu ini, ada lah orang yang datang terjah masuk bilik aku secara mengejut. Tak Hirman, Haris.
"Kau buat apa terbaring dekat situ? Dengan makanan tak tertutup atas meja"
Haris bising di dalam bilikku. Amboi? Sudahlah masuk bilik orang. Banyak bunyi pula tu.
"Suka hati lah. Ada apa kau masuk bilik aku?"
Haris nampak terkejut. Terkejut lah. Mana pernah aku bahasa kan diri aku ni 'aku'. Selalunya selepas aku sebut 'kau' mesti aku sebut nama dia.
"Rhea berkasar dengan abang? Rhea, kau berkasar dengan aku?"
Aku menggolekkan anak mataku. Benda biasa aje kan kau aku tu? Apa yang pelik sangat.
YOU ARE READING
He Conquered My Heart Completely !
Roman d'amour- Rhea Irana - Zyran Al-Farrell Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki yang personaliti tinggi. Dia tidak pernah tergerak hati untuk memiliki kekasih ataupun berkahwin. Dia tidak pernah jatuh cinta terhadap seseorang. Pada saat itu, muncullah...