• BAB 13 •

131 7 0
                                    

Keesokan harinya...

"Sayang masak apa?" Taufiq memeluk Elvira dari belakang dengan santai. Taufiq terasa ada sesuatu yang berbeza apabila dia merasakan perut Elvira sedikit berubah.

"Eh... kenapa perut sayang macam makin besar ni?" Taufiq bertanya, matanya penuh tanda tanya, namun nadanya tenang.

Elvira tersenyum kecil, seolah-olah menunggu reaksi Taufiq. "Cuba teka!"

Taufiq berkerut dahi. “Jangan cakap yang...” Dia terdiam seketika, cuba menafsir maksud sebenar Elvira, tapi dalam hatinya, ada sedikit perasaan terkejut.

Elvira mengangguk perlahan sambil tersenyum lebar. "Yup! El pregnant!"

Taufiq terkedu sebentar, dia cuba memastikan dia dengar dengan betul. "Serius ke ni?" Nadanya lebih perlahan, tapi matanya tak dapat menyembunyikan keterujaan.

Elvira ketawa kecil melihat reaksi suaminya. "Serius lah, takkan lah main-main pula?"

Taufiq menarik nafas panjang, dan wajahnya bertukar jadi senyuman lega. “Alhamdulillah... tak sangka. Abang... rasa macam... excited plus shock. Err sayang okay ke?”

Elvira mengangguk lagi. "Okay, cuma penat sikit."

Air mata Taufiq mengalir secara tiba-tiba, Elvira agak terkejut dengan reaksi tersebut.

"Eh, kenapa abang nangis?" Soal Elvira sambil mengusap kepala suaminya yang sedang memeluknya.

"Huaaa, abang dah tua!" Taufiq menangis di bahu Elvira. Dia memang cengeng, jangan hairan.

"Ish abang ni! Itu pun nak nangis, kalah baby dalam perut dengan abang." Elvira ketawa, rasa agak kelakar dengan reaksi Taufiq.

"Nanti attention sayang semua dekat baby... Mana aci!" Taufiq mengeratkan pelukan, tak mahu lepaskan.

"Heleh, habis tu attention abang waktu pergi misi semua dekat negara kan?" Elvira menyindir sambil ketawa.

"Tu lain cerita lah."

"Tapi betul ke El pregnant ni? Macam tak percaya je!" Taufiq masih ragu-ragu.

"Betul lah! Abang ingat El tipu ke?"

"Bukan tak percaya, macam shock!" Taufiq ketawa, masih terkejut dengan berita tersebut.

“Abang, baru sebulan tau, jangan nak melodrama sangat,” Elvira membalas sambil ketawa.

“Nak cari nama baby lah,” Taufiq berkata dengan serius, seolah-olah tidak mendengar gurauan Elvira.

“Baru sebulan dah cari?” Elvira merenung Taufiq.

“Nanti waktu bersalin baru tak rushing! Kalau baby boy, Thaqif Alvarez. Kalau baby girl, Elvina Najwa. Fuhh, semak jetak!” Taufiq menyenaraikan nama dengan semangat.

“Aih, mana abang rembat nama-nama tu?” Elvira memandang Taufiq dengan rasa hairan.

Rembat? Abang reka lah! Taufiq Ashraf, Thaqif Alvarez. Elvira Natasha, Elvina Najwa. Kan sesuai?” Taufiq tersenyum bangga dengan idea namanya.

“Biar betul. Ikut abang lah, malas nak layan,” Elvira menjulingkan matanya, tetapi senyum tidak dapat disembunyikan.

“Kalau Thaqif dah umur 3, abang bawa pergi pelabuhan. Ajar dia guna senapang dengan control kapal perang,” Taufiq berangan, seolah-olah bayangan anaknya menjadi tentera yang hebat.

“Gila ke abang ni? Biar anak tu main kereta mainan dulu,” Elvira ketawa, membayangkan situasi tersebut.

“Thaqif mesti handsome macam abang nanti,” Taufiq berseloroh, berlagak seolah-olah mereka sudah pasti punya anak yang sempurna.

Handsome? Mana tahu Thaqif ikut muka saya, mesti comel!” Elvira tidak mahu kalah, dia tahu itu sudah menjadi topik perdebatan yang akan berlarutan.

“Haha, gaya mungkin, tapi kejantanan? Itu mesti dari abang,” Taufiq mencadangkan dengan wajah penuh yakin.

Elvira hanya ketawa, tidak tahu sama ada mahu melawan atau hanya menyerah kepada logik Taufiq. “Tak apa, kita tunggu je lah. Mungkin anak kita akan jadi tentera laut ke, atau paling tidak, kerja tentera udara."

"Tentera udara? Aih, bapak kerja tentera laut, dia udara? Hilang lah gelaran askar laut dalam keluarga kita nanti!"

PASKAL : Love Beyond the Waves (OG)Where stories live. Discover now