BAB 15

99 11 1
                                    

4 tahun kemudian..

Rumah Taufiq dan Elvira pagi itu riuh dengan suara kanak-kanak. Thaqif Alvarez yang berumur 4 tahun sedang bermain dengan mainan keretanya, manakala Elvina Najwa, yang berumur 2 tahun, sedang berkepit erat dengan Taufiq seperti biasa. Sejak kecil, Elvina memang manja dengan Taufiq. Setiap kali Elvira cuba mendekat, pasti Elvina akan merengek. Taufiq hanya tersenyum, memahami betapa anak perempuannya itu terikat dengannya.

“Elvina ni macam tak boleh lepas dengan abang, kan?” Elvira bersuara, tersenyum sambil melipat kain. Walaupun sedikit cemburu, dia gembira melihat hubungan rapat antara Taufiq dan Elvina.

Taufiq mengangguk sambil mengusap kepala Elvina. “Biar je la, sayang. Nanti besar pandai la dia pilih Mama dia pula.”

Elvira tergelak kecil. “Harap-harap la.”

Sementara itu, di sudut lain rumah, Ridzuwan dan Fiona datang berkunjung bersama anak mereka, Thea Elizabeth yang berumur 3 tahun. Thea lincah berlari-lari mengejar Thaqif, menambah lagi kehangatan suasana pagi itu. Taufiq memandang Ridzuwan, tersenyum sinis.

“Konon dulu musuh, sekarang dah ada anak apahal, Rid?” Taufiq menyindir sambil mendukung Elvina.

Ridzuwan tersenyum malas, sudah biasa dengan sindiran Taufiq yang tak pernah lekang. “Halah, dah namanya jodoh, nak buat macam mana? Dulu lawan, sekarang sayang. Itu cerita biasa lah.”

Fiona, yang sedang memerhati Thea bermain, tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Dia tahu, di sebalik usikan Taufiq itu, tersimpan keakraban yang mereka telah bina selama bertahun-tahun.

Taufiq kemudian berpaling kepada Iskandar, yang turut hadir bersama Rhea dan anak mereka, Radea Humaira yang berumur 3 tahun. Radea sedang bermain dengan Thaqif dan Thea, menikmati kebebasan bermain di ruang tamu yang luas.

“Kau pun satu, Iskandar. Dulu acah je taknak kahwin, tup-tup dah ada anak satu. Bila nak tambah lagi?” Taufiq mengusik sambil tersenyum nakal.

Iskandar, yang duduk sambil memeluk Rhea, menjeling ke arah Taufiq. “Dulu cakap taknak, tapi dah jumpa yang betul, mana boleh tunggu lama, bro. Anak pun keluar cepat. Lagipun, aku dah janji dengan Rhea, dia satu-satunya.”

Rhea tersipu malu di sebelah Iskandar, sambil mengangguk setuju. Taufiq hanya ketawa besar mendengar jawapan Iskandar. “Halah, ayat kau macam nak menang contest romantik la, Is. Nasib baik Rhea tu sabar je.”

Gelak tawa memenuhi ruang tamu rumah itu, suasana penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang. Dalam tempoh empat tahun ini, persahabatan mereka bertambah erat, bersama-sama melalui fasa kehidupan baru sebagai ibu bapa. Kini, bukan sahaja mereka sahabat seperjuangan, tetapi juga satu keluarga besar yang saling menyokong.

“Kehidupan ni memang penuh kejutan,” Taufiq berkata perlahan, menatap anak-anak yang sedang bermain. “Dulu kita sibuk dengan misi, sekarang sibuk urus anak-anak. Siapa sangka, kan?”

--

"Ihh, nak pheluk Thaqif!" Farhana Erlyna bersuara, merengek.

"Tak boleh, haram. Walataqrabuzzina," Thaqif menjawab tegas.

"Eh, kenapa sayang nangis?" Fiona bertanya, menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

"Thaqif tak sayang Hana..." Farhana merengus, menatap wajah Thaqif dengan penuh hampa.

"Pergi lah peluk Radea dengan Thea," Thaqif mencadangkan.

Kelihatan Radea dan Thea sedang bermain di mesin basuh, ketawa riang.

"Err, Irfan kan ada?" Thaqif bertanya, mengalih perhatian.

"Nanak! Irfan buruk!" Farhana membalas.

"Pa... Hana cakap Irfan buruk," Irfan, anak kedua Iskandar, menangis.

"Heh, tak ada angin, tak ada ribut. Anak aku yang jadi mangsa!" Iskandar menambah, sambil menggelengkan kepala.

"Pa..." Panggil Thea, menarik perhatian semua orang.

"Ye sayang?" Ridzuwan menjawab, menghampiri.

"Radea tersangkut dekat mesin basuh..." Thea menjelaskan, menunjuk ke arah Radea yang kelihatan sedikit panik.

"Astaghfirullahalazim, anak aku!" Iskandar meluru ke arah mesin basuh, matanya lebar dengan kebimbangan.

"Sayang, sumbat dia dalam tu ke?" Ridzuwan bertanya, berusaha untuk memahami situasi.

"Haah, papa jangan marah tau!" Thea menjawab dengan suara manja.

"Dah, dah, jangan nangis..." Rhea berusaha menenangkan Irfan yang masih merengek.

"Betul ke Ir buruk, mama?" Irfan bertanya, wajahnya penuh rasa ingin tahu.

"Kalau Irfan buruk, dah lama mama buang dekat tong sampah," Rhea menjawab dengan nada berseloroh, mengusik anaknya.

"Makin tembam pipi makin derhaka ye kau nii." Iskandar mencubit pipi Radea yang tembam tersebut.

"Aaarrrghhh, don't pinch my chicks," Radea membalas.

"Cheeks, sayang. Chick tu anak ayam," Iskandar membetulkan sambil tersenyum.

Iskandar menghulurkan Radea kepada Rhea.

--

"Woi, mana anak aku?" Ridzuwan mencari Thea.

"Manalah aku tahu, kat dapur lah kot." Taufiq menjawab.

Di dapur :

"Heh! Duduk diam-diam! Uncle gigit karang haa!" Iskandar sedang membuat cookies.

Kelihatan Thea dan Thaqif sedang bermain tepung di lantai.

"Astaghfirullahalazim, apa aku nak jawab dengan Taufiq nanti," Iskandar mengeluh.

"Papa!" panggil Irfan.

"Apa?" Iskandar bertanya, pandangannya tertuju pada Irfan.

Kelihatan pula Irfan dengan hanya memakai pampers, dengan tepung berselerak di mukanya.

"Apa kamu buat, Ir! Habis tepung nanti!" Iskandar memarahi.

"Uncle nasi kandar..." Thaqif mencelah.

"Nama aku Iskandar! Nak apa?" Iskandar bertanya dengan nada geram.

"Besar lah seluar ni..." Thaqif menjawab sambil cuba membetulkan seluarnya yang hampir mencecah bahu.

"Boleh gila lama-lama ku dekat sini!" Iskandar mengeluh lagi.

Kelihatan pula Thaqif dan Irfan memanjat peti sejuk.

"Cepat lah! nanti uncle Is nampak!" Thaqif berbisik cemas.

"Sabar lah, papa takkan nampak punya. Dia kan buta cinta." Irfan membalas dengan yakin.

"Hamboii, sedap mulut. Kau turun sekarang!" Iskandar tiba-tiba menyergah.

"Uncle, bosan lah!" Thaqif merungut.

"Oh bosan? Jom main! Kita main nyawa sekali!" Iskandar mengangkat pisau kecil sambil tersenyum sinis.

"Woi woi, anak aku tu!" Taufiq menjerit dari jauh. Matanya terbeliak melihat pisau tersebut.

PASKAL : Love Beyond the Waves (OG)Where stories live. Discover now