< BAB 9 >

163 3 0
                                    

16 September 2024, hari kelahiran Elvira, dan kebetulan malam itu juga diadakan messnight untuk pasukan navy sempena Hari Malaysia. Taufiq, suaminya, merancang untuk menggabungkan sambutan itu dengan majlis hari jadi Elvira. Dia sudah mendapatkan kebenaran dari Kolonel Ahmad dan bersemangat untuk memastikan malam itu istimewa untuk isteri tercintanya.

Taufiq memperbaiki tudung Elvira dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang.

"Okay, done. Cantiknya isteri abang! No...i mean, gorgeous and stunning! Serious lawa! Beruntung betul abang ada isteri macam sayang." Taufiq menggenggam erat tangan Elvira, menghadiahkan satu senyuman kepadanya. Elvira hanya tersenyum mendengar kata-kata Taufiq yang penuh dengan keikhlasan itu.

"Eh, mana handsock! Nak kena kepot pale dulu ke baru nak pakai?" Taufiq mencubit pipi isterinya.

"Ish, sakitlah! Handsock ada dalam kereta, nanti El pakailah!" Elvira memberi Taufiq jelingan tajam sambil menggosok pipinya.

--

Setibanya di lokasi messnight, suasana meriah dengan bunyi gelak tawa, muzik, dan pencahayaan yang berwarna-warni. Taufiq dapat merasakan debaran dalam hati bukan hanya kerana ia merupakan malam istimewa untuk Elvira, tetapi juga kerana kehadiran rakan-rakan tentera, termasuk Ridzuwan dan Iskandar, yang dikenali dengan sikapnya yang suka menggatal, maklumlah masih bujang.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, Elvira menatap sekeliling dengan penuh keterujaan. Dia tidak menyedari bahawa Hayyan, musuh Taufiq, juga berada di situ, mengamati mereka dengan rasa cemburu yang mendalam. Hayyan sudah lama menyimpan perasaan terhadap Elvira, dan kehadirannya di malam itu hanya menambah rasa tidak senang di hati Taufiq.

“Lawa juga eh bini kau ni, Taufiq. Bagi aku je lah!” Ridzuwan bergurau sambil ketawa, melihat Elvira yang mengenakan gaun malam yang memukau.

Taufiq mencengkam lengan Ridzuwan. “Nasib baik hari ini kita off duty. Kalau tak, memang bucu senapang melekat dekat kepala kau,” balasnya, dengan nada serius namun menggelengkan kepala. Dalam hati, Taufiq berasa cemburu, walaupun dia tahu Ridzuwan hanya bergurau.

Elvira yang tidak tahu apa-apa mengenai dinamika di antara lelaki-lelaki itu hanya tersenyum manis, merasakan suasana yang ceria. “Terima kasih, Ridzuwan! Abang Taufiq pun tak kurang hebat!” Dia memberi pujian kepada suaminya, berharap untuk mendinginkan suasana.

Hayyan memandang dengan pandangan tajam, cuba meraih perhatian Elvira. “Eh, Elvira! Sini, jom kita bergambar!” Dia memanggil, menunjukkan senyuman manis yang jarang dilihat. Elvira, yang tidak mengenali Hayyan, hanya mengangguk dan menghampiri, tidak menyedari permainan yang sedang berlaku.

“Satu, dua, tiga!” Hayyan mengarahkan, dan semua orang tersenyum untuk kamera. Taufiq, di belakang, merasakan ketegangan. Dia mula meragui niat Hayyan.

Hayyan mengangkat bahu, menunjukkan rasa tak peduli dengan reaksi Taufiq. “Kau tak perlu risau, Taufiq. Semua orang di sini baik-baik saja,” dia berkata sambil melirik Elvira yang ketawa. “Lagipun, kita patut raikan hari istimewa ini. Kan, Elvira?”

Elvira yang gembira tidak melihat kebencian yang terpendam di antara mereka. Dia hanya mahu menikmati malam itu, dan berinteraksi dengan semua orang, termasuk isteri-isteri tentera lain yang juga hadir. Malam itu menjadi semakin meriah, dan Elvira terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti permainan, nyanyian, dan makan malam.

Ketika suasana semakin hangat, Taufiq pergi ke arah Kolonel Ahmad untuk berbincang tentang sambutan kelahiran Elvira yang dirancang secara rahsia. Dia berharap untuk memberi kejutan yang indah kepada isterinya.

“Kolonel, saya ingin merancang sesuatu yang istimewa untuk Elvira malam ini. Kolonel izinkan?” Taufiq mengungkapkan hasratnya, matanya bersinar dengan harapan.

“Boleh saja, Taufiq. Buat yang terbaik untuknya,” Kolonel Ahmad membalas dengan senyuman. “Dia berhak mendapat yang terbaik.”

Taufiq kembali ke arah Elvira yang sedang berbual dengan Ridzuwan. Dia mula merasakan kebimbangan apabila melihat Ridzuwan terlalu dekat dengannya. Walaupun dia tahu Ridzuwan tidak mempunyai niat jahat, cemburunya tidak dapat dibendung.

“Sayang, kita nak pergi ke meja makanan kejap, ya?” Taufiq menyapa Elvira, mengharapkan untuk mendapatkan perhatian sepenuhnya darinya.

“Okay, abang! Jom!” Elvira menjawab ceria, dan mereka berdua melangkah ke arah meja yang penuh dengan pelbagai hidangan.

Namun, Hayyan masih tidak berputus asa. Dia mengambil peluang untuk mendekati Elvira ketika Taufiq tidak berada di sisinya. “Elvira, kau patut cuba makanan ni. Ia adalah yang terbaik di sini,” katanya dengan senyuman yang memikat.

Elvira yang tidak tahu berasa teruja dan mencuba makanan yang disyorkan Hayyan. “Eh, sedapnya! Terima kasih, Leftenan Hayyan!” dia berteriak gembira, tanpa menyedari yang Taufiq sedang mengamati dari jauh dengan raut wajah yang gelap.

Taufiq berdehem untuk menarik perhatian Elvira. “Sayang, kita sepatutnya makan makanan yang kita pilih sendiri, bukan?”

Elvira berpaling dan tersenyum. “Betul juga, abang. Tapi ini memang sedap!” Dia tidak menyedari bahawa Taufiq sedang berperang dengan perasaannya.

Dalam masa yang sama, Hayyan terus menambah bahan bakar kepada cemburu Taufiq dengan setiap patah kata yang keluar dari mulutnya. Taufiq semakin merasa terasing dan kecewa, tetapi dia berusaha untuk tidak menunjukkan perasaannya di depan Elvira.

Menjelang tengah malam, majlis semakin meriah, tetapi Taufiq merasakan ketegangan meningkat. Ketika dia melihat Ridzuwan dan Elvira tertawa, hatinya bergetar.

“Ridzuwan, kau memang gatal lah. Cari lah isteri sendiri, sibuk je ambil orang punya.” bisik Taufiq kepada dirinya sendiri, bertekad untuk menjaga Elvira dan mengelak dari segala drama yang tidak diingini.

"Eh, Taufiq! Asal muram aje dari tadi? Cemburu eh?" Ridzuwan mengusik. Sehari tak buli Taufiq memang tak sah!

"Diamlah. Don't kecek with me, dasar buaya darat."

Ridzuwan hanya ketawa. "Kalau kau tak nak aku menggatal dengan wife kau. Carikan lah aku isteri!"

"Tak nak, merajuk."

"Ew! Lelaki pun merajuk. Pondan ke kau ni?" Ridzuwan mengusik lagi. Kang Taufiq mengamuk, habislah kau.

"Cari lah sendiri, bakpo suruh ore? Lain lah kalau kau gay, kat sini beribu orang aku boleh recommend." Loghat Kelantannya sudah muncul guys! For your information, biasa Taufiq hanya akan guna loghat tersebut kalau marah.

"Kalau aku gay huh? Kalau aku betul-betul gay?" Ridzuwan tersenyum sinis sambil mendekati Taufiq, membuatnya mengundur sikit ke belakang.

"A...Aku straight, wey!" Taufiq mengelak. Apalah dosa dia dengan tuhan ni? Hari-hari kena buli dengan member. Haha!

"Aku pun straight lah, bangang. Ingat orang hensem macam aku ni geng kunyit ke? Memang tak lah!" Ridzuwan tonyoh dahi Taufiq.

"Sakit lah, gila!" Balas Taufiq yang sedang menggosok dahinya. Ridzuwan pun boleh tahan, eh? Haha!

PASKAL : Love Beyond the Waves (OG)Where stories live. Discover now