< Prolog (Edited) >

779 19 2
                                    

Dia merenung wajah isterinya yang sedang lena tidur. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 11 malam. Dengan lembut, dia menyentuh bahu isterinya sambil berbisik,

"Elvira sayang... bangun..." Suaranya perlahan, tapi penuh dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Isterinya mengerjap perlahan-lahan, matanya masih berat dengan kantuk.

"Kenapa abang?" soalnya dengan suara serak, cuba memahami situasi dalam keadaan separuh sedar. Dia menarik nafas dalam, memandang wajah isteri yang jelas risau.

"Ada kerja luar kawasan," balasnya sambil menyapu lembut pipi isterinya. Dia tahu saat ini bukan mudah, namun tugas sebagai anggota PASKAL adalah tanggungjawab yang perlu diutamakan. Isterinya mengangguk, walaupun air mata mula bertakung di hujung mata.

"Saya takut abang akan tinggalkan saya lepas abang habis misi... Saya tak macam wanita lain, saya lemah. Selain lemah, saya pun tak secantik wanita lain..." Elvira mula menangis di bahu Taufiq.

"Abang cintakan awak seadanya, sayang. Biarlah sayang tak macam wanita lain pun, tak ada apa yang akan ubah itu. Abang janji abang akan setia."

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Abang cintakan sayang dengan tulus, kerana Allah. Kalau abang tak sayang dekat awak, dah lama abang tinggalkan. Sayang bagaikan cahaya dalam hidup abang. Kalau sayang tak ada, tak adalah cahaya. Hidup abang akan jadi gelap tanpa cahaya di sisinya." Taufiq membelai tangan isterinya dengan lembut. Matanya fokus kepada muka Elvira. Dia tahu Elvira selalu meragui dirinya sendiri, dan dia bertekad untuk
membuat Elvira percaya dengan cintanya.

"Bila abang akan balik?" soalnya, suaranya bergetar dengan emosi yang ditahan.

"Tak pasti... tapi abang janji abang akan balik secepatnya... Jaga diri baik-baik tau. Walaupun kita akan berpisah untuk seketika, ingatlah setiap langkah abang di luar sana adalah untuk pulang ke sisi sayang dengan lebih bermakna." Dia tersenyum kecil, mencium dahi isterinya sebelum melangkah keluar, membawa bersama harapan dan doa dari orang yang paling disayanginya.

Elvira memandang suaminya yang meninggalkan bilik, hati yang berat terasa seperti dipenuhi dengan kerinduan dan kebimbangan. Dia menyeka air mata yang mulai mengalir, berdoa agar keselamatan suaminya sentiasa terpelihara.

Sementara itu, dia melangkah perlahan menuju ke pintu, matanya tak lepas memerhatikan lelaki yang begitu dicintainya itu. Dengan setiap langkah yang semakin menjauh, dia berdoa agar waktu cepat berlalu dan mereka dapat bersatu semula.

Ketika dia melihat suaminya menghilang dari pandangan, Elvira kembali ke katil dengan penuh kesedihan. Dia duduk di tepi katil, merangkul bantal yang sering kali menjadi tempat suaminya tidur, berharap dapat merasakan sedikit kehadiran dan kehangatannya. Dalam suasana malam yang sunyi, dia memejamkan mata, mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi hari-hari tanpa kehadiran suaminya.

Di luar, dalam gelap malam, dia tahu suaminya sedang menghadapi cabaran yang tidak pernah mudah. Dia tahu menjadi seorang isteri kepada seorang tentera itu tidak mudah, apalagi suaminya itu ialah seorang anggota PASKAL Navy Special Forces. Dengan penuh keyakinan, Elvira berazam untuk terus kuat dan menjaga rumah mereka dengan sepenuh hati, menantikan hari di mana mereka akan bersatu kembali.

Dia tahu suaminya ialah seorang anggota tentera yang terlatih selama bertahun-tahun. Namun, itu tidak mengurangkan kebimbingan Elvira terhadap suaminya.

Dia, Elvira Natasha. Seorang wanita yang diuji dengan Thanatophobia, menghadapi setiap hari dengan perasaan takut akan kehilangan orang yang dicintainya. Dia tahu apabila dia berpisah bersama suaminya, ketakutan itu akan semakin membelenggu di fikirannya.

PASKAL : Love Beyond the Waves (OG)Where stories live. Discover now