• BAB 14 •

143 7 1
                                    

7 bulan kemudian...

"Sayang okay ke? Nak apa-apa tak? Abang belikan untuk sayang." Taufiq memeluknya dari belakang.

"Rasa nak dessert lah pula..." Balas Elvira dengan muka comel, cuba pujuk suami untuk belikan dia pencuci mulut.

"Tak payah pun buat muka macam tu, abang akan belikan juga." Taufiq ketawa, mencubit pipi Elvira.

Taufiq tersenyum melihat wajah isteri yang makin manja. Dia tahu Elvira sedang mengidam dan apa sahaja yang dia minta, Taufiq akan usahakan.

"Okay, abang pergi beli sekarang. Sayang nak dessert apa? Kek coklat ke? Aiskrim?" Taufiq bertanya sambil mencapai kunci kereta.

"Hmmm... Rasa nak kek tiramisu dengan aiskrim vanilla... Boleh?" Elvira menjeling dengan senyuman kecil.

"Boleh aje, sayang. Apa pun untuk awak," Taufiq mencium dahi Elvira sebelum melangkah keluar rumah.

Sewaktu Taufiq keluar, Elvira duduk di sofa, memegang perutnya yang semakin besar. Dia tersenyum sendirian, teruja menantikan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Taufiq memandu dengan penuh semangat ke kedai kek, memikirkan permintaan Elvira. Namun, fikirannya tidak dapat berhenti dari membayangkan pelbagai jenis pencuci mulut yang mungkin Elvira suka.

Sebaik sahaja tiba di kedai, dia melangkah masuk dan melihat pelbagai pilihan yang menggoda. Taufiq memulakan misi untuk mendapatkan semua yang ada di depan mata. Dia mengambil kek tiramisu, aiskrim vanilla, dan kemudian melihat ke arah barisan manisan lain.

"Eh, cupcake pun nampak sedap!" Taufiq berkata dalam hati dan terus mengambil beberapa biji. Dia tidak mahu menyesal jika Elvira teringin nanti.

Lepas itu, dia beralih ke bahagian ais krim. "Boleh ambil rasa coklat juga. El mesti suka." Jadi, dia mengambil satu tub ais krim coklat.

Setelah itu, dia berfikir sejenak. "Kalau El nak buah-buahan, boleh juga ambil stoberi dan anggur." Dia menambah beberapa bakul buah-buahan ke dalam troli.

Sebelum dia beredar, Taufiq tidak dapat menahan diri untuk mencuba beberapa biskut yang dipamerkan. "Biskut coklat cip pun patut ambil!" Dia menambah biskut ke dalam troli.

Apabila semua yang dia rasa sesuai sudah masuk ke dalam troli, Taufiq pun beratur di kaunter dengan senyuman lebar. Dia gembira dapat membuat Elvira bahagia.

Setelah membayar, dia kembali ke kereta dan memandu pulang. Taufiq tidak sabar untuk melihat reaksi Elvira apabila melihat semua pencuci mulut yang dibelinya.

Sampai di rumah, Taufiq melangkah masuk dengan penuh teruja. "Sayang, nah dessert yang sayang nak." Dia mengumumkan sambil mengangkat beg plastik yang penuh dengan pencuci mulut.

Elvira yang masih duduk di sofa segera menoleh. "Eh, cepatnya! Abang beli apa?"

"Dua benda yang sayang nak, tapi abang tambah lagi sepuluh makanan." Taufiq tersenyum, meletakkan beg plastik di atas meja.

Dia mula mengeluarkan kek tiramisu dan aiskrim vanilla. Namun, sebaik melihat jumlah pencuci mulut yang bertimbun, Elvira hanya mampu mengangkat kening.

"Eh, abang beli banyak ni untuk siapa?"

"Untuk sayang lah, siapa lagi?" Taufiq menjawab, sambil ketawa. "Takut sayang teringin nanti, jadi abang belilah sekali semua."

Elvira menggelengkan kepala, tetapi senyum di wajahnya tidak dapat disembunyikan. "Abang ni... Tak payah sampai banyak-banyak. Tapi terima kasih, semua nampak sedap."

Mereka berdua mula menikmati pencuci mulut sambil berbual. Dalam saat-saat kecil ini, kebahagiaan dan cinta mereka semakin terasa, tidak perlu kepada kata-kata yang berlebihan.

PASKAL : Love Beyond the Waves (OG)Where stories live. Discover now