BAWA DIRI KE BERLIN

342 18 3
                                    

PROLOG

BERLIN, JERMAN

KELUAR saja dari bilik air, telinga menangkap bunyi telefon. Tahu siapa yang menghubungi, Raid pilih untuk abai. Tak tengok telefon pun dia tahu siapa. Pasti orang yang sama.

Telefonnya bukan jenis berbunyi setiap masa. Kalau berbunyi tak kawan kerja pasti ahli keluarga yang call. Antara dua itu. Dan sekarang dia tiada mood mahu jawab. Tahu sangat apa yang akan dibahas nanti. Benda sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi sekarang dia mahu jaga hati sendiri.

Melangkah ke almari, sehelai t-shirt ditarik lalu disarung ke tubuh. Sejadah dibentang lalu solat didirikan. Selesai solat, telefon yang masih berbunyi buat Raid bangun sambil mendengus. Betul-betul mengganggu tumpuan. Masih tak mengalah si pemanggil.

Melihat nama yang tertera di skrin kepala menggeleng. Mina. Adik bongsunya. Jarang-jarang Mina telefon. Kalau telefon pasti bersebab. Skrin hijau tolak tepi. "Nak berapa ribu?" Jawab panggilan selamba Raid tanya. Suara tak marah, cuma kedengaran mendatar. Tahu sangat menyebab adiknya hubungi.

"Abang..."

Bulat nama Raid apabila telinga menangkap esakan Mina. "Kau kenapa? Okey ke?" Risau bertanya. Adiknya jenis yang ceria. Kalau tiba-tiba Mina telefon sambil menangis pasti ada sesuatu yang tak kena. Raid sudah tak senang duduk. Sudahlah dia jauh di negara orang.

Kalau apa-apa jadi pada adiknya, bagaimana dia mahu bantu?

"Abang...mak..."

"Kenapa mak?" Raid memotong. Bertambah cemas. Jantung berdetak laju. Janganlah sesuatu yang buruk menimpa mak. Dia baru saja kecewakan wanita itu beberapa hari yang lepas. Akibatnya, selepas itu mak langsung tidak mahu jawab panggilan. Pasti wanita itu masih terasa.

"Mak accident."

RAIDWhere stories live. Discover now