"Abang...." Rhea mengalah. Kalau dia tak menegur alamaknya sampai sudah dia berdiri tegak. Dan sudah diagak, Raid buat tak peduli. Langsung tak angkat muka pandangnya. Apatah lagi menegur. "Apa nama motor abang ni?"
"Oh kenal motor. Ingat tak kenal." Hanya sesaat Raid pandang Rhea sebelum larikan mata. "Datang tempat orang ni pakailah elok sikit."
Teguran itu buat Rhea pandang badan sendiri. Gaun berlengan pendek dan paras betis. Takdelah seksi. Bukannya paras paha. "Kenapa abang tergoda ke?"
Dari bercangkung terus Raid berdiri. "Tak sopan. Sakit mata aku tengok.""Eleh, padahal abang suka, kan? Mak puji gaun Rhea cantik. Abang tak nak puji?"
"Buruk!"
Rhea ketap gigi. "Rhea nak naik motor."
"Tak kuasa aku bawak kau."
"Abang bawaklah Rhea pusing kampung. Rhea janji Rhea duduk kat belakang diam-diam." Apabila lelaki itu enggan melayan dengan geram Rhea tutup kepala paip. Tindakannya berhasil buat Raid memandang.
"Pergi ajak Mina."
"Rhea nak naik dengan abang."
"Haram!"
Sebijik kena batang hidung. Mati akal Rhea mahu balas. "Sedap nasi lemak yang abang masak tadi."
"Aku beli."
Rhea garu kepala. "Kenapa abang tak masak?"
"Aku tak nak sembang dengan kau."
"Rhea cuma nak teman abang. Takdelah abang sunyi."
"Aku lebih hargai kalau kau pergi sekarang."
"Rhea minta maaf." Mata mereka saling memandang. Hanya seketika kemudian Raid kembali cuci motor. "Rhea tahu Rhea salah sebab panjat belakang abang, Rhea pegang lengan abang. Sebab tukan abang tak suka Rhea? Percayalah Rhea bukan perempuan yang macam tu. Rhea tak sengaja sebab Rhea takut sangat."
Raid campak kain yang dipegang ke kerusi motor. "Kau tahu tak? Kau buat aku rimas. Kau tak payah nak terangkan semua ni. Aku tak peduli pun."
"Kenapa abang macam tak suka Rhea? Rhea dah minta maaf. Abang!" Kuat Rhea jerit apabila Raid tiba-tiba meninggalkan dia. "Rhea suka abang!"
Langkah kaki Raid terhenti.
"Rhea jatuh cinta dengan abang." Berdiri depan Raid, Rhea mengaku perasaannya. "Rhea tak main-main. Rhea tak pernah rasa macam ni. Tapi bila dengan abang Rhea rasa lain."
"Huh! Belajar pun tak habis lagi, gedik nak jatuh cinta bagai."
Berdiri depan sebuah Hilux Rhea mendepakan tangan. Enggan bagi Raid masuk. "Rhea nak jawapan! Apa perasaan abang pada Rhea?"
"Tepi."
"Tak nak!" Bulat mata Rhea apabila Raid menolak dia. Nasib tak jatuh. Masuk Hilux lelaki itu terus pergi. Bertakung kolam mata Rhea diperlakukan sebegini. Nampaknya Raid tak ambil serius.Tak apa. Tunggu...
YOU ARE READING
RAID
Romance10 tahun bergelar duda, RAID tak pernah terfikir untuk kahwin lain. Kecurangan yang dilakukan oleh bekas isteri memberi satu tamparan yang hebat dalam hidupnya. RAID trauma dengan perkahwinan. Sehinggalah... "Rhea jatuh cinta dengan abang." - RHEA K...