"Mina, bangun!" Kawannya yang tidur dikejutkan. Apabila gagal Rhea geletek pinggang. Tahu mana kelemahan Mina.
"Jangan kacaulah!"
"Bangunlah. Aku ada benda nak tanya ni."
"Apa?" Pejam mata Mina soal.
"Pasal abang kau. Ceritalah please..."
Geram apabila lengannya ditepuk banyak kali terus Mina bangun dari pembaringan. Dipandang tak puas hati Rhea yang tayang wajah tak bersalah. "Kau tahu tak sekarang pukul berapa?"
"11 malam..." Selamba Rhea jawab. "Malam masih muda. Kat kampus masa-masa ni kita duk gelak sakan lagi."
"Sekarang kita kat mana?"
"Rumah kau."
"Kau nak abang aku jerkah kita duk gelak malam-malam ni?"
Rhea ketawa kecil. "Aku nak tahu pasal abang kau."
"Besok aku cerita."
"Malam ni."
Mina ambil bantal lalu peluk. Tahu dia kena mengalah dengan Rhea. "Kenapa kau nak tahu?"
"Macam aku cakap tadi abang kau...menarik!"
Mina angkat sebelah kening. Cuba untuk faham maksud ayat itu. Dia ingat Rhea hanya main-main. "Kau jangan macam-macam. Tu abang aku."
"Tak salah, kan?"
Hilang mengantuk Mina. "Kau suka abang aku?" Naik satu oktaf suaranya.
Rhea hanya senyum. "Pepatah ada berkata cinta tak mengenal usia."
"Otak kau! Kita dengan abang aku beza umur 18 tahun. Kau tahu tak? Dia dah habis sekolah, kita ni baru lahir kat dunia."
"Abang kau masih muda. Baru 38 tahun. Bukannya 48 tahun. Awal-awal tadi masa tengok pun aku ingat dia masih awal 30-an. See umur just angka. Yang pasti sikap dia tu. Tak sampai 24 jam, dia buat aku tertarik dengan dia. Kau tahu sampai sekarang aku masih rasa kelazatan ayam masak lemak yang dia masak tadi. Sedap. Beruntung siapa jadi wife dia."
Mina mengeluh melihat Rhea yang semangat bercerita. Kawannya tak tahu apa-apa pasal Raid. "Kau suka abang aku ke kau suka masakan dia?"
"Both. Abang kau masih single? Means dia ada someone yang special tak?" Rhea terus tanya soalan utama.
"Abang aku tu duda."
"What?" Bulat mata Rhea pandang Mina. Tak sangka abang sulung kawannya bergelar duda. Tapi bila difikir kembali, lelaki seumur itu hanya ada tiga status. Bujang, sudah berkahwin atau pernah berkahwin.
"Kau tak percaya, kan? Gaya dia macam orang bujang."
"Maknanya dia pernah kahwin?"
"Dah cerai 10 tahun lepas."
"Lamanya dia menduda." Itu pula yang keluar dari mulut Rhea. Selalu lelaki kalau cerai dalam setahun dua dah jumpa pengganti. Ini sampai 10 tahun menduda pasti ada sebab. "Apa jadi?"
"Kau still nak tahu?"
"Aku tak kisah kalau dia duda. Malah aku lagi tertarik bila tahu kenapa dia pilih untuk menduda selama 10 tahun.""Sedih kisah hidup dia. Mungkin sebab trauma dia sampai tak terfikir nak kahwin lagi. Dia bahagia hidup macam sekarang."
"Trauma kenapa?"
Mina diam sebentar sebelum sambung cerita. "Dia cerai sebab ex wife dia curang."
"Ex wife curang?"
"Curang sampai berzina. Ex wife dia curang dengan ex tunang sendiri. Masa tu abang aku kat Berlin. Bila tahu apa yang ex dia buat kau bayangkan betapa hancur hati abang aku. Dia kerja cari rezeki tapi isteri kat rumah terlanjur dengan lelaki lain. Sampai mengandung tau."
"Kesiannya abang kau..."
"Ex dia bawak jantan balik rumah. Berzina kat sofa, atas katil yang abang aku beli. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Hancur hati abang aku. Memang dia terluka teruk. Aku ingat lagi masa balik sekolah aku nampak abang aku menangis-nangis peluk mak. Aku yang tengok masa tu pun sedih sangat. Mak aku pun sampai menangis pujuk abang aku suruh sabar."
Dan Rhea pun mahu menangis dengar cerita Mina. Dia boleh rasa betapa sakitnya apa yang dilalui Raid. Fahamlah dia kenapa lelaki itu pilih untuk menduda.
"Ex dia tu baik. Mak dengan adik beradik aku pun tak percaya apa yang dia buat, apatah lagi abang aku. Tapi itulah hakikat. Manusia boleh berubah. Mereka sama-sama cinta tapi sudahnya ex dia khianat dia. Lepas cerai tu abang aku down teruk. Berkurung dalam bilik. Tak makan. Tak mandi. Dan macam mayat hidup. Mak dengan adik beradik lain yang selalu bagi semangat. Alhamdulillah dua bulan lepas tu abang aku boleh terima apa yang jadi. Maklah orang yang paling gembira. Bukan apa, mak aku risau abang aku jadi gila."
"Allah dengar doa mak kau." Komen Rhea. Tak mustahil itu jadi pada Raid. Ada saja kes pasangan jadi gila gara-gara tertekan dengan penceraian. Dengar apa yang Mina cerita, kalaulah Raid tak kawal diri mungkin lelaki itu pun akan alami tekanan perasaan.
"Cuma dia cakap dia tak boleh stay kat Malaysia lagi. Dia akan ingat apa yang ex dia buat. Jadi dia bawak diri pergi Berlin. Mak aku pun terpaksa reda lepaskan dia pergi."
Melihat Rhea tekun pasang telinga, Mina kembali sambung cerita. "Dua tiga tahun kebelakangan ni, bila aku dah habis STPM mak mula luah nak suruh abang aku balik. Tapi dia tak nak. Jujurnya mak aku risau. Sampai bila dia nak lari? Jadi mak aku buat plan. Suruh aku sambung degree ke negeri lain. Bila aku takde mak akan sorang-sorang kat rumah. Ingatkan menjadi rupanya abang aku berkeras jugak. Sampailah bila mak accident baru dia balik."
"Mesti dia salahkan diri dia, kan?"
"Itu hikmahnya. Kalau tak sampai sudah dia tak balik. Dia tahu aku ada jaga mak. Bila aku belajar jauh, mak pulak accident jadi dia kena balik."
"Tapi bagus jugak plan mak kau. Kalau tak mesti kita takkan jumpa. Tak jumpa kau bermakna aku takkan jumpa abang kau."
Dia dan Mina baru berkawan. Belum sampai setahun. Sekarang mereka berada di tahun pertama, semester dua. Perkenalan mereka bermula apabila diletakkan dalam satu bilik. Kerana senang dengan sikap masing-masing mudah saja mereka jadi kawan baik.
#ebook #raid #comingsoon
YOU ARE READING
RAID
Romance10 tahun bergelar duda, RAID tak pernah terfikir untuk kahwin lain. Kecurangan yang dilakukan oleh bekas isteri memberi satu tamparan yang hebat dalam hidupnya. RAID trauma dengan perkahwinan. Sehinggalah... "Rhea jatuh cinta dengan abang." - RHEA K...