"JADI nilah anak mak yang sulung?"
Raid pandang Rhea apabila gadis itu memanggil maknya sebagai mak. Tak tahu mak suruh atau Rhea saja panggil bila dengar Mina panggil mak. Cuma satu yang Raid tak berkenan, gadis bandar ini nampak sangat selamba orangnya. Lebih tepat ramah.Baru muncul tapi macam dah bertahun kenal maknya. Tiba-tiba jadi rapat. Mak pun dilihat senang dengan kehadiran Rhea.
"Iya. Kat rumah ni mak berdua je dengan Raid. Kalau Mina balik baru meriah. Anak kedua mak duduk hujung kampung. Ada masa dia datang tengok. Yang lagi dua kerja kat KL. Yang dua tu susah sikit nak balik." Mak Cik Rozita mula bercerita tentang anak-anaknya. "Ni Rhea ikut Mina balik sini bertambah meriah rumah mak. Takdelah mak sunyi kalau Raid keluar."
"Menyesalnya Rhea tak datang sini awal-awal. Dulu Mina selalu ajak Rhea balik kampung dia tapi Rhea tak nak. Lepas ni kalau Mina balik Rhea wajib ikut sekali. Mina cakap banyak tempat menarik dia nak bawak Rhea pergi. Bolehlah abang bawak Rhea jalan-jalan."
"Dah kenapa pulak abang aku nak bawak kau?" Mina menyampuk.
"Jalan-jalan dengan orang lelaki lebih selamat. Betul tak abang?"
"Raid..." Mak Cik Rozita panggil apabila anak lelakinya tiba-tiba bangun. "Nak pergi mana?"
"Masak."
"Haa Rhea nak makan apa? Beritahu kat Abang Raid ni. Mak lepas accident dah tak masak dah. Lutut tak kuat nak diri lama. Makan mak semua Raid yang sedia."
"Untungnya mak sebab Abang Raid pandai masak."
Raid pandang Rhea. Dia cari alasan untuk masak sebab tak selesa berada dekat dengan gadis itu. Ingat dia tak ke perasan yang sejak tadi mata Rhea asyik memandangnya. Dia perasan. Kalau anak mata mereka bertembung, gadis itu akan senyum manis. Pelik Raid dengan kawan adiknya ini.
"Alhamdulillah. Raid pagi-pagi sebelum keluar dia siapkan sarapan. Tengah hari macam ni dia balik masak. Balik petang, dia masak untuk makan malam pulak. Bab-bab masak, rumah ni mak dah tak risau. Semua Raid boleh buat."
"Dan kalau kau nak tahu, makanan semua abang aku masak sendiri. Takde beli-beli. Kecuali kalau mak nak makan kuih ke kek ke. Baru abang aku beli sebab dia tak reti sangat buat kek dengan kuih."
Makin lebar senyuman Rhea. Apa saja tentang Raid dia suka dengar. Bibir automatik akan melebar. "Rhea tak tahu nak makan apa. Tapi Rhea suka semua lauk yang Mina pernah bawak."
Baru Raid tahu Rhealah orang yang makan makanan yang dia masak. Ingatkan selama ni Mina saja buat cerita sebab tu dia tak pernah ambil serius.
"Rhea suka masakan kampung," sambung Rhea lagi.
"Raid pergi masak lemak. Rhea makan tak jantung pisang?"
"Makan! Rhea suka." Laju Rhea jawab soalan wanita itu. Muka teruja.
"Raid rebus jantung pisang. Goreng ikan. Buat sambal."
Tak berkelip mata Rhea apabila melihat Raid angguk pada setiap arahan yang beri. Nampak bagus. "Nak Rhea tolong abang?" Rhea tawar diri.
"Kau nak tolong apa? Tolong tengok?" Mina mengusik.
"Tak payah. Raid tak suka orang ada kat dapur masa dia masak. Dia suka buat sorang-sorang."
Reda saja Rhea melepaskan Raid yang sudah berlalu ke dapur. Lelaki itu langsung tidak melihatnya. "Abang macam tak suka Rhea. Mesti dia marah Rhea lagi."
"Rhea jangan ambil hati. Raid tu okey je. Mungkin sebab dia tak kenal Rhea lagi."
Rhea angguk. Beberapa minit berbual dia minta diri. Niat mahu masuk bilik tapi bunyi kelentang kelentung dari dapur buat Rhea ubah haluan kaki. Tiba di dapur, berdiri sambil memeluk tubuh mata tidak berkelip melihat ketangkasan Raid yang sedang menyiapkan bahan-bahan.
"Mana abang belajar masak?"
Terkejut dengan soalan itu terus Raid toleh. Hanya beberapa saat pandang Rhea dia kembali dengan kerjanya.
"Suka Rhea tengok abang. Kalah orang perempuan buat kerja." Rhea cuba ajak Raid sembang tapi sayang lelaki itu hanya senyap. Dia seperti tak wujud di dapur. Tak apa, Raid masih belum kenal siapa Rhea Alia.#ebook #comingsoon #raid
YOU ARE READING
RAID
Romance10 tahun bergelar duda, RAID tak pernah terfikir untuk kahwin lain. Kecurangan yang dilakukan oleh bekas isteri memberi satu tamparan yang hebat dalam hidupnya. RAID trauma dengan perkahwinan. Sehinggalah... "Rhea jatuh cinta dengan abang." - RHEA K...