BERDIRI di hadapan sebuah bilik, Rhea ketuk pintu. Beberapa kali ketuk tiada apa-apa balasan. Saat sudah putus asa pintu tiba-tiba dibuka dari dalam. Terpancul wajah Raid yang dingin. Jelas tak suka apabila dia datang.
"Nak apa?"
"Abang dah tidur?" Dipandang lelaki itu atas bawah. Berkain pelikat dan bert-shirt. Tengok muka macam belum tidur. Tak tahulah apa yang Raid buat dalam bilik senyap-senyap.
"Nak apa?" Raid ulang kembali soalan.
"Rhea tak boleh tidur." Habis saja berkata laju Rhea menahan pintu yang cuba ditutup Raid. Nampak lelaki itu malas mahu melayan. Geram pulak. Bukan Raid mahu tanya kenapa. "Ada nyamuk gigit."
Rhea mengadu sambil garu dahi yang gatal. "Mina dah tidur. Takkan Rhea nak pergi cakap kat mak? Tu Rhea cari abang."
"Tahan jelah. Rumah ni memang banyak nyamuk."
Bulat mata Rhea. "No! Abang tengok ni..." Kedua-dua lengan ditunjuk pada Raid. "Habis merah-merah. Sampai pedih tau Rhea asyik garu. Muka ni pun sama. Rhea tak bolehlah macam ni."
Raid tengok muka Rhea. Memang nampak beberapa kesan gigitan nyamuk di pipi dan dahi gadis itu. Sudahlah wajah itu cerah jadi jelas kelihatan kulit yang merah. Nampak Rhea tak selesa dengan situasi sekarang."Kenapa semua nyamuk gigit Rhea? Takde pun yang gigit Mina, gigit abang." 
"Sebab nyamuk tak suka kau datang sini. Nampaknya esok kau kena balik. Rumah ni tak sesuai untuk orang bandar macam kau."
"Abang!" Tinggi suara Rhea apabila Raid terus tutup pintu. Sedih hati. Bukan lelaki itu mahu bantu. Dibiar dia terkial-kial seorang diri. "Abang jahat!"
Tepuk pintu sekali. Hentak kaki sekali. Kemudian dengan wajah monyok Rhea kembali ke bilik tidur Mina. Duduk di kerusi dia termangu sendirian.
Bagaimana mahu tidur?
Jarang sekali dia digigit nyamuk. Kalau di rumahnya di Kuala Lumpur, seekor nyamuk pun tiada. Melihat Mina yang dibuai mimpi, hati mula cemburu. Siaplah Mina esok. Gadis itu tak beritahu yang rumahnya banyak nyamuk!
Tok...tok...
Terkejut terus Rhea pandang pintu. Ketukan masih berbunyi. Laju Rhea melompat naik ke katil. Kerana takut dia hanya diam. Sudahlah banyak nyamuk, ada hantu lagi. Serik Rhea datang rumah Mina.
"Rhea."
Muka yang cuak bertukar teruja apabila dengar namanya dipanggil. Itu suara Raid. Sepantas kilat Rhea turun dari katil lalu buka pintu. "Abang..."Betul, Raid ada di luar. Mahu saja Rhea melompat gembira. Kali pertama lelaki itu panggil namanya.
"Macam mana abang tahu nama Rhea?"
Ya, soalan bodoh. Tapi itulah yang jadi bila hati tengah teruja. Tak sangka Rhea dengar namanya dipanggil. Bila Raid panggil kedengaran sangat sedap bunyinya. "Abang nak ajak Rhea tidur bilik abang ke?"
"Astaghfirullazim budak ni."
"Maksud Rhea, Rhea tidur dalam. Abang tidur kat luar. Bilik abang kan takde nyamuk. Abang fikir apa? Ceritalah kat Rhea." Rhea angkat kening tinggi.
"Nah! Pergi pasang."
"Apa ni?"
"Tak tahu ni apa?" Raid tunjuk ubat nyamuk elektrik yang ada di tangan. Erm tak pelik pun kalau Rhea tak tahu. Itik dengan angsa pun tak pandai beza.
"Rhea tak pernah tengok benda ni. Kat rumah Rhea takde."
"Ni alat bunuh nyamuk."
"Abang...thank you!" Rhea ambil. Senyum pandang Raid yang tiada riak itu. "Tapi maknanya...Rhea tak bolehlah tidur bilik abang?"
"Kalau kena gigit lagi kau tukar baju. Pakai lengan panjang."
"Abang risau nyamuk gigit Rhea ya? Rhea ingat abang akan biar je Rhea macam ni. Tak sangka abang care dengan Rhea. Tak menyesal Rhea datang sini. Nak hug abang."
"Rhea!"
"Rhea gurau je." Buat-buat mencebik apabila Raid jegil mata.
"Tak lawak!"Raid yang berlalu pergi dipandang sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan mata.
Sombong!
Tapi Rhea suka. Kedinginan Raid nampak menarik di mata seorang Rhea Alia. Tak pernah dia jumpa lelaki macam Raid.
#ebook #raid #comingsoon
YOU ARE READING
RAID
Romance10 tahun bergelar duda, RAID tak pernah terfikir untuk kahwin lain. Kecurangan yang dilakukan oleh bekas isteri memberi satu tamparan yang hebat dalam hidupnya. RAID trauma dengan perkahwinan. Sehinggalah... "Rhea jatuh cinta dengan abang." - RHEA K...