"NI memang gila. Seriuslah Rhea anak kau?" Beberapa minit senyap, Raid mula bersuara. Hanya tinggal dia dan lelaki itu di ruang tamu.
"Ya. Anak aku. Anak kandung."
"Ya Allah." Hilang kata-kata terus Raid raup rambut.
"Aku pun tak sangka selama ni kaulah yang anak aku asyik duk bercerita. Keciknya dunia." Amri tepuk bahu Raid beberapa kali. "Lama kita tak jumpa, kan? Kau apa khabar?"
"Macam kau tengok." Tak semangat Raid jawab. Diri masih dilanda terkejut.
"Dah lebih 15 tahun dah Raid. Bila aku balik Malaysia hubungan kita terus putus. Tapi hari ni sebab Rhea, kita kembali jumpa. Aku tak sangka. Tapi aku gembira dapat tengok kau lagi. Syukur kau masih hidup." Amri pandang Raid. Bertambah umur nampak wajah itu makin matang.
"Dulu kita berkawan. Tapi siapa sangka hari ni aku datang sebab nak jumpa bakal menantu aku..."
"Kau jangan buat lawak." Dapat dilihat Amri menahan senyum. Ah, nampaknya lelaki itu masih sama. Langsung tak berubah walaupun sudah bertahun berlalu. Masih suka buat lawak. Tapi kali ini lawak itu sangat tidak boleh diterima. "Maknanya Rhea ni..."
"Ya, dialah yang selalu aku bawak pergi kampus dulu. Dengan dialah kau duk main chak-chak."
"Aku tak percaya.""Ni yang untung kahwin muda. Anak aku yang kau jumpa masa kecik dah besar sekarang. Dan dia suka kat kau. Dia nak kahwin dengan kau. Aku pun tak percaya..."
Masing-masing diam memikirkan ketidakpercayaan yang melanda diri. Banyak hal yang sukar diterima akal Raid sekarang. Sudahlah dia masih terkejut dengan kedatangan Amri, dan hakikat yang paling buat dia tercengang bila tahu Rhea anak pada Amri.
Amri....lelaki itu merupakan seniornya waktu belajar di UK. Amri yang banyak membantunya dan kawan-kawan yang lain. Memang ramai junior kenal Amri. Hubungan mereka pun rapat. Cuma tak lama. Dua tahun kemudian, tamat belajar Amri kembali ke Malaysia. Dan hubungan mereka terus putus. Sekarang lelaki itu kembali untuk 'berkenalan' dengan dia.
"Banyak-banyak lelaki kau pilihan anak aku."
Entah Amri mahu memerli atau apa. Yang pasti Raid tiada idea untuk membalas. Hanya dipandang lelaki yang mendengus itu. Dia dan Amri mungkin kelihatan sebaya. Hakikatnya lelaki itu tua empat tahun.Kalau Raid tidak kenal Amri sungguh dia tak percaya lelaki itu mempunyai anak gadis. Tapi bak kata Amri, inilah untung kahwin muda. Umur awal 40 tahun sudah ada anak dara. Silap-silap belum 50 tahun lelaki itu sudah ada cucu.
Rhea...kecilnya dunia. Masih Raid ingat dia pernah bermain dan mendukung gadis itu sewaktu masih bayi. Tanpa disangka bila membesar anak itu 'berkenan' pada dia. Mahu Raid tak terkejut dengan hakikat ini."Apa yang kau dah buat pada anak aku sampai dia angau kat kau?"
"Kalau kau kenal anak kau mesti kau tahu siapa sebenarnya yang angau." Mudah Raid jawab. Tak suka Amri menyalahkan dia. Tapi dia faham, lelaki itu seorang ayah. Pasti akan percaya anak sendiri."Aku tak kenal pun anak kau. Keluar dengan dia pun tak pernah. Dia tu kawan adik aku. Dia datang bermalam kat sini sebab nak kenal kampung. Itu je. Tiba-tiba hari ni datang bawak kau. Gila ke apa?"
"Orang yang kau cakap gila tu anak aku." Amri menegur. "Rhea dah beritahu semua kat aku. Dia suka kau. Masakan kau, sikap kau. Aku terkejut tau. Selama ni dia tak pernah beritahu aku benda-benda macam ni. Ini kali pertama. Aku nampak dia serius nak kat kau."
"Anak kau tu keterlaluan tahu tak?"
"Aku rasa apa dia cakap tu tak salah. Cuma kau yang tak boleh terima. Salah ke dia beritahu aku yang dia suka kau?"
"Lepas ni kau boleh beritahu dia lelaki yang dia suka tu kawan ayah dia sendiri."
"Dia dah beritahu aku lelaki yang dia minat tu beza umur 18 tahun dari dia. Aku pun tak boleh terima. Dah dekat baya aku. Tapi bila tahu kau orangnya...aku jadi okey."
Melopong Raid dengan pengakuan Amri. "Anak kau tu muda lagi tau. Masih mentah orang cakap."
"Umur just angka Raid. Bukannya kau akan menopaus. Aku tak kisah kalau Rhea suka kau. Lagipun aku tahu anak aku macam mana. Kalau dia nak sesuatu, dia tak kisah apa dah."
"Dia tak kisah tapi aku kisah."
"Kenapa abang tolak Rhea? Apa kurangnya Rhea? Sebab Rhea muda sangat ke? Tak sesuai dengan abang?"
Raid pandang Rhea yang tiba-tiba menampakkan diri di ruang tamu. "Ni yang kurangnya. Adab. Elok ke tiba-tiba muncul lepas tu menyampuk?" sindir.
Amri tarik tangan Rhea. Mahu anaknya duduk.
"Rhea minta maaf. Rhea datang secara baik. Bawa papa. Kemudian semudah tu abang tolak Rhea? Atas alasan apa?"
"Perlu ke bagi alasan?"
"Sekurangnya Rhea nak tahu apa yang abang tak suka pada Rhea. Kalau pasal umur tu, betul Rhea tak kisah pun. Abang umur 50 Rhea tetap suka."
"Cari lelaki lainlah." Raid menjawab malas. Tidak dipandang Rhea.
"Rhea nak abang jugak!"
"Rhea!" Amri tegur anaknya. "Sekarang ni macam mana nak settle? Sorang nak, sorang tak nak."
Raid dan Rhea diam.
"Raid bagilah peluang kat anak aku. Kau kenal-kenal dia dulu macam mana. Rhea anak yang baik cuma dia manja sikit. Tapi aku yakin dia boleh jadi isteri solehah untuk kau. Rhea ni mudah diajar dan ditegur. Kalau salah pun laju dia minta maaf."
Saat ini mahu saja Raid ketawa. Bersungguh Amri memujuk. Entah apa yang Rhea racun ayahnya. "Bawak anak kau balik. Mengarut semua ni."
"Rhea janji Rhea takkan buat apa yang ex abang pernah buat pada abang dulu. Papa akan jadi saksi. Rhea takkan curang. Rhea takkan khianati abang."
Tidak jadi Raid bangun. Ketap gigi dipandang gadis itu. "Mina yang cerita?"
"Kalau abang takut kahwin sampai bila-bila abang takkan kahwin. Patutnya abang bersyukur Rhea suka kat abang. Abang lelaki pertama yang buat Rhea jatuh cinta."
"Kau tak payah nak ajar aku. Aku dulu yang makan garam. Kau ni budak mentah lagi. Yang lebih ikutkan perasaan. Bukan akal." Terus Raid bangun. Mahu matikan topik ini.
"Rhea..." Amri panggil perlahan Rhea. Jelas nampak kolam mata anak gadisnya berair.
YOU ARE READING
RAID
Romance10 tahun bergelar duda, RAID tak pernah terfikir untuk kahwin lain. Kecurangan yang dilakukan oleh bekas isteri memberi satu tamparan yang hebat dalam hidupnya. RAID trauma dengan perkahwinan. Sehinggalah... "Rhea jatuh cinta dengan abang." - RHEA K...