Muqriez yang baru sahaja keluar dari kelas iru ternampak sosok yang dia sangat rindukan. Dia mengoyakkan senyuman lalu berlari anak ke arah tubuh tegap itu.
''Rylen !'' Jerit lelaki itu kepada sosok tubuh itu. Mereka berpelukan erat tanpa mengendahkan sesiapa yang lalu lalang sambil memandang mereka.
''Riez! YA davno tebya ne videl.(dah lama aku tak jumpa kau)'' Kata Muqriez yang masih lagi berpelukan dengan jejaka yang bernama Rylen itu.
''YA ochen' po tebe skuchayu.(aku rindu kau sangat)'' Pelukan itu masih erat. Setelah berasa puas, mereka meleraikan pelukan sambil menatap mata antara satu sama lain.
''Kau macam mana? okay tak tinggal sini?'' Muqriez bertanya kepada jejaka itu. Rylen senyum.
''Okay aje. Cuma penat sikitlah. Rindu dekat Mummy aku dengan Sayang aku dekat Aussie sana.'' Suara garau itu kedengaran semakin melorot. Muqriez yang mendengarnya tersenyum simpati. Llau menepuk perlahan bahu lebar lelaki itu.
''Tak apa. Nanti telefon ajelah Lynn. Atau telefon aje terus tetya. Aku pasti dia tunggu kau telefon.'' Kata-kata semangat itu cuba memujuk hati Rylen yang kuruh itu. Rylen senyum tawar dengan kata-kata yang dilontarkan oleh sepupunya itu.
Walaupun dia selalu sahaja menelefon Mummy dan adik perempuannya, tetapi dalam hati masih lagi rasa rindu. Seperti dia tidak pernah menghubungi mereka. Meskipun kerap menelefon mereka. Rylen mengoyakkan senyuman untuk menceriakan keadaan. Dan juga untuk menyambut sepupunya itu kerana sudi datang ke Malaysia yang diarahkan oleh Daddy-nya.
''Sudahlah tu Rif. Jangan sedih-sedih. Nanti aku bagitahu dyadya yang kau sihat aje kat sini.'' Muqriez senyum lagi untuk menaikkan semangat kepada sepupunya sorang itu. Disebabkan dia lebih tua dua tahun, dia perlulah menjaga sepupunya itu dengan baik. Kalau tidak nahas dia kena dengan bapa saudaranya itu nanti. Ngeri !
Rif'at tersenyum lalu menghela nafas panjang bagu menenangkan diri. Dia mengangguk kecil memberi isyarat yang dia sudah tenang. Muqriez senyum lalu meletakkan tangan di atas bahu lebar Rif'at itu.
''Kau dah makan ke belum ni Rif? kau sarapan tak tadi?'' Dengan nada risau Muqriez bertanya. Tetapi Rif'at tidak senyum. Kerana, Jika dia berhadapan dengan publik, Rif'at tidak suka diperlihatkan sebagai seorang yang murah senyuman. Jadi Rif'at hanya mengangguk tanda sebagai jawapan.
Muqriez yang tahu tentang sifat sepupunya itu tidak dikisahkan langsung. Dia faham atas tindakan sepupunya itu apabila senyumannya terus hilang. Muqriez senyum nipis.
''Kau nak makan kat sini tak?'' Mereka berdua tiba di satu Kafe yang terletak berdekatan dengan Kampus mereka. Rif'at mengangguk. Kemudian Muqriez masuk tanpa melihat sekeliling. Wajah dingin di tonjolkan. Dia juga tidak mahu orang tahu dia murah dengan senyuman.
''Kau pergi cari tempat dulu. Aku nak order makanan sekejap.'' Arah Muqriez kepada Rif'at
''Aku nak Chocolate Frappe dengan donat satu.'' Dingin suaranya memesan menu itu kepada sepupunya. Muqriez hanya mengangguk lalu menuju ke kaunter pesanan.
Rif'at sudah menjumpai tempat duduk yang sesuai untuk mereka berdua. Dia memilih untuk duduk di sudut Kafe kerana orang tidak akan perasan kehadiran mereka. Rif'at melabuhkan duduk di atas kerusi. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar kemudian membuka Instagram untuk menenangkan diri.
Setelah beberapa minit menunggu, Muqriez akhirnya datang bersama menu yang dipesan olehnya turut dengan menu milik Muqriez sendiri. Donut dan Frappe diletakkan elok-elok kemudian dulang dihantar kembali ke kaunter pesanan.
Semasa Muqriez menghantar dulang, Rif'at menyempat menangkap beberapa keping gambar suasana Kafe dan juga makanan yang di pesan tadi. Nampak sepadan! kerana warna didning Kafe itu berwarna coklat-coklat cair seperti warna Latte dan dicampur sedikit dengan warna cream. Cantik Gila!
Muqriez kembali kemudian mereka berdua terus menjamu makanan yang telah terhidang. Dengan tenang, mereka makan dengan senyap tanpa apa-apa bicara. Rif'at sambil mengunyah, dia memandang sekeliling Kafe itu. Tiba-tiba dia tertumpu pada satu sosok wanita yang dia kenal. Tetapi Rif'at tidak terus mengalihkan pandangan, dia hanya merenung wajah gembira wanita itu yang sedang bergelak tawa dengan rakan dihadapannya itu membuatkan jantungnya terasa seperti berdegup dengan kencang.
Rif'at memegang dadanya untuk merasa debaran jantungnya. Ya! kencang sungguh jantungnya berdegup. Muqriez mengangkat muka lalu melihat tangan Rif'at yang sudah berada di dada. Muqriez menayangkan wajah risau kemudian bertanya.
''Kau kenapa ni Rif? Kau okay tak? Tercekik ke? Tak boleh bernafas?'' Bertubi-tubi soalan dikeluarkan oleh Muqriez. Risau! Rif'at yang mendengar sepupunya mula berbicara, dia terus menurunkan tangannya dan berdehem.
''Tak ada apa-apa lah. Aku okay aje.'' Balas Rif'at tenang. Muqriez diam sambil memandang tajam ke arah Rif'at yang kelihatan sedikit gelisah itu.
Rif'at yang melihat renungan tajam daripada sepupunya itu berdehem.
''Kau kenapa pandang aku macam nak makan aku?'' Rif'at bertanya sambil memakan donat yang sedari tadi dipegang. Muqriez mengalihkan pandangan tanpa menjawab.
Rif'at tidak tahu mengapa setiap kali dia melihat wanita itu, jantungnya rasa macam sedang meraung untuk keluar dari badannya. Terasa seperti ada sesuatu yang unik terdapat dalam diri wanita itu. Tetapi dia turut tidak pasti. Adakah dia sudah jatuh cinta?! Mustahil.
YOU ARE READING
𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.
Romance''Aku tak nak Kahwin dengan kau.'' Kata Faihanah tanpa nada. FAIHANAH ZAHWA. seorang gadis yang sering dipanggil sombong oleh orang sekeliling dan tidak pernah menunjukkan riak gembira di hadapan orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh meli...