2024
Tahun ini adalah bermulanya musim semester 5 dalam bidang Banchelor of Law. Pejam celik , sudah hampir Dua tahun setengah dia meninggalkan Zaman belajar sebagai student Foundation In Law. Kini, Hanya tinggal dua tahun lagi dia akan graduasi untuk menamatkan pelajaran dalam bidang ini.
Kini dia sudah berusia 22 tahun dan pada bulan september, dia akan masuk umur 23 tahun. Sungguh cepat masa berjalan. Tetapi ada bagusnya juga, Kerana dia tidak perlu menghadap lagi perangai Sial pelajar di sekolahnya dahulu.
Hari ini merupakan hari ahad 7 Julai 2024.Esok merupakan hari kelas kuliah selepas menduduki peperiksaan akhir semester pada hari ini.Penat!.Tapi nak buat macam mana? Ini lah Rutin Faihanah sepanjang menjadi pelajar Saujana Muda di Universiti Malaya.
Habis sahaja peperiksaan tadi, Dia terus balik ke kondominium miliknya yang berdekatan dengan universiti yang dia belajar. Faihanah tiada lesen kereta, Jadi disebabkan hanya lesen motor sahaja dia ada, Setiap hari dia akan angkut barang-barang belajarnya naik sekali di atas motor Sportbike Honda CBR150r hitamnya itu.
''Aduh. Ya Allah penatnya ! Nasib Exam tadi tak susah mana.Haih.'' Keluhan berat dilepaskan selepas dia melabuhkan duduk di atas sofa mewah di ruang tamu kondominiumnya itu.
Dia mengeluarkan Samsung Galaxy S24 Ultra Putih miliknya lalu membuka Aplikasi WhatsApp. Faihanah perasan ada beberapa mesej masuk semasa dia berjalan keluar dari dewan peperiksaan tadi. Cuma, malas mahu membukanya dahulu. Mahu rehatkan otak sebentar selepas memerah otak semasa dalam dewan peperiksaan tadi.
Hampir semua aplikasi yang ada ditelefon milknya itu dibuka. Apabila semua urusan telah diselesaikan, Faihanah bangkit dari sofa lalu masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Masuk sahaja bilik mandi, Faihanah membuka Tab mandi untuk menakung air di dalam Bath Tub. Usai memenuhkan air di dalam Bath Tub, Faihanah terus masuk dan merendamkan diri selama beberapa minit.Selepas 20 minit berendam dan menenangkan diri, Faihanah bangkit dan membilas sedikit badan dengan air biasa. Lalu dia ke singki untuk membersihkan muka dan keluar.
Jam dinding dikerling. Menunjukkan sekarang baru pukul 4:40. Habis sahaja solat asar, Faihanah terus bersiap untuk mencari makanan malam. Faihanah hanya mengenakan Hoodie Stussy berwarna hitam bersama seluar Cargo hitam dan dilengkapkan dengan tudung shawl hitam yang sudah digosok. Faihanah terus mengambil kunci motornya daripada Keybowl yang dibuat sendiri olehnya. Selepas memastikan pintu rumah dikunci rapi, Faihanah terus menuju ke lif untuk turun ke kawasan parking di mana motornya di parking. Sampai sahaja di kawasan parking motor, Faihanah terus memakai helmet ZEUS FIBERGLASS GJ-1900 MATTE BLACK miliknya.
Sampai sahaja di FamilyMart berdekatan, Faihanah terus memarkir motornya dengan selamat. Sekarang dia sangat craving ODEN dan FRAPPE FamilyMart itu. Selesai sahaja urusan dia membeli makanan kegemarannya, Dia terus menyusun makan berkuah itu elok-elok di bawah seat motornya lalu menghidupkan enjin dan bersedia untuk terus pulang.
Selepas mengunci pintu, Faihanah terus membuka tudung dan mecampakkannya di atas kerusi di sudut ruang tamu itu dan membuka TV untuk menontonnya sambil makan oden.
YOU ARE READING
𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.
Romance''Aku tak nak Kahwin dengan kau.'' Kata Faihanah tanpa nada. FAIHANAH ZAHWA. seorang gadis yang sering dipanggil sombong oleh orang sekeliling dan tidak pernah menunjukkan riak gembira di hadapan orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh meli...