''Aku tak nak Kahwin dengan kau.'' Kata Faihanah tanpa nada. FAIHANAH ZAHWA. seorang gadis yang sering dipanggil sombong oleh orang sekeliling dan tidak pernah menunjukkan riak gembira di hadapan orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh melihat senyum manis milik gadis bermata Hitam pekat itu.Tetapi , dia tidak sangka , selain sahabatnya, Ada seorang Hamba Allah yang selalu mengganggu dirinya boleh membuatkan dia tersenyum seperti dia sudah biasa tersenyum walaupun dia tidak pernah merasakan kebahagiaan seperti dia bersama Lelaki itu. RIF'AT ULWAN. Jejaka bermata biru itu hanya dingin sahaja di hadapan semua orang termasuk rakan sekelasnya. Sehingga suatu hari dia tidak sedar apa yang sudah merasuki dirinya, Dia mula terasa murah dengan senyuman. Ia menyebabkan satu kelas termasuk gurunya pelik dengan perubahan dirinya. Semuanya bermula apabila dia merasakan dia telah menemukan kebahagiaan hidupnya selain Keluarganya. ''Aku tak kisah. Nak Tak Nak. AKu akan jaga kau sampai kau boleh pimpin tangan aku'' Kata Rif'at berharap. ''Aku tak reti nak bersweet macam orang lain.Aku sakit.Aku tak boleh jadi isteri terbaik untuk kau.'' Kata Faihanah lagi. Dan pada Akhirnya, Rif'at hanya mampu mengirimkan sekuntum bunga Rose berwarna Putih kepada Kekasih hatinya yang sudah menjumpai Ilahi Dahulu. ''Tunggu abang ya, Sayang. Abang Rindu nak senyum balik. Sayang kebahagiaan Abang. Rafiqin pun tunggu Papa dekat sana ya? Anak Papa kuat. Macam Ibu.'' Tangisan yang terasa sudah lama tidak keluar itu akhirnya jatuh dan membasahi seluruh muka tampan Jejaka itu. ''Papa tak sempat nak tengok Ibu dengan Rafiqin Senyum buat kali terakhir. Papa seorang suami dan ayah yang teruk.'' Luah Rif'at menyesal.
15 parts