Sampai sahaja di rumah, Nuryn dan Wany masing-masing masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan tidur. Esoknya, Wany yang akan selalunya bangun terlebih dahulu sebelum Nuryn. Maklumlah Nuryn sejenis tidur mati. Agaknya kalau gempa bumi pun dia susah mahu terjaga.
Selepas sahaja solat subuh, Wany akan menggosok baju dan menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Usai memasak, Wany akan pergi kejut Nuryn untuk bangun.
''Nuryn. Woi bangun lah. Kau ni boleh stress aku kejut kau aje. Bangunlah.'' Wany dengan kasarnya menggoncangkan badan nuryn yang sedang terbaring kaku di atas katil bujang itu.
Nuryn seperti mamai lagi. Dia terus terduduk di atas katil apabila tidurnya diganggu.
''Ish ! kacau daun betullah kau ni.'' Marah Nuryn dalam nada mamai.
Wany yang hanya melihat menggelengkan kepalanya. Selepas selesai urusan di rumah, Mereka berdua keluar untuk bergerak ke kampus. Wany dan Nuryn berjalan senang lenang di Hallway untuk menuju ke kantin bagi membeli sedikit alas perut semasa dalam kelas nanti.
Wany dan Nuryn berpecah untuk ke kelas masing-masing. Wany terus duduk di tempat duduknya setelah sampai di dalam kelas. Sementara ,menunggu Wany mengingatkan akan pesanan Faihanah. Dia tersengih sendiri. Rakan semeja Wany turut menyaksikan kelamunan Wany yang asyik tersengih sendiri.
''Woi kau dah kenapa sengih-sengih macam kerang busuk'' Sergah Amanda kepada Wany yang dari tadi tersengih memandang papan putih yang kosong.
''Oh mak kau tergolek. Ish! kau ni man. Sakai siot.'' Marah Wany. Amanda hanya tergelak sahaja.
''Mak aku tak tergolek. Aku yang rasa nak jadikan kau Wany golek. Kau dah kenapa pagi-pagi lagi tersengih sorang-sorang. Mabuk cinta ke?'' Kata Amaanda selamba.
Wany yang sudah menjeling kepadanya hanya mampu melepaskan tawa sahaja. Setahu dia, Wany jenis yang susah mahu berkawan atau berkenalan dengan lelaki. Walaupun sudah ramai lelaki cuba untuk mendekati dirinya, Masih juga dia tidak layan. Tetapi, sekarang ada seorang lelaki yang tidak putus asa untuk mendapatkan Wany. Zafran.
''Kau dah suka Zafran ke?!'' Jerit Amanda sambil melopongkan mulutnya dan tangan di tepi pipi. Wany yang mendengarkan jeritan itu terus menekup mulut celupar rakannya itu.
''Diamlah setan. Kau apa masalah. Pagi-pagi dah menjerit-jerit macam orang kena rasuk.'' Jelingan dilemparkan lagi kepada Amanda yang asyik menggelakkan dirinya sahaja.
''Hahaha. Jangan do. Dah lah mamat tu Playboy. Jangan tiba-tiba kau terletak hati kat dia pula'' Wany yang hanya mendengarkan diam sahaja. Tidak mampu untuk bersuara tentang itu.
Zafran merupakan ex-crush Ryzwany sewaktu dia baru sahaja masuk semester 3 di dalam bidang Business. Tetapi apabila dia sudah meluahkan perasaanya terhadap lelaki itu, Lelaki itu menolak cintanya. Untuk tidak lagi meletakkan beban di dalam otak, Ryzwany membuat keputusan untuk menukar bidang kepada bidang Medic. Hari demi hari perasaan itu hilang sepenuhnya.
Tiada angin tiada ribut, beberapa bulan selepas dia menukar bidang, Zafran mula mencari kelibatnya. Sehingga dia dapat mengesan di mana Ryzwany belajar, Dia akan tetap datang kepada Wany untuk meminta peluang supaya dia boleh bersama dengan Wany
Apabila perkara ini terjadi, Wany tidak pernah merasakan kasihan. Dia hanya memikirkan lelaki yang sibuk mengemis hatinya itu Gila. Atau lebih spesifiknya Bodoh.
''Apa lah meminta-minta benda yang kau sendiri tolak. Macam Bangang.'' Kata Wany dalam hati pada masa itu.
Kelas bersedia untuk mula. Sampai sahaja pensyarah bagi subjek Medical in surgeon, Wany terus mula memberi sepenuh tumpuan. Tetapi tumpuannya terganggu apabila ada seorang lelaki yang boleh dikatakan tampan, Rambut berwana coklat terang, Kening tebal, Bibir semerah delima, Hidung mancung, Mata berwarna Amber berpakej dengan bentuk mata Fox eyes dan Badan yang tegap.
Amanda sudah menjeling Ryzwany yang dari tadi matanya tidak berkelip. Dia senyum sinis lalu mencuit pinggang rakannya yang sedang angau. Wany terkejut lalu termelatah membuatkan semua orang termasuk Pensyarah dan Lelaki itu memandang dirinya.
''Kepala bapak kau itik.'' Wany yang tersedar suaranya cukup kuat untuk didengar semua orang, dia menundukkan mukanya tidak berani untuk menghadap semua orang. Malu! Dalam hati Wany sudah bersumpah kepada Amanda.
''Kau memang Sial. Aku harap mata kau bengkak pastu hidung kau penyet. Babi nya!'' Dengan geram Wany bersumpah segalanya ke atas Rakan semejanya itu.
Lelaki tadi hanya tergelak kecil atas gelagat Ryzwany yang tiba-tiba melatah itu. Dalam hatinya mengungkap perkataan ''Comel'' sejurus dia senyum. Tiba-tiba pensyarah bercakap dengannya.
''Baiklah, Kamu boleh memperkenalkan diri.'' Pinta Pensyarah Zulkarnain. Lelaki tampan itu hanya mengangguk lalu mulakan bicara.
''Assalamualaikum semua. Nama aku Muqriez Mikhael. Korang boleh panggil aku Mike atau Riez.'' Diakhiri dengan senyuman manis kepada semua rakan yang akan menjadi pasukan dia. Kemudian Pensyarah Zulkarnain meminta Muqriez untuk duduk di belakang Ryzwany yang kosong. Muqriez turut lalu beredar.
Kelas bermula. Sepanjang dalam kelas itu, Ryzwany tidak dapat menumpakan semua perhatiannya apabila dia dapat merasakan haruman lelaki itu menusuk rongga hidungnya hingga dia hilang tumpuan. Sudah beberapa kali dia ditegur oleh Pensyarah Zulkarnain untuk memberikan tumpuan. Tetapi tidak boleh jika lelaki itu berada tepat di belakangnya! Ah!
Faihanah! Masinnya mulut kau! Kata Wany sendiri. Tidak pasti sama ada terharu atau nak marah. Tapi kesuluruhannya mungkin Gembira!
YOU ARE READING
𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.
Romans''Aku tak nak Kahwin dengan kau.'' Kata Faihanah tanpa nada. FAIHANAH ZAHWA. seorang gadis yang sering dipanggil sombong oleh orang sekeliling dan tidak pernah menunjukkan riak gembira di hadapan orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh meli...