KEESOKAN HARINYA..
Wany dan Nuryn seperti biasa akan berjalan bersama-sama untuk ke kampus. Nuryn walaupun dia tidak berada sekali semalam, dia sudah tahu akan perasaan Wany terhadap Mamat baru di kelasnya itu.
Nuryn sampai di dalam kelasnya. Sementara menunggu Professor untuk masuk, dia akan belajar sedikit buat tambah-tambah agar semasa dalam kelas dia tidak terlalu kosong tidak tahu apa-apa.
Sebagai pelajar Science Computer, Nuryn adalah antara rakan yang paling busy dan tiada konflik dengan mana-mana orang. Dia berkawan sama rata sahaja. Tetapi dia juga turut diminati oleh ramai orang. Termasuklah perempuan. Ianya bukan minat ke arah yang lain. Cumanya minat dengan penampilan dan Perwatakan Nuryn yang lembut tapi Polos.
Setelah 20 minit menunggu, akhirnya Professor sampai. Kelas mereka hari ini sekejap sahaja kerana Professor Aisyah perlu keluar awal untuk menguruskan beberapa hal.
Setelah habis, Nuryn terus keluar sambil melambai rakan sekelasnya. Jika Nuryn keluar awal daripada Ryzwany dan Faihanah, dia akan selalunya pergi ke perpustakaan yang terdapat di universiti itu untuk belajar coding.
Setelah sampai di perpustakaan, Nuryn terus mencari tempat untuk duduk. Setelah menjumpai tempat yang selalu dia duduk kosong, Nuryn terus berjalan ke arah tersebut. Belum sempat dia sampai, ada seseorang sudah mengambil tempatnya. Nuryn walaupun dikenali sebagai seorang yang lembut dan sopan, tetapi apabila haknya diambil, dia tidak akan berlembut lagi.
Nuryn berasa marah lalu pergi ke jejaka yang sudah mengambil tempatnya itu.''Assalamualaikum, Encik'' Sapa Nuryn lembut sebelum dia melepasi had kesabarannya.
Jejaka itu mengangkat muka lalu memandang Nuryn atas bawah. Nuryn menonjolkan muka pelik kepada jejaka yang tidak berapa tampan di hadapannya itu.''Hello! What do you think you are doing right now, sir?'' Suara Nuryn kedengaran sedikit meninggi. Jejaka itu masih tidak menjawab.
Nuryn melepaskan keluhan lalu bersuara lagi. Tetapi kali ini dengan nada yang sudah separuh had! ''Sir? Are you deaf? do you want me to use sign language for you?'' Perli Nuryn. Tiada balasan. Tetapi lelaki itu membalas dengan senyuman sinis. Nuryn kerutkan dahi.
''Kenapa kau senyum?'' Tanya Nuryn dengan perasaan yang rasa mahu menerajang Jejaka itu di sini juga.''Sabar Nuryn. Sabar. Orang bisu memang pekak sekali.'' Bisik Nuryn dalam hati.
''Waalaikummussalam. Kau nak apa?'' Akhirnya setelah beberapa soalan dilontarkan oleh Nuryn tadi, Jejaka itu akhirnya menjawab.
''Normal lagi. Ingatkan ada kad lain selain Ic'' Perli Nuryn tidak puas hati. Jejaka itu memandang Nuryn dengan pandangan yang malas. Acah aje perempuan ni. Ngumpat jejaka itu di dalam hati.
''Kau nak apa?'' Tidak menjawab pelian itu. Dia terus sahaja menanyakan soalan mengapa wanita itu datang di ditu.
''Kau ambil tempat aku. Aku duduk sini dulu'' Balas Nuryn.
Jejaka itu tergelak kecil. Nuryn mengerutkan dahi lagi.''Apa yang lawak?'' Tanya Nuryn polos.
''Ada nama kau ke dekat sini? Tak ada kan? Jadi, tempat ini boleh di ambil oleh sesiapa sahaja.'' Jejaka itu membelalakkan matanya. Nuryn pula tersenyum sinis.
''Cuba kau tengok tempat sandar kerusi dengan setiap penjuru meja tu.'' Arah Nuryn. Lelaki itu yang baru sahaja mahu membaca mengankat muka lalu melihat arah yang di cakap oleh Nuryn.
Di tempat sandar kerusi terukir nama seseorang dan dia sangat yakin nama itu milik wanita di hadapannya. Sama juga seperti di setiap bucu meja.
Jejaka itu melepaskan keluhan tanda menyerah. Nasib perempuan kalau jantan memang aku sepak kau kat sini. Maki jejaka itu dalam nada bisik.''Aku boleh dengar lah. Kalau berani bak datang lah!'' Cabar Nuryn. Jejaka itu tidak mengendahkan Nuryn yang tidak waras itu.
Setelah menyiapkan beberapa kerja, telefon Nuryn berdering menandkan mesej masuk. Aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej dari Faihanah di baca.
''Kitaorang dekat tempat biasa.'' Itu merupakan mesej yang dihantar oleh Faihanah.
''Otw.'' Itu sahaja balas Nuryn.
Nuryn mengemas semua barang-barangnya kembali untuk beredar. Jam dikerling menunjukkan pukul 3:10. Waktu yang selalu mereka akan berkumpul untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama.
Usai mengemas dan periksa kawasan tempat duduk tiada barang yang tertinggal, Nuryn terus keluar tanpa memikirkan apa-apa. Tanpa dia sedari ada seseorang yang sedang memerhatikan pergerakannya secara diam-diam. Jejaka itu hanya senyum manis sambil memandang ke arah Nuryn yang sedang berjalan keluar dari perpustakaan tersebut.
YOU ARE READING
𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.
Romans''Aku tak nak Kahwin dengan kau.'' Kata Faihanah tanpa nada. FAIHANAH ZAHWA. seorang gadis yang sering dipanggil sombong oleh orang sekeliling dan tidak pernah menunjukkan riak gembira di hadapan orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh meli...