𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : CHAPTER 4

10 0 0
                                    

MASIH DALAM FLASHBACK

Nuryn yang sedari tadi mamai itu terasa pelik apabila Wany tidak membebel kepadanya. Apabila dia pergi ke pili air yang terdapat di sudut padang itu, dia mencuci muka untuk segarkan kembali mukanya. Setelah menyegarkan balik mukanya yang mengantuk tadi, Nuryn terus mencari kelibat sahabatnya itu.

''Mana si Wany ni pergi ni.'' Tanya Nuryn sendiri sambil mencari kelibat rakannya itu. 

Hampir 2 minit mencari, akhirnya dia jumpa juga rakannya di pondok yang berdekatan dengan padang itu. Nuryn nampak seperti Wany sedang bercakap dengan seseoramg di pondok itu. Tanpa berlengah, Nuryn terus membuka langkah untuk pergi ke rakannya itu.

''Ooo.. Jadi kau datang sini sebab bapak kau suruh lah ni?'' Kata Wany setelah mendengar latar belakang gadis itu.

''Kenapa kau tak mohon nak tukar kelas aje?''. Tanya Wany lagi.''Aku malas nak libatkan bapak aku dalam hal sekolah. lagipun macam yang aku cakap, aku ni hanya membesar dengan duit dia aje. Bukannya kasih sayang dia pun.'' Luah Gadis itu lagi.

''Sekarang kau tinggal dengan siapa?'' Tanya Wany lagi. Gadis itu hanya menjawab sahaja soalan Wany yang merapu itu. Malas mahu membantah.''Aku duduk sorang.'' Jelas Gadis itu lagi.

''Kau ada adik beradik?'' Gelengan sebagai jawapan.''Habistu kau datang sekolah naik apa? Siapa hantar? Kau ada lesen ke?'' Bertubi soalan dilemparkan ke gadis itu. Gadis itu hanya senyum tawar kemudian menjawab satu persatu.''Aku datang sendiri. Naik motor. Ada lesen''

''Woi Wany ! Kau pekak ke apa? Aku panggil kau macam nak tercabut anak tekak aku ni.'' Sergah Nuryn setelah sampai dekat pondok itu. 

Nuryn yang fikir Wany bercakap seorang diri itu rupanya sedang bercakap dengan budak baharu yang sedang jadi bualan satu sekolah.

''Eh kau Faihanah kan? Anak Dato' Fahidi tu kan?'' Tanya Nuryn apabila dia nampak gadis yang sangat dia ingin tahu itu. Gadis itu hanya mengangguk sebagai Jawapan. 

Wany yang masih terpinga-pinga cuba untuk memahami situasi.''Ha? apa kau cakap?'' Tanya Wany polos. Sungguh dia Blur sekarang ni.''Ala. Takkan kau tak tahu yang dalam group FB sekolah tu. Kan diorang duk sibuk mengumpat pasal ada budak baru yang anak dato' tu datang naik motor Sportbike tu.'' Terang Nuryn. 

Faihanah hanya mendengar penjelasan Nuryn tentang satu sekolah sedang megata tentang dirinya. Faihanah senyum sinis.

''Lah kau ke. Pastu? kenapa semua orang sibuk mengata pasal dia pulak? bukannya dia buat masalah pun. Kecoh ah akak unta tu'' Marah Wany lagi.

Sungguh dia hairan dengan pelajar di sekolahnya yang toxic itu. Orang tak buat salah sibuk nak jadi masalah. Orang yang buat salah nak jadikan masalah juga. Haih. Pelik!

"Korang tak kesah?" Tanya Faihanah selamba. Wany dan Nuryn memandang antara satu sama lain. "Maksud kau?" Tanya Nuryn. Tidak faham atas soalan yang ditanyakan oleh Faihanah. Faihanah senyum sinis. Lalu menggeleng.

Wany dan Nuryn saling tidak faham akan apa yang sedang berlaku."By the way, apa nama korang? Korang kelas apa?" Giliran Faihanah pula bertanya."Nama aku Ryzwany. Kau boleh panggil Wany aje." Wany bersuara dahulu."Aku Nuryn. Satu kelas dengan dia. Kitaorang kelas Jebat." Terang Nuryn lagi.

Lalu, Bermula dari situlah Persahabatan mereka terjalin. Faihanah akhirnya menjumpai seseorang yang boleh memahami dirinya yang suka menyendiri. Dia amat bersyukur atas pemberian Tuhan kepadanya. Disebabkan dia tidak pernah dapat merasakan kasih sayang daripada ahli keluarga sendiri, Allah mengurniakan Sahabat yang menyayangi dirinya bagai menantang minyak yang penuh. Mereka amat berharga kepadanya. Hilang mereka, Hilang juga dirinya.

𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.Where stories live. Discover now