𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : CHAPTER 13

2 0 0
                                    

Usai bersurai, Nuryn macam biasa akan berjumpa dengan ibunya untuk menyelesaikan masalah mereka. Wany dan Faihanah bercadang untuk pergi ke Musium seni yang terdapat di tengah Bandaraya Kuala Lumpur itu.

Sampai sahaja di dalam bangunan Musium, Wany dan Faihanah terus mencari kelibat seseorang. Sambil menunggu kelibat itu muncul, mereka melihat dahulu hasil seni yang dibuat oleh pelukis yang boleh dikatakan amat terkenal.

''Sorry lambat.'' Suara garau itu menyapa sosok badan dua orang wanita yang sedang tekun meneliti salah satu karya seninya.

Faihanah dan Wany menoleh ke belakang apabila mereka mendengar seseorang menyapa.

''Eh takpe awal lagi ni. Lambat lah lagi.'' Perli Wany. Faihanah menyiku Wany apabila perangai bengongnya mula dikeluarkan. Wany menyiku kembali. Tidak mahu kalah

Jejaka yang berbadan tidak terlalu tegap malah tidak terlalu kurus itu gelak kecil. ''Alahai kau Ryz. Macam tak biasa kena sidai.'' Pang! Wany diperli kembali. Wany di dalam hati sudah memaki hamun Mamat di hadapannya itu. Dia menjeling lelaki itu lalu membiarkan Faihanah dan jejaka itu berbincang sendiri.

''Sorry. Member aku tu memang macam bangang sikit perangai dia.'' Faihanah hanya menahan sabar. Jejaka itu mengangguk tanda sudah masak dengan perangai rakan isterinya itu.

''Nuryn macam mana? dia okay?'' Jejaka itu terus bertanya. Faihanah mengangguk bersama senyuman manis.

''Okay aje. Ibu dia dah bagitahu yang lepas grad dia kena balik Amsterdam balik. Tapi dia macam takde Clue aje kenapa dia kena balik semula.'' Faihanah tergelak kecil bila teringatkan yang Nuryn masih terpinga-pinga mengapa dia tiba-tiba disuruh balik ke Amsterdam lepas habis belajar.

Jejaka itu tergelak kecil.''Alhamdulillah. Takpe, aku taknak dia tertekan sebab asyik fikir kenapa dia kena balik sana. Biarlah nanti dekat sana dia tahu sendiri.'' Jejaka itu senyum nipis.

''Kau dah pernah jumpa dia?'' Faihanah bertanya. Jejaka itu hanya mengangguk tanda pernah. Di perpustakaan pagi tadi.

''Dah. Tadi dekat Library. Tak pasal-pasal aku kena cop bisu dengan pekak pulak.'' Faihanah tergelak kecil apabila jejaka itu menceritakan yang Nuryn tidak mengeluarkan perangai sopannya.

''Hahaha. Kenapa pulak? Kau terpikat ke tengok isteri kau cakap dengan kau?'' Faihanah saja mengusik. Lelaki itu mengangguk

''Yalah, Aku rindu sangat dengan dia. dah setahun lebih weh tak jumpa.'' Luah Jejaka itu.

''Tulah kau Niel. Aku dah cakap. Beritahu aje dia. Nuryn tu aku percaya yang dia akan percaya kan kau bila orang sekeliling dia percayakan kau juga.'' Kata Faihanah apabila Jejaka itu masih degil tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada Nuryn.

''Aku bukan taknak bagitahu dia perkara sebenar Zah. Cuma nanti kalau dia terkejut, dia langsung taknak dekat aku macam mana?'' Keluhan berat dilepaskan oleh Jejaka bernama Neil itu. Faihanah turut rasa simpati apabila Neil asyik mesej menanyakan Khabar tentang Nuryn.

''Ikut kau lah. Nasib kau Nuryn jenis tak layan lelaki walaupun dia friendly dengan semua orang. Tapi satu aje aku nak pesan. Jangan lambat sangat. Nanti melepas'' Neil hanya mengangguk faham apabila Faihanah mula berkata begitu. Mulut Faihanah ni boleh tahan masin juga. Silap haribulan benda tu menjadi realiti. Naya!

''Nanti kalau dia perlukan apa-apa, kau cakap dengan aku terus tau. Sorry tiba-tiba suruh kau datang sini semata-mata untuk ni aje.'' Kata Neil. Faihanah hanya menggelengkan kepalanya.

''Tak apa lah. Alang-alang tu aku nak tengok juga karya seni kau kat sini. Dah lama aku tak pergi musium ni.'' Jujur Faihanah. Semenjak mereka bertiga bertemu, dia jarang pergi ke Musium ini untuk menenangkan fikiran. Sebelum ini dia tiada kawan untuk meluahkan segalanya. Jadi dia hanya meluahkan segalanya dengan melihat lukisan-lukisan di Musium ini.

Kebanyakkan Karya-karya di Musium ini mengisahkan tentang perasaan seseorang. Apabila diteliti dan difahamkan. Akan tahu lah apa yang Pelukis cuba untuk sampaikan kepada orang awam.

Niel hanya senyum tawar. Dia amat kenal Faihanah. Sebelum dia tahu yang Faihanah sahabat karib isterinya. Kerana hampir setiap hari Faihanah akan berjalan di sekeliling Musium untuk meneliti Hasil Lukisan yang terpapar di sekitar Musium. Setiap minggu lukisan dan karya akan berubah. Jadi disebabkan itu juga Faihanah kerap datang.

''Kau macam mana sekarang? Masih taknak kahwin ke?'' Niel bertanya niat ingin mengusik. Faihanah menjeling Niel.

''Kau nak kena buku lima aku ke? dah lama aku tak pergi Boxing. Kalau rasa nak jadi Punching Bag aku sangat dialu-alukan'' Perli Faihanah. Neil ketawa besar.

Walaupun wanita ini kelihatan tenang dan dingin, dia merupakan wanita yang amat berbahaya jika tersalah Line. Silap hari bulan kau dah tak jumpa jalan balik bila sekali tumbukan dikenakan dekat muka kau. Seram!

𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.Where stories live. Discover now