Setelah bersurai, Faihanah dan Wany balik ke rumah masing-masing. Wany macam biasa akan balik ke rumah menaiki Faihanah. Disebabkan dia tiada kenderaan untuk balik, dia hanya menumpang Faihanah.
Hampir menemu Ilahi apabila membonceng Faihanah. Laju betul dia membawa motorsikal itu. Tak tahu lah macam mana kalau dia bawa sediri tanpa penumpang. Mesti lagi seram!
Sampai sahaja di perkarangan rumah Faihanah, Wany terkedu apabila melihat kawasan itu bukan kawasan rumahnya.
"Kat mana kau bawak aku ni?" Tanya Wany dalam keadaan yang masih meneroka sekitarnya.
Faihanah sambil memarkir kan motornya tersenyum.
"Kat rumah aku ler" Jawabnya selamba. Terbuntang mata Wany. Baru tempat parking belum masuk rumah lagi! Besarnya macam cukup satu rumah aku! Kata Wany dalam hati.
Faihanah hanya senyum melihat reaksi rakannya yang boleh dikatakan sedikit terkejut. Mungkin tidak biasa melihat kawasan parking sahaja sudah sebesar ini. Maklumlah Kondo kan. Bukannya Apartment.
"Jomlah ikut. Kau nak tidur sini ke?" Panggil Faihanah. Dia sudah jauh meninggalkan Wany dibelakang yang masih meliarkan matanya melihat kawasan parking itu.
Wany terus berlari anak ke arah Faihanah yang sudah jauh meninggalkannya. Kurang ajar punya kawan!
Keluar sahaja Lift, Wany masih terbuntang matanya melihat kawasan Koridor. Faihanah hanya melihat sahaja telatah Wany yang seperti anak kecil itu.
"Sudah-sudah lah tu Wany. Tempat ni bukannya ada beza pun dengan rumah kau. Biasa aje. Takyah lah excited sangat." Kata Faihanah apabila sudah penat menahan tawa melihat gelagat Wany.
Wany menjeling dirinya."Diamlah kau. Kau apa tahu. Aku ni jarang dapat merasa duduk apatah lagi lalu. Kau boleh lah kata biasa. Tapi aku tak. Aku nak sangat duduk Kat sini." Kata Wany lagi. Faihanah sudah mula rasa bersalah. Ada benda yang disorok darinya ke? Ada yang dia tidak tahu ke?
"Sorry Wany. Takpe InshaAllah kau dapat macam ni." Faihanah senyum manis kepada rakannya itu. Wany hanya jalan tanpa balasan dan tanpa reaksi. Benar jangkaannya. Ada sesuatu yang disorokkan oleh Wany darinya. Adakah cara dia berkata tadi dengan cara menghina?
Sampai di muka hadapan pintu rumah Faihanah. Faihanah mempelawa Wany untuk masuk dahulu. Wany menurut sahaja dengan wajah masam. Faihanah mengerutkan kening.
Selepas mengunci pintu, Faihanah mula berjalan ke arah Wany yang masih muram sahaja mukanya. Faihanah duduk di sebelah Wany pantas itu dia menggenggam erat tangan rakannya.
''Wany? kau okay tak ni?''Tanya Faihanah lembut. Dia amat tidak suka bila Rakannya mula sedih. Susah mahu memujuknya. Tapi kali ini dia tahu dia pasti sudah tersalah kata.
Wany masih lagi diam. Tidak menunjukkan sebarang reaksi. Faihanah melepaskan keluhan.
"Wany? Kenapa ni? Cerita dengan aku. Aku ada terlepas cakap ke?" Mohon Faihanah. Sudah cukup lembut suaranya meminta penjelasan.
Wany menggeleng. Tapi Faihanah tahu yang dia sudah menggores hati rakannya itu.
"Kau tipu Wany. Cuba cakap dengan aku. Aku taknak kau diam aje. Diam tak menyelesaikan apa-apa." Suara Faihanah mula menaik seperti nada yang selalu digunakan. Maknanya, Faihanah serius.
Apabila mendengar nada Faihanah mula serius, Wany melepaskan keluhan. Tanpa disedari, air mata sudah bergenang di tubir mata. Tapi masih ditahan.
"A-aku.." Tidak boleh tahan lagi. Akhirnya air mata permata itu tumpah ke atas tangannya. Faihanah memeluk tubuh kecil Wany itu lalu mengusap lembut bahunya.
"Kenapa? Cerita Kat aku. Aku ada untuk tolong kau." Pinta Faihanah lagi. Suara esakan mula kedengaran memenuhi ruangan diam tadi.
"A-aku terasa. S-sebab c-cara kau cakap tadi macam menghina aku" Akhirnya Wany menceritakan apa yang membuatkan dia muram sahaja. Faihanah terkedu. Tapi masih mengusap lembut bahu Wany.
"Aku minta maaf. Aku tak berniat nak menghina kau. Aku tak tahu apa yang kau lalui. Aku minta maaf sangat-sangat" Air mata Faihanah pula mula bergenang di tubirnya. Suara esakan Wany masih kedengaran.
"Kalau kau tak keberatan. Boleh kau cerita apa yang buatkan kau rasa aku menghina kau?" Dia tidak boleh bila melihat rakannya menangis. Ia mengimpakkan dirinya sekali.
Wany tidak terus menjawab. Faihanah hanya membiarkan Wany menangis hingga dia berasa lega.
Hampir setengah jam mereka menangis. Akhirnya Wany bersedia untuk bercerita. Wany bangkit dari sandaran di bahu Faihanah.
"Aku sebenarnya cemburu dengan kau. Dari dulu lagi sebenarnya." Kata Wany. Faihanah tidak menjawab. Dia hanya menadah telinganya untuk mendengar luahan Gadis kuat yang bernama Ryzwany.
Wany menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan sebelum menyambung cerita.
"Kalau kau nak tahu. Aku sebenarnya bukan taknak bagitahu kau. Tapi aku malu. Takut kau fikir aku ni dramatik sangat." Jelasnya lagi. Faihanah masih lagi tekun mendengar.
"Dari zaman sekolah, aku cemburu kau boleh buat semuanya sendiri. Naik motor sendiri. Ada duit. Ada rumah sendiri. Tapi satu sahaja yang kau tiada. Kasih sayang keluarga. Tapi bagi kau itu langsung tidak pernah cukup dari hidup kau. Tapi bila aku dengar kau cakap macamtu, Aku rasa terhina. Aku rasa kau tamak. Sebab kau ada segalanya. Disebabkan satu kehilangan. Kau kata kau tak perlukan semua itu. Tapi bagi aku, kalau aku jadi kau, aku bersyukur. Sebab Bapak aku masih bagi duit walaupun dia tak pernah bagi kasih sayang dia." Luah Wany lagi. Tetapi Faihanah masih mendengar. Tidak mahu berkata sepatah apa.
Wany munundukkan mukanya."Aku tak pernah bagitahu sesiapa. Kau orang pertama yang aku bagitahu." Sebelum meneruskan luahan hati. Wany melepaskan keluhan yang dia rasa amat berat.
"Aku sebenarnya datang dari keluarga yang sangat miskin. Aku tiada rumah. Duit. Kenderaan pun tiada. Lagi teruk sekali ibu bapa aku sendiri pun aku tak pernah jumpa." Kali ini, Mata Faihanah pula terbuntang. Terkejut. Mengapa Wany tidak pernah menceritakan semua ini? Tapi tiada pula dia meminta duit atau meminjam duit daripada mereka. Faihanah hanya bertanya sendiri. Tidak berani untuk bertanya lagi.
"Aku belajar pun sebab aku dapat biasiswa. Sebab itu kalau kau tengok aku tak pernah cakap pasal keluarga aku. Aku tak pernah balik rumah. Sebab itu juga lah aku tak pernah keluar dari kampus. Aku akan selalu duduk dekat situ aje masa korang berdua balik rumah masing-masing. Selalunya adalah juga Nuryn temankan. Tapi sekarang tinggal aku aje. Aku sunyi Wa. Aku takde teman. Aku rindu ibu dengan ayah aku. Kenapa diorang tak cari aku? Lepas diorang letak aku dekat rumah anak yatim selepas sehari aku lahir, diorang terus tak cari aku. Aku ada dosa ke dengan diorang Wa?" Air mata Wany jatuh kembali. Dia terasa dengan perbuatan orang tuanya. Tidak pernah menjenguk mahupun bertanya khabar dirinya. Apa yang dia buat? Adakah kewujudan dia di dalam rahim emaknya itu menyebabkan orang tuanya terbeban?
Air mata Faihanah yang cuba ditahan dari tadi akhirnya jatuh. Dia tidak boleh menahannya lagi. Kejam sangat ke dia? bahawa dia tidak mengambil kesah tentang kesusahan yang dialami oleh Ryzwany selama ini. Faihanah menarik nafas panjang sebelum dia ingin bertanya mengapa Wany berfikir sedimikian.
''Wany..A-aku'' Faihanah gagap. Tidak boleh nak berkata apa. Wany yang dari tadi menunduk, mengangkat mukanya apabila mendengar suara Faihanah mula menyapa. Wany melihat sahaja rakannya yang selalu tegang dan dingin itu akhirnya menangis buat kali pertama di hadapannya.
''Tak apa Wa. Aku tahu aku dramatik. Tak payah cakap apa-apa pun. Aku sebenarnya taknak pun cerita semua benda ni dekat kau. Tapi aku tahu yang kau jenis takkan downgrade kan aku. jadi aku luah aje. Aku minta maaf Wa. Aku tahu kau nak marah aku sebab tak bagitahu kau awal-awal pasal benda ni.'' Tanpa sempat Wany menghabiskan ayat, Faihanah memotong sambil menggelengkan kepalanya.
''Tak, tak, tak. Kau betul, Wany. aku yang salah. sebab aku tak ambil kesah pasal kau. apa yang kau rasa. Perasaan kau.Sebelum ni aku hanya pentingkan diri sendiri aje. Tak tanya pun pasal perasaan kau. Aku kawan yang jahat Wany. Aku pentingkan diri sendiri.'' Luah Faihanah sambil teresak-esak.
Mereka berdua mengakhiri situasi berikut pelukan erat. Sambil dalam pelukan, Faihanah membisik.''Aku sayang kau Wany. Sayang sangat-sangat.''
YOU ARE READING
𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.
Romance''Aku tak nak Kahwin dengan kau.'' Kata Faihanah tanpa nada. FAIHANAH ZAHWA. seorang gadis yang sering dipanggil sombong oleh orang sekeliling dan tidak pernah menunjukkan riak gembira di hadapan orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh meli...