Setelah habis meluangkan masa bersama, sedar tidak sedar hanya tinggal lagi 10 bulan sebelum mereka graduasi dan habiskan zaman belajar mereka. Mereka bertiga kali ini membincangkan hal kehidupan selepas tamat belajar.
''Korang lepas grad korang nak buat apa?'' Tanya Nuryn. Faihanah dan Wany memandang Nuryn dengan wajah yang sukar ditafsirkan.
''Aku tak tahulah. Kalau dapat intern Lawyer. Aku buat aje. Tapi yang aku tahu aku taknak kahwin lah'' Luah Faihanah. Wany dan Nuryn tersenyum nakal
''Eleh kau. Iya-ya aje tak nak kahwin. Last-last kau yang paling awal kahwin.'' Perli Wany. Nuryn hanya tergelak kecil.
''Mana ada. Kan antara kita ni dah jadi bini orang dah pun'' Faihanah berkata itu tanpa memandang dua orang rakannya. Wany faham akan maksud disebalik kata Faihanah. Nuryn yang masih konfius.
''Ha? maksud kau? Antara kita ada yang dah kahwin?'' Tanya Nuryn dengan muka yang cukup menunjukkan dia konfius. Faihanah mengangguk tanpa reaksi. Wany berdehem.
''Ala, Nanti kau tahu lah siapa.'' Dengan nada perli Wany berkata.
Nuryn masih lagi terpinga-pinga untuk memahamkan situasi. Tapi sama sahaja. Masih tidak dapat menangkap apa yang cuba dibincangkan.
''Dah lah. Tak payah sembang pasal kahwin-kahwin ni. Mana tahu bukan kita kahwin dulu tapi kita mati dulu.'' Wany terus menukar topik. Dia tidak mahu rahsia besar itu terbongkar awal. Buat masa sekarang, hanya Faihanah dan Wany sahaja yang tahu tentang perkara itu.
''Kalau aku pulak, aku nak jadi surgeon. Tapi tengok lah kalau ada rezeki. Kalau tak pun at least jadi doctor lah.'' Kata Wany lagi. Nuryn hanya mengangguk kecil. Maka Faihanah sibuk membaca novel.
''Kau Nuryn? Kau nak buat apa lepas grad?'' Tanya Wany lagi. Nuryn mengangkat bahu tanda tidak tahu.
''Entah. Ibu aku kata aku kena balik Amsterdam. Ada orang tunggu aku kat sana. Tapi aku tak tahu siapa.'' Nuryn ceritakan apa yang sebenarnya terjadi apabila emaknya asyik suruh Nuryn bailk ke rumah. Wany mengangguk. Wany dan Faihanah hanya tersenyum sedangkan mereka tahu siapa yang sedang menanti kepulangannya di sana.
''Ibu kau tak cakap apa-apa ke?'' Faihanah cuba bersuara. Ingin tahu adakah Nuryn ada apa-apa petunjuk tentang siapa yang menunggu nya di sana.
Nuryn menggeleng sambil menghirup kopi ais.''Ibu aku kata yang aku kenal lelaki tu. Tapi yang aku tahu tiada sorang pun lelaki yang aku kenal. Itupun Classmates aku aje. Tapi kenal-kenal gitu aje lah.'' Terang Nuryn.
''Kau takkan tak ingat sesiapa yang kau pernah bersama? maksud aku berkawan rapat ke? bercinta ke?'' Tanya Wany lagi.
Nuryn menggelengkan kepalanya lagi sambil berfikir.''Aku tak pasti lah. Ibu aku tak cakap apa-apa pun. Lepas aku bangun dari koma haritu, Ibu aku tak cerita apa-apa pasal siapa yang aku pernah suka ke, bercinta ke'' Nuryn melepaskan keluhan.
Pada 2 tahun lepas, tahun 2022, Nuryn sedang berjalan di sekitar Amsterdam. Dia tidak tahu akan kawasan yang dia lalu itu merupakan kawasan yang ramai dengan orang mabuk, Gila dan juga penagih. Sewaktu dia berjalan di kawasan itu, dia tiba-tiba disamun oleh salah seorang penagih. Nuryn cuba untuk melepaskan diri, tetapi kepalanya di hentak beberapa kali sebelum dia pengsan. Dirinya tidak di perlakukan. Cuma, semua barang peribadinya seperti Handphone, Dompet dan barang-barang lain dirompak. Selepas kejadian itu, Nuryn dikomakan selama 10 bulan dan disahkan hilang ingatan. Disebabkan itu, Nuryn tidak tahu siapa yang menyelamatkan dia ataupun siapa yang menyerang dirinya.
''Ibu kau dah ambil tindakan ke siapa yang serang kau haritu?'' Tanya Faihanah geram. Walaupun sudah bertahun, Dia masih geram kerana Pihak Polis negara itu tidak mengambil apa-apa tindakan.
Nuryn mengangguk.''Dah, Ibu aku dah jumpa siapa yang serang aku. Dia dah masuk penjara lepastu kena gantung. Ibu aku kata masa itu dia masih waras dan sedar sebelum dia mabuk sebab ketagih. Jadi dia digantung mati dan tak dilepaskan atas sebab gila atau tidak sedar.'' Nuryn memberitahu perkara yang diceritakan oleh ibunya.
Faihanah lega. Ingatkan lelaki itu masih bebas. Wany hanya mendengar sahaja.
''Siapa yang selamatkan kau?'' Wany terus bertanya.
''Aku tak tahu lah!'' Suara Nuryn kini meninggi sedikit. Wany hanya gelak.
''Ala. Lek lah. Aku tanya aje. Mana tahu kau ingat.'' Wany berkata lagi. Nuryn menjungkilkan matanya ke atas.
Faihanah gelak kecil apabila mereka berdua sudah mula bertengkar. Haih.
''Aku nak sangat jumpa lelaki yang selamatkan aku tu. Ibu aku kata dia nak berterima kasih sebab selamatkan aku. Tapi Ibu aku sendiri tak tahu siapa. Dia pergi cepat sangat. Muka pun tak sempat nak tengok.'' Nuryn melepaskan keluhan yang berat. Dia amat berterima kasih kepada si penyelamat hidupnya itu.
Bak kata doktor yang merawatnya, Jika dia tidak diselamatkan dengan lebih awal, mungkin dia akan kehilangan banyak darah dan boleh menyebabkan kematian. Ya Allah, temukanlah aku dengan hambamu yang baik hati tu Ya allah. Doa Nuryn dalam hati.
Faihanah dan Wany tidak merasa janggal dengan ayat Nuryn itu. Kerana mereka faham yang betapa terhutang budinya dia kepada lelaki itu apabila dapat selamatkan dirinya. Namun, Faihanah dan Wany tahu termasuk ibu Nuryn sendiri tahu siapa gerangan lelaki itu. Malah, Lelaki itu turut berada sekitar mereka.
YOU ARE READING
𝓡𝓤 𝓧 𝓕𝓩 : DIA ADALAH YANG DIAMANAHKAN UNTUK DIRIKU.
Romance''Aku tak nak Kahwin dengan kau.'' Kata Faihanah tanpa nada. FAIHANAH ZAHWA. seorang gadis yang sering dipanggil sombong oleh orang sekeliling dan tidak pernah menunjukkan riak gembira di hadapan orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh meli...