11

1 0 0
                                    

QARINA mengusap-usap kedua-dua belah bahunya. Angin malam benar-benar membuatkan badannya berasa sejuk. Dia melihat ke arah bulan yang bersinar cemerlang. Mujur ada bulan, dapatlah juga dia menikmati suasana malam yang indah ini. 

Dia melihat ke arah Iqram dan Balqis yang berjalan bergandingan menyusuri pantai. Romantis. Perkara yang selalu diidamkannya suatu ketika dahulu, iaitu memaut lengan sasa Iqram. Qarina mengeluh. 

"Kenapa ni?" soal Fareez. 

Dari tadi, dia setia di sebelah Qarina walaupun gadis itu langsung tidak mengendahkannya.

"Makan hati," jawab Qarina, bersahaja. 

"Bagus makan hati tu, boleh tambah darah. Bagus untuk kesihatan," ujar Fareez. 

Mamt ni memang tak ada perasaan ke? Aku tengah layan jiwa lara, boleh dia buat lawak kat sini! Marah Qarina dalam hati. Dia tidak menjawab, malas melayan kata-kata Fareez. 

"Janganlah macam ni. Dia orang tu gembira aje. Kenapa pulak kena makan hati? Sepatutnya, awak kena tunjukkan pada mereka berdua yang awak bahagia dengan saya. Bukan bermasam durja macam ni. Nanti mereka syak pulak yang kita ni menipu. Awak nak mereka tahu ke?" soal Fareez, sudah berawak saya dengan Qarina. 

Qarina terdiam. 

"Yang lepas tu, biarlah lepas. Buat apa nak dikenang-kenang? Lagipun, cinta dinosaur tu. Dinosaur pun dah lama pupus. sudah-sudahlah makan hati, bukalah pintu hati itu pada orang lain. Orang yang awak tunggu selama ni, asyik berkepit aje dengan isteri dia. Tengok tu, siap main tendang-tendang ombak lagi," ujar Fareez sambil menunjuk ke arah Iqram dan Balqis. 

"Kalau boleh dibuang, dah lama saya buang jauh dari hati saya. Masalahnya, semakin saya nak lupakan, semakin kerap perasaan tu hadir. Semakin saya menjauhkan diri, dia datang pulak. Awak takkan faham, Reez. Kisah saya dengan dia terlalu rumit," ujar Qarina. 

"Awak aje yang rumitkan keadaan. Benda senang aje. Kalau dah putus, nak buat apa lagi? Bukalah hati awak pada yang lain," nasihat Fareez. 

Dia pun bukan pandai sangat bab-bab bercinta ini. Memang tiada pengalaman. Hidupnya pula diatur mamanya sehingga tiada masa untuk dia kenal dengan gadis di luar sana. Percaya atau tidak, sudah 26 tahun usianya, sehingga kini dia langsung tidak kenal apa erti cinta. Dia tidak pernah merindui seseorang kecuali mamanya. Itu pun ketika dia ditahan di wad kerana demam denggi. 

"Sejuknya malam ni. Sampai bila kita nak duduk kat sini?" soal Qarina mengalih tajuk perbualan. 

"Lari dari topik pulak. Kenapa? Takut nak terima kenyataan?" soal Fareez, menduga.

"Kenyataan apa?" soal Qarina. 

Mamat poyo ni, dah tukar karakter pulak ke? Dari mamat poyo ke mamat romeo?

"Kenyataan yang Iqram benar-benar bahagia dengan Qis?"

"Baguslah kalau dia bahagia dengan isteri dia, dik. Ada akak kisah?" ujar Qarina. 

"Hah? Akak? Helo, kita dalam mood bercinta ni tau. Bukan dalam mood adik kakak ya," ujar Fareez, mengingatkan. 

Dia selesa begini. Qarina lebih lembut dan tersusun kata-katanya, lebih ayu di matanya. Qarina ketawa, menampakkan barisan gigi putihnya. Fareez terus merenung ke arah wajah manis milik Qarina. 

Memang comellah minah ni. Aduhai, nasib baiklah kau ni tua daripada aku. Kalau tak, dah lama aku masuk meminang. Memang kau ada semua ciri yang aku nak. Comel, manja, berdikari, survivor, cakap banyak dan yang paling best, kau ni tahan lawak. 

Kenapa Iqram tu bodoh sangat sia-siakan gadis macam kau? Kalau aku dapat kau, nyamuk pun aku tak bagi hinggap tau, bisik hati Fareez sambil merenung Qarina. Mungkin kerana suasana malam, mungkin kerana cahaya bulan atau juga mungkin kerana hati lelakinya semakin dicuri Qarina, jadi dia melihat diri Qarina amat berlainan pada malam ini. 

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now