2

4 0 0
                                    

BALQIS menunjukkan emel yang baru diterima kepada suaminya, Iqram namun tidak diendahkan. Iqram malas hendak melayan kerenah Balqis yang semakin menyesakkan kepala. 

"Tak sabar nak jumpa dengan aku ke atau tak sabar nak jumpa dengan suami aku?" perli Balqis. 

"Apa ni, Qis?" soal Iqram, mula bersuara. 

"Aik, marah ke?" soal Balqis. 

Iqram meneruskan pemanduan. Memang dia sudah menduga, sejak Balqis tahu kisahnya dengan Qarina, perang dingin terus bermula. 

"Kisah saya dengan dia, dah lama berlalu. Sekarang, saya dah pun jadi suami awak. Apa yang awak nak?" Suara Iqram mula tegang. 

"Saya tahu, awak masih sayangkan dia. Kalau tak, awak tak simpan lagi gambar dia," tuduh Balqis. 

"Malas saya nak layan awak, Qis. Awak jangan kacau dia. Dia tak ada kena-mengena dalam hubungan kita," pesan Iqram. 

Balqis mendiamkan diri. Pandangannya terus dilemparkan ke luar tingkap pacuan empat roda milik suaminya. Sudah sepuluh tahun dia melayari bahtera kehidupan sebagai isteri Iqram. Lelaki yang telah menyebabkan hatinya berdegup kencang. Dia fikir, Iqram sudah melupakan Qarina, tetapi pada minggu lepas, dia terjumpa gambar Qarina di dalam laci peribadi suaminya. Bukan setakat gambar, malah ada dua tiga pucuk surat daripada Qarina yang masih terpelihara.

Hati siapa yang tidak parah? Bertahun-tahun telah berlalu, namun Qarina masih di hati Iqram. Apa kurangnya dia? Balqis menyeka air mata kecewa. Andai kata Iqram mempunyi hubungan dengan wanita lain, hatinya tidak separah ini. Ini tidak, Qarina juga di hati Iqram.

"Saya tak kira, Saya nak sambut jugak ulang tahun perkahwinan kita kat sana," ujar Balqis, tetap dengan keputusannya. 

"Kenapa? Awak memang sengaja nak sakitkan hati dia, kan? Apa lagi yang awak nak? Cukup-cukuplah tu, hubungan saya dengan dia dah lama putus," ujar Iqram. 

"Putus? Encik Iqram, masa kita bertunang dulu pun, awak hubungi dia. Awak jangan ingat saya bodoh. Entah-entah sekarang, awak memang ada skandal dengan dia. Sebab tu awak selalu ke Penang, kan?" tuduh Balqis. 

"Awak jangan main tuduh aje tau. Saya ke sana atas urusan kerja. Saya tak tahu pun yang dia ada kat sana kalau awak tak beritahu saya. Sampai bila awak nak buat spekulasi ni? Qina tu entah-entah dah bahagia dengan suami dia, mana awak tahu? Kita aje yang asyik bertelagah, tak kira siang atau malam," ujar Iqram, tidak puas hati. 

"Tahu pun awak. Awak sedar tak puncanya hanya satu, iaitu Qina. Selagi perempuan tu masih ada dalam hati awak, sampai bila-bila pun kita takkan bahagia!" bentak Balqis. 

Iqram terdiam. Dia mengaku dalam hati, sehingga hari ini, hatinya tidak mampu melupakan Qarina, insan pertama yang bertakhta dalam hatinya. Atas kesilapannya sendiri, Qarina pergi membawa diri. Benarlah kata orang, memang sukar melupakan cinta pertama. 

"Kenapa diam? Sebab betula apa yang sya katakan?" sindir Balqis lagi. 

"Ikut suka hati awaklah," ujar Iqram, mengalah. Nampaknya, tidur di bilik tamu lagilah dia malam ini. 

Balqis mencebik. Kebisuan Iqram seolah-olah sebuah pengakuan. Pengakuan tentang apa yang diduganya. Hatinya bertambah walang. Sekali-kali dia tidak akan mengalah pada Qarina.

***********************************************************************************************

QARINA membelek-belek kembali album lamanya. Album yang mengandungi gambar-gambar zaman persekolahannya. Masih terbayang dalam ruang matanya, kelincahan dia dan teman-teman berlari di persekitaran sekolah kerana mengejar lolipop. Walaupun ketika itu mereka bakal menduduki peperiksaan SPM, namun perangai tetap mengalahkan budak-budak. 

Ketika sedang asyik membelek gambar-gambar itu, matanya terpaku kepada sekeping gambar. Gambar dia bersama bekas kekasih hatinya, Iqram. Qarina memejam mata. Sudah hampir 13 tahun semuanya berlalu, namun kesannya masih ada sehingga kini. Itu cinta pertamanya, walalupun sekadar cinta monyet di alam persekolahan, tetapi sakitnya masih terasa sehingga ke detik ini. 

Apa khabar Iqram sekarang? Mungkin di sedang berbahagia dengan Balqis. Hatinya diburu cemburu. Cemburu pada Balqis yang kini berada di sisi Iqram, bukan dirinya. Sakitnya hati tiada siapa yang tahu. Qarina membuka kotak yang berisi barang-barang pemberian Iqram. Semuanya dijaga dengan baik. Jangankan anai-anai, semut pun tidak dibiarkan berada di dalam kotak berharganya itu. Ke mana sahaja dia pergi, hanya kotak itu menjadi penemannya. 

Emak dan abahnya juga tahu betapa pentingnya kotak itu kepada Qarina, malah adik-beradiknya juga tahu. Qarina memainkan peti lagu, asyik dan merdu bunyinya. Perasaan rindu kepada Iqram datang lagi. Enthlah, sakit apa yang ada dalam jiwanya, dia sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, sehingga saat ini, hanya Iqram yang menjadi pengubatnya. 

***********************************************************************************************

IQRAM masih di dalam bilik bacaan. Sejak akhir-akhir ini, dia sering teringatkan Qarina. Kisahnya dengan Qarina pernah menjadi bualan di kalangan teman-teman. Bahkan di kalangan guru-guru, kisahnya turut diperkatakan. Mereka berdua satu kelas. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti berdua. Ke kantin, ke makmal, malah ke bilik kaunseling pun berdua. Kena marah dengan pengetua pun berdua. 

Iqram tersenyum lagi. Indahnya waktu itu. Kali pertama dia mengenali cinta. Sikap Qarina yang gila-gila, namun kadang-kadang keanak-anakan itu benar-benar mencairkan jiwa remajanya ketika itu. 

Qina, saya rindukan awak, bisik Iqram dalam hati. 

Walaupun dia dan Qarina dilahirkan pada tahun yang sama, namun Qarina memanggilnya abang. Biasalah, adat orang bercinta. Dia mengimbas lagi, sejak bila kasihnya pada gadis itu berubah. Dia sedar, Qarina kecewa. Gadis itu makan hati dek kerana perbuatannya. Begitu mudah dia melupakan kasih yang ada. 

Iqram melihat persekitaran bilik yang kosong dan sepi. Dia mengaku ada perasaan sayang pada Balqis, tetapi perasaan sayang itu tidak sama seperti kasihnya pada Qarina. 

Qarina, bisik Iqram lagi. Kawan-kawannya terkejut apabila dia memilih untuk menikahi Balqis, bukan Qarina. Sejak dia memilih Balqis, teman-teman rapatnya mula menjauhkan diri. Andai dapat diputarkan masa, pasti Qarina yang menjadi isterinya. 

      

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now