9

5 1 0
                                    

QARINA berjalan dengan malas. Sampai di hadapan lif, butang lif ditekan. Beg sandang yang mengandungi komputer riba digalas. 

"Awal balik? Saya cari akak kat pejabat tadi. Rupa-rupanya akak dah balik," ujar Fareez.

"Akak sakit kepala," jawab Qarina. 

Pintu lif terbuka. Qarina melangkah masuk ke dalam lif. Langkahnya dituruti Fareez yang setia di belakangnya. 

"Masih fikir hal tadi ke?" soal Fareez. 

Sejak tadi, dia hanya melihat Qarina termenung. 

"Dah beritahu mama kau?" soal Qarina.

"Belum," jawab Fareez.

Berat hatinya untuk mrnceritakan hal sebenar kepada Puan Fatimah. Bukan apa, sekurang-kurangnya dia selamat daripada dicarikan jodoh di kalangan anak-anak teman mamanya. 

"Kau tak takut ke kalau-kalau mama kau dah tempah pelamin ke, tempah mak andam ke?" ugut Qarina. 

Susah betullah bercakap dengan budak yang kurang matang macam Fareez ni, getus hati Qarina.

"Biarlah dia tempah, bukan saya yang nak keluar duit pun," ujar Fareez, selamba.

Qarina menggeleng-geleng. Dia terus sahaja melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. 

"Sekejaplah Kak Qina, saya dapat mesej daripada Qis," ujar Fareez sambil memberikan telefon bimbit kepada Qarina.

Reez, boleh berikan nombor telefon Qina? Aku lupa nak mintak daripada dia tadi. Aku nak ajak kau dengan Qina keluar makan. Kau orang ambil kami kat Vistana, boleh? Iqram bukan tahu sangat tempat makan yang best kat sini.

"Macam mana?" soal Fareez. 

"Akak sakit kepala. Kau ajelah yang pergi," jawab Qarina dengan kasar. 

Kalau dia menurut kehendak Balqis, pasti hatinya juga yang akan sakit. 

"Akak masih sayangkan Iqram ke?" duga Fareez. 

Kalau tidak, masakan sebegini tingkah Qarina setelah berjumpa dengan Iqram. 

"Akak tengah sakit kepala tau. Kau jangan sakitkan hati aku pulak boleh tak? Kau dengan sepupu kau, dua-dua sama aje tau!" marah Qarina.

Terkebil-kebil Fareez melihat langkah Qarina. Sakit betul hatinya melihat wajah selamba Fareez. Tidak ada perasaan langsung!

***********************************************************************************************

QARINA serba salah. Tidak sepatutnya dia memarahi Fareez kerana Iqram. Qarina melihat jam dinding, sudah pun melepasi jam 8.00 malam. Dia gelisah, fikirannya hanya teringat kepada Iqram. 

Bertahun-tahun lamanya dia cuba menyingkirkan perasaan rindu terhadap lelaki itu, namun tatkala mata bertentang mata, segala ingatan dan kenangan lalu terus bermain satu per satu dalam mindanya. Kenapa terlalu sukar untuk dia melupakan kenangan itu? Bukan setahun, malah bertahun-tahun telah berlalu, tetapi sakit yang ditinggalkan Iqram sehingga ke detik ini masih terasa sakitnya. 

Kemudian, fikirannya melayang-layang pula kepada Fareez. Rasanya, tidak patut pula dia meletakkan kesalahan Iqram di bahu Fareez. Dia sedar, dia bersikap tidak adil terhadap Fareez. Kalau benar hatinya sakit, kenapa harus Fareez yang terpaksa menanggung kesannya? Akhirnya, dia mengalah. Rasanya, dia perlu meminta maaf dengan Fareez. 

Tangan Qarina terus menekan loceng pintu rumah Fareez. Tidak sampai dua minit, pintu kayu itu dibuka. 

"Ada apa?" soal Fareez, kasar. 

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now