SUDAH tiga bulan Fareez bergelar jurutera di Setia Holdings. Dia disenangi kakitangan syarikat itu, mungkin kerana keramahannya dan dia juga seorang yang senang dibawa bergurau. Hanya Qarina yang kadangkala makan hati dengan gurauan lelaki itu yang sering mencalar hati.
Namun, dia seboleh-bolehnya bersikap profesional. Tidak mahu menunjukkan kepada semua orang yang dia memang berbulu dengan mamat poyo itu. Baginya, lelaki itu langsung tidak menghargai hati wanita andartu sepertinya. Biasalah budak-budak, hanya itu sahaja yang tinggal untuk Qarina fikirkan tatkala mendengar gurauan 'kejam' Fareez.
Qarina membelek kalendar. Kalau diikutkan, minggu ini mungkin Balqis dan suami akan sampai ke Pulau Pinang. Dia tidak berani membaca emel, malah emelnya sudah lama tidak dibuka. Biarlah ia bersawang di dalam laman web, nama pun laman sesawang.
"Kak, bos suruh akak temankan saya pergi site," ujar Fareez.
"Apa barang pulak aku kena ikut kau pergi site? Tak pernah pun aku ikut jurutera ke tapak pembinaan," marah Qarina.
Sudahlah hatinya gundah, saat-saat hendak melayan lara jiwanya, mamat poyo ini pula datang membawa berita.
"Entah, mana saya tahu. Bos suruh bawak akak. Dia tunggu kat site."
Qarina menghempaskan penselnya.
"Bila?" soal Qarina mengalah.
Mungkin ada perkara penting yang ingin dibincangkan Firhad. Dia cuba berfikiran positif.
"Sekaranglah, takkan malam nanti kut? Kalau malam-malam, sah-sah orang cakap kita pergi dating. Betul tak?" soal Fareez.
Ada-ada aje jawapan kau, kan? Semuanya menyakitkan hati aku! Marah Qarina dalam hati.
Dia tidak berani meluahkan di hadapan Fareez. Bimbang andai ada sahaja jawapan yang bakal diberikan lelaki itu. Hubungannya dengan Fareez memang berlainan jika hendak dibandingkan dengan hubungannya dengan Puan Fatimah. Nampaknya, memang Fareez mengikut sikap mamanya, main cakap ikut suka mulut sahaja. Antara kategori emak mentua yang bukan pilihan hatinya.
"Kita pergi dengan kereta akaklah. Kereta saya tak ada minyak," sambung Fareez lagi.
"Kau ni, memang suka kenakan akaklah, Reez. Nasib baik kau lebih muda dari akak tau. Kalau kau sama umur dengan akak, tak pun tua dari akak, memang dah lama akak reject kau. Langsung tak ada dalam senarai." ujar Qarina, sudah tidak dapat menahan sabar.
"Kenapa pulak, kak? Nabi Muhammad pun jadi pilihan Khadijah untuk dijadikan suami. Umur kita bukan beza sangat pun. Kalau akak nak jadi awek saya pun boleh. Nanti saya bagi borang, tapi nama akak ke belakang sikitlah kalau nak dibandingkan dengan awek-awek yang kat luar tu," usik Fareez.
"Nabi Muhammad tu lelaki pilihan. Bukan macam kau. Kau, apa yang ada?"
"Hisy, kak. Akak tak kenal lagi saya macam mana. Jejaka idaman Malaya ni. Kut kalau akak kenal, makan hati akak kalau saya yang reject akak," ujar Freez, selamba.
"Sekarang pun aku dah makan hati dengan kau," bisik Qarina, perlahan.
"Saya suka tengok akak marah. Akak ni nama aje tengah marah, tapi suka tunujuk-tunjuk tak marah. Tu yang saya suka. Nasib baik akak ni berumur dari saya, kalau tak dah lama saya ambik akak jadi kekasih hati saya," usik Fareez lagi.
"Malas aku nak layan kau. Jom kita pergi. Nanti mengamuk pulak bos tu. Dahlah kau tu belum disahkan jawatan lagi," ujar Qarina, mengalah. Makin lama dilayan, bertambah merana jiwa nuraninya.
***********************************************************************************************
"MACAM mana, Qina? Awak rasa, kita perlu tambah tak kerani untuk site tu? Banyak sangat pekerja kat situ. Saya rasa, Mahdi tak boleh buatlah kalau seorang-seorang," ujar Firhad, memberi pendapat.
![](https://img.wattpad.com/cover/375114023-288-k796448.jpg)
YOU ARE READING
Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal
RomanceSekadar Berkongsi. Kalau suka, sila beli. https://www.karangkrafmall.com/isteriku-naik-hantu Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia...