5

3 0 0
                                    

"SAYA sengaja datang awal dua hari, maklumlah nak tengok jugak keadaan syarikat ni. Lagipun, saya nak cari rumah sewa," ujar Fareez. 

Sepatutnya, dua hari lagi dia akan memulakan tugas, tetapi sengaja dia datang awal. Mama dan papanya ditinggalkan di hotel. 

"Kenapa tak kerja kat KL aje? Rasanya, pasaran kat sana lagi luas berbanding kat sini," soal Qarina. 

"Saja nak timba ilmu kat tempat orang. Lagipun, bukan ke orang-orang tua ada berkata, jauh berjalan, luas pemandangan. Tapi, saya taklah jalan kaki, saya naik kereta. So, pemandangan tu taklah luas sangat," seloroh Fareez. 

Qarina tersenyum sumbing. 

"Encik Fareez dah dapat rumah sewa?" soal Qarina. 

 Dalam hati dia berdoa agar lelaki di hadapannya itu sudah mempunya tempat tinggal. Kalau tidak, susah juga. Manalah tahu, disebabkan tiada tempat tinggal, maka dia tidak mahu bekerja di syarikat ini. Terpaksalah dia mengiklankan lagi jawatan kosong di dalam Surat Khabar Sinar Harian. 

"Belum lagi, tu yang tengah saya cari. Puan ada tempat yang boleh disyorkan pada saya?" soal Fareez. 

Apa? Puan? Tua sangat ke aku ni? Huh! Marah Qarina dalam hati, namun sempat juga dia memberikan senyuman yang kurang manis. 

"Err... rasanya, tak ada kut. Cuba Encik Fareez pergi ke agensi perumahan. Mana tahu, ada rumah kosong yang nak disewakan," cadang Qarina. 

Fareez mengangguk tanda bersetuu. 

"Mari, saya bawa Encik Fareez jumpa dengan Encik Firhad," ajak Qarina. 

"Elok sangatlah tu."

**********************************************************************************************

"NASIB baik dia dah balik. Kalau tak, mahu tercabut kepala saya. Banyak songehlah mamat tu," gerutu Qarina. 

Fatin yang mendengar, asyik ketawa.

"Kenapa gelak? Peninig kepala saya tau. Macam mana dia boleh lepas temu duga? Hairan betul saya."

"Perasaan Cik Qina aje kut. Saya tengok, dia okey aje. Macam padan aje dengan Cik Qina. Walaupun dia tu gelap, Cik Qina putih, tapi bila berjalan bersama, nampak aura tu," usik Fatin. 

"Tolong sikit. Masih budak tu. Baru 26 tahun. Tengoklah penampilan dia, ala-ala K-pop. Budak-budak aje pakai macam tu. Berjalan dengan dia, dah macam tahi cicak, hitam putih," kutuk Qarina. 

"Cik Qina, tak baik tau. Handsomelah tu, hitam manis. Ada lesung pipit lagi. Susah tau nak cari orang kulit hitam manis ada lesung pipit. Yang ada, lesung batu aje," balas Fatin. 

Qarina menjuih bibir. 

"Poyo aje budak tu," kutuk Qarina lagi. Nampak sangat dia tidak berkenan dengan Fareez. 

"Eleh, poyo konon. Sekarang poyolah, esok-esok bila dah bercinta setengah mati, hilanglah poyonya," ujar Fatin. 

Qarina hanya tersengih. 

***********************************************************************************************

KETENTERAMAN Qarina terganggu oleh bunyi bising di sebelah rumah. Setahunya, rumah itu sudah berbulan tidak berpenghuni. Qarina bangun dari duduknya. Suara televisyen diperlahankan. Dia menuju ke pintu, cuba mengintai dari lubang kecil yang ada di situ.

Namun, penglihatannya terbaras. Bukan apa, dia sekadar ingin tahu apa yang berlaku. Dia kemudiannya membuka pintu dengan perlahan, berpura-pura menyusun kasut yang bersepah di hadapan rumah. 

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now