Pasangan suami isteri bekerjaya, Akmal dan Hasbah, yang sibuk dengan tugas masing-masing sehingga memberi kesan kepada hubungan mereka. Suatu hari permohonan mereka untuk mendapatkan orang gaji berjaya.
Akmal dan Hasbah telah melalui lima tahun perkahwinan yang manis. Akmal bekerja sebagai Analyst Manager di Petronas, sementara Hasbah menguruskan butiknya yang semakin terkenal di kalangan pelanggan kelas atasan.
Hasbah mempunyai rupa paras yang cantik, dan badan yang sedikit kurus serta agak flat, sementara Akmal seorang yang hensem, dan berbadan agak sasa memandangkan dia sering ke gym dan juga bermain futsal serta bola sepak sekiranya mempunyai kelapangan masa.
Mereka sudah pun mencuba berbagai cara untuk mendapatkan zuriat, namun rezeki masih belom memihak. Di tambah dengan kesibukan kerja, membuatkan pasangan itu semakin kurang mencuba lagi.
Walaupun hidup mereka penuh dengan pencapaian material, ada sesuatu yang semakin merenggangkan hubungan mereka. Kesibukan Hasbah dengan urusan perniagaan menjadikan mereka hanya mampu meluangkan masa untuk bersama seminggu sekali sahaja.
Hasbah semakin kerap pulang lewat, menguruskan pelanggannya, menghadiri acara fesyen, dan memantau butik-butiknya yang kini berkembang ke beberapa lokasi baru.
Akmal, di sisi lain, walaupun baru sahaja naik pangkat ke taraf assistant manager, walaupun mempunyai tanggungjawab lebih besar tetapi dia mempunyai lebih banyak masa memandangkan dia sudah pun mempunyai pembantu peribadi yang membantu meringankan tugasnya.
Jauh di lubuk hati, dia mula merindui hubungan mereka yang lebih intim seperti dulu. Sewaktu mereka mula bercinta, mula berkahwin dan tidak mempunyai jawatan serta kekayaan seperti sekarang. Ketiadaan waktu bersama membuatkan rumah yang besar dan mewah itu terasa sunyi.
Oleh sebab itu, mereka akhirnya memutuskan untuk mengambil seorang pembantu rumah. Bukan hanya untuk membantu meringankan beban kerja rumah, sambil menyediakan ruang dan masa untuk mereka memperbaiki hubungan yang mulai terasa renggang.
###
Suatu pagi, setelah beberapa minggu menunggu, akhirnya permohonan mereka diluluskan. Mereka akan menerima seorang pembantu rumah yang berasal dari Indonesia, bernama Mbak Susi.
Di usia 45 tahun, Mbak Susi terpaksa meninggalkan tanah airnya setelah ditinggalkan suami yang lari dari tanggungjawab dan meninggalkannya dengan hutang yang besar. Susi harus bekerja demi menyara anak lelakinya yang baru berusia 10 tahun.
Perasaan bersalah dan rindu kepada anaknya tidak pernah pudar, tetapi demi masa depan anaknya, dia bertekad untuk bekerja keras, berhijrah ke seberang negara jiran.
Akmal dan Hasbah menjemput Susi dari agensi pembantu rumah yang terlebih dahulu melatihnya dan memberi sedikit info mengenai cara kerja di Malaysia selama seminggu sebelum dilepaskan ke majikan masing-masing.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Wajah Susi tenang, walaupun kelihatan sedikit letih. Dia mengenakan pakaian yang longgar dan labuh, menutupi tubuhnya yang masih kelihatan menarik di sebalik usianya yang sudah matang. Tanpa solekan, Susi tetap memiliki keayuan semula jadi yang memancarkan kelembutan dan ketulusan hati.
Hasbah yang biasanya dingin dengan orang baru, sedikit terharu melihat kesederhanaan Susi. "Selamat datang, Mbak Susi. Semoga Mbak selesa di sini," kata Hasbah dengan senyuman tipis.
Susi menundukkan kepala dan menjawab dengan suara lembut, "Terima kasih banyak, Bu. Saya akan cuba yang terbaik."
Akmal hanya memerhati dari sisi, namun di sebalik pandangan pertama itu, dia merasakan ada sesuatu yang berbeza pada Mbak Susi. Mungkin kerana ketulusan di matanya, atau mungkin kerana kesopanan, aura keibuan yang terpancar dari setiap gerak-gerinya.
Sesuatu yang mula-mula tidak disedari oleh Akmal, tetapi akan menjadi bayangan yang semakin sukar dilepaskan.